Teganya seorang ayah demi keluarga


















TEGA SEORANG AYAH

Malu, secolek sahaja,
selebihnya dilempar jauh takut terbeban mencari rezeki,
marah, segunung kerau banyaknya,
dibungkus rapi sebagai hadiah,
katanya untuk santapan kami di hari muka,
sayang, ghaib tersembunyi misteri,
terkadang muncul, terkadang cuma bayang-bayang,
tapi ayah tak pernah tega mencampakkan kami ke lembah dina,

takut, geluk jampi pun takkan sarana menemukannya,
paling handal dalam berperang,
dialah jeneral dialah laskar,
demi keluarga katanya,
malas, kalaulah malam tidak wujud,
pasti kantornya dipenuhi siang,
tapi ayah tak pernah tega untuk cuai pada kami,
walau berbondong-bondong capeknya,

teganya ayah,
asbabnya bukan melampung diri,
cuma mengelok warisnya nanti,
biar tak tambung pada pertiwi,
biar tak tempang membawa diri,
biar tak nyesal di hujung hari.

Nukilan : keroncongemas



kepada mereka yang bergelar "kawan"

KAWAN

Kawan
dulunya saling tidak mengenal
sekarang sudah terikat tali persahabatan
dulunya saling bersilang kata dan madah
sekarang pun sama, bezanya kita sudah dewasa

kawan,
dulunya ada yang memeningkan
sekarang pun ada, cuma ubatnya sudah berbeza
dulunya ada sang pemecah seloka
sekarang pun ada, cuma ketawanya juga sudah berbeza

kawan,
dulunya ada yang gila-gila
sekarang pun ada, cuma gilanya agak berbeza
dulunya ada yang mabuk cinta,
sekarang pun ada, cuma cintanya entah pada siapa,

kawan,
dulunya ada yang macam "McGyver"
sekarang pun ada, cuma "kadbod"nya sudah diganti
dulunya ada yang pakar matematik
sekarang pun ada, cuma sifirnya terus dikongsi

kawan,
dulunya ada yang suka mengusik
sekarang pun ada, cuma kini sang pencokok jadi mangsanya
dulunya ada yang pendiam
sekarang pun ada, cuma bisunya adalah bahagia.

kawan,
dulunya ada yang “metal”, ada yang “rock” dan ada yang balada
sekarang pun ada, cuma muziknya tak sekuat mana,
dulunya ada yang bermimpi di siang hari,
sekarang pun ada, cuma mimpinya sudah menjadi nyata,

kawan,
dulunya ada yang alim umarak
sekarang pun ada, cuma bertambah ilmunya
dulunya ada yang madah pujangga
sekarang pun ada, cuma madahnya bukan lagi terpaksa

kawan,
walau kita jauh dan berbeda,
tolong jangan leraikan ikatan kita
kerana tali inilah yang menyatukan semua
sebagai sahabat hidup di dunia.

Nukilan : keroncongemas


Medapat panggilan dari sang saka..

















Pada petang Isnin semalam, ada misscall dari nombor 03-27813100 muncul dalam log panggilan handphoneku, sengaja aku tidak menjawab panggilan itu sebab sedang memandu dan di belakang keretaku ada setongkol kuda putih terjongok sedang menjalankan tugas gamaknya. lagi pun handsfree bluetooth ku hilang ketika bergembira meraikan hari persandingan afiq di kajang pada bulan lepas. setibanya di rumah aku pun tidak terus mendail nombor tadi kerana menjadi tabiat aku lebih suka bertanyakan en. google gerangan manakah yang cuba menghubungi aku. hasilnya aku di bawa ke blog gerobok kecil.. menerusi tulisan tuan empunya blog itu barulah ku tahu yang panggilan dari nombor itu adalah dari pihak tertentu dan memusykilkan.. lantaran aku meneruskan pembacaan ke arah komen-komen dari pengunjung blog gerobok kecil.. nah di situ keyakinan ku berbukit bahawa memang aku akan terhangit jika menyambut panggilan itu seterusnya boleh termakan umpan dengan pihak yang mungkin tidak bertanggungjawab. namun masih ada secebis tega dalam diriku untuk mengetahui hal yang sebenarnya. justeru masih ada harapan dariku untuk mendapat panggilan dari nombor yang sama. harapan aku dikabulkan, sekali lagi aku dihubungi nombor yang  sama sebentar tadi. kali ini aku menjawab.. suara wanita kayaknya seorang telefonis, cuma dia mengaku dari bank cimb ingin berkomunikasi dengan isteriku. lantaran itu aku menanyakan tentang perihal apa untuk berhubung dengan isteriku? wanita itu jujur(jujur???) menjawab bahawa pihaknya ingin menawarkan pakej perlindungan (insuran) untuk isteriku. aku segera menamatkan perbualan dengan mengatakan bahawa aku dan isteri tidak akan menerima mana-mana pakej perkhidmatan dari pihak bank atau third party melalui panggilan telefon. Sejurus selepas itu aku pun menghubungi pihak bank cimb ditalian +603 22956100 untuk pengesahan nombor tersebut. ternyata pihak bank sendiri tidak dapat memastikan kesahihan no tersebut dan hanya memberikan nombor talian 1300-88-1028  yang boleh dihubungi untuk pengesahan berkenaan pakej perlindungan yang di tawarkan. Kesimpulan yang dapat ku buat adalah segalanya terpulang kepada kita, aku tidaklah mudah untuk bersetuju dalam banyak perkara, maka perkara-perkara seperti ini telah aku dahulukan dengan langkah-langkah keselamatan. setiap maklumat perbankan kami telah aku silangkan dengan maklumat yang bertentang, contohnya maklumat no telefon isteriku, aku letakkan no aku, manakala maklumat no telefonku diletakkan no telefon isteriku. ternyata berkesan. sejujurnya aku akui kami melakukannya setelah pernah ditawarkan oleh pihak insuran dengan melalui panggilan telefon di suatu ketika dulu, yang meminta 16 digit no kad bank. namun aku masih dapat bertindak ketika itu dengan membatalkan kad bank kami serta merta. natijahnya jika aku tidak berbuat demikian adalah hanya dengan memberikan 16 digit yang tertera di kad bank maka kita secara rasminya bersetuju untuk melanggan produk mereka. perkara ini diakui oleh pihak bank sendiri semasa aku membuat pembatalan kad pada waktu itu. sebaik manapun produk yang ditawarkan, saya nasihatkan anda semua buatlah tindakan yang bijak kerana pasti ada caj-caj tersembunyi yang bakal dikenakan ke atas kita. kelak ia akan menjadi saka kepada kita, setiap bulan dihantui bebanan bil yang tidak sepatutnya..


p/s : mood menulis berbasa basi ala-ala puisi... hoho.. 

++ awas.. jika mengikut langkah keselamatan yang saya buat.. pemindahan wang secara online yang memerlukan TAC juga akan dapat dihidu oleh pasangan anda.. ini bermakna para suami atau isteri mendapat sedikit kesukaran untuk membeli belah secara online.. hahahahaha
~ ok sorry.. gambar dan tajuk post tak relevan.. tapi tolong.. jgn bawa saka ke dalam rumah anda.. bawak nie masuk rumah anda takpe..

Syair Perahu - Hamzah Fansuri













Syair Perahu

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba'id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu 'azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na'am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
"yakin akan Allah" nama pawangnya.

"Taharat dan istinja'" nama lantainya,
"kufur dan masiat" air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
"Allahu Akbar" nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

"Wallahu a'lam" nama rantaunya,
"iradat Allah" nama bandarnya,
"kudrat Allah" nama labuhannya,
"surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam'ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
tanpa ada tujuan yg tetap,

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insan,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma'rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da'im dan ka'im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma'rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah


Syair Perahu merupakan salah satu karya Hamzah Fansuri, iaitu seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Syair_Perahu 

KENANGAN CUTI SEKOLAH YANG EKSTRIM...

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. 

Teringat pada zaman sekolah dulu sewaktu cuti skola ni la hari yang paling bahagia yang sangat2 dinantikan oleh semua umat yang bergelar 'murid'! Sebab waktu ni la kita nak ambil peluang bangun lambat pastu bangun2 terus boleh makan tengahari.. Haha! Lagi2 murid yang duduk asrama seperti aku ni. Yerla kat asrama hari2 kena kerah tenaga nak angkut air dari tingkat bawah ke atas pastu nak basuh baju lagi, sidai lipat gosok baju lagi, pastu sabtu ahad ade je aktiviti gotong royong la, kelas tambahan la, cat sekolah la, wat keceriaan bilikla dan lagi dan lagi..huh! terlalu banyak aktiviti bukan? hohoho.. Pastu kalau wat tak geti sbb tak join aktiviti nanti ade je yang soseh soseh jeling2 sampai juling kat kite.. kannnn??? Jadi mau tak mau ikotkan saja kata hati mereka. Hoh!

Ok tutup cerita lama sambung balik tentang cerita cuti sekolah yang menggembirakan...hehe. Dulu mase korang cuti sekolah apa aktiviti yang dirasakan sungguh seronok? Mesti gi berkelah kan? Tak pon main video game dpn TV rumah? Ermm.. Budak2 skang ni untung..tak macam kita dulu..tak mainla setakat gi berkelah ni..Paling2 cikai pon gi 'snorkeling'.. Amboi..! 

Masa aku form 5 dulu (Da nak dekat SPM da tau..) kitorg 1 family pegi round 1 semenanjung start dari selatan -utara-selatan semula.. Berhenti kat setiap buah negeri untuk bershopping.. Sangat seronok! Tapi walaupun berseronok buku SPM tetap bersamaku..hahahaha.. Yang paling seronok mak aku la sbb kereta unser kluarga kami sgt sarat dengan segala macam barangan shopping iaitu TOTO(Ini yang tilam tu bukan yang judi tu eh!), KOPOK LEKOR, KAIN BATIK, PAKAIAN dari abah hinggala adik bongsu tak termasuk beg2 dan seluar jeans yang pelbagai saiz dengan segala macam jenis buah tangan untuk diagih2 kepada semua adik beradik ipar duai mak mentua pak mentua sekalian tidak lupa juga jiran tetangga.. 


Penuh dan saratnya kereta kami ini sehingga segala ruang yang ada termasukla ruang meletak kaki pon terpaksa kami sedekah dan korbankan untuk mak kami supaya beliau dapat meletakkan barang2 shopping beliau. Nasibla ruang letak kaki abah tak dikorbankan untuk meletakkan barangan shopping beliau. Kalau tidak.. Nak tekan pedal break tertekan tilam TOTO.. Haish...! Bila semua orang keluar dari kereta dan berdiri (selain abah) akan merasa seperti TIDAK BERDIRI disebabkan KEBAS KAKI kerana duduk bersila dalam kereta BERJAM-JAM. Wohohoho.. Memang tak dapat dilupakan! Abah yang terdiam sebab toleh belakang tgk keretanya da bertukar pasar malam, kemudian berkata 'Makin besar kereta, makin tak muat kereta ek?' Bahahahaha..Sadis..

P/S : Jadi, pilihlah aktiviti yang tidak memerlukan anda pergi jauh2, jimat, santai dan yang paling penting sekali anda dan anak anda seronok tanpa bersusah payah. Haa..cuba klik sini untuk tgk cadangan yang dirasakan paling sesuai untuk anda dan keluarga bersantai.. Bak kata pepatah ''Anak-anak ceria, mak ayah pun gembira..'' Sekian..







Penyair Muda di Kota Karya


Nukilan ini aku tuliskan setelah mengikuti Bengkel Penghayatan Sajak yang aku sertai semalam. Terima kasih kepada guru baru ku Amni Jagat dan rakan-rakan seperjuangan. 

Sebelum melangkah ke Pentas Neraca

Sebelum melangkah ke Pentas Neraca


Aku, kamu dan mereka,
mari kita meniti dan meraduk kelam pekat, milik kita semalam,

Semalam kita tanamkan hasad kita ke dalam jiwa-jiwa yang mentah,
semalam kita suburkan benih-benih noda di tapak nafsu semahunya,
kita semai, kita baja tunas-tunas dengki, hasutan dan fitnah,
lalu kita berdendang, bersiul dan memainkan lagu sindir tajam yang mengusik,
kita lukiskan potret agung watak nista, watak yang kononnya mulia,
di atas keping-keping  hati mereka  yang gelisah,

Tapi kita lupa,
padahal kelmarin hati kita sendiri yang penuh jelaga,
kelmarin jiwa kita sendiri yang berkeras,
kelmarin hati kita sendiri yang tuli untuk mengalah,
dan hari ini,
bila sampai waktu datangnya karma menyapa dan menyergah,
aku, kamu dan mereka, terkuncup malu akhirnya,
kepul kepul mendung yang hitam pun mengintai samar,
titis-titis gerimis akhirnya turun menemani malam,
fajar siang, pasti akan turut lewat menyapa,
kerana yang datang, adalah suram berhiaskan duka.

Dan untuk esok,
hapuskanlah dendam pekat dalam jiwa kita yang keras,
padamkanlah api tuli, yang membakar ego di hati kita,
ayuh, kita biarkan hujan membadai jelaga hasad,
kita siramkan dengan tangan yang memaafkan,
ayuh, kita biarkan angin malam memadam benci,
kita tiupkan dengan hembusan keihklasan,
ayuh, kita ikat jasad-jasad kita bersama,
kita simpulkan dengan ikatan ruh yang saling menghargai,
kita sulamkan dengan manik-manik kasih dan sayang,

kerana antara aku, kamu atau mereka,
barangkali ketika fajar menyinsing sinarnya nanti,
entahkan esok, lusa atau pun bila,
akan ada diantara kita, yang akan terlebih dahulu melangkah,
memulakan perjalanan ke pentas neraca.

Nukilan
Keroncongemas

p/s : ini lah dia sajak yang aku karang untuk bengkel sajak yang akan diadakan esok bertempat di Hang Tuah City Hotel Melaka.. wahh dup dap dup dap nie first time aku join bengkel sajak.. walaupun aku minat seni penulisan dari dulu tapi baru sekarang aku tertarik untuk lebih serius dengan hobi dan minat aku yang satu nie.. moga esok dpt menimba ilmu sebaiknya.. 

AKAN KU KENANG SELALU..!

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sambutan Hari Guru kat skola harini memang sangat2 memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Banyak perkara yang pelik tapi benar. Mana tidaknya, cikgu2 dan staf2 semua pakai baju corak sama. Tapi aku? huhu. Bole pulak dorang terlupa nk belikan kain pasang yang sama corak tu kat aku. Kecik ati tau. Tapi takpe. Nasib aku telah dipujuk oleh Kak Ita (cikgu sekolah aku) yang katanya, 'Alahh jgnla kecik ati..Bukannye lawa pun corak baju tu.. Membazir je kalo beli. Selamat duit ko..' Ermm.. Sebenarnya bukan sbb lawa atau tak. Tapi diri ini terasa seolah2 tidak wujud.. Mungkin aku perlu mengunyah GULA-GULA GETAH WRIGLES lebih dan lebih lagi agaknya smpailah dorang perasan yang aku wujud. Bahahaha.. Ala korang jgn buat2 blur plak eh..kalo tak paham buat2 paham sudah.
Perkara kedua yang aku rasa tak boleh lupa Hari Guru harini adalah disebabkan aku kena pergi sekolah dengan MEMBAWA ANAK. Haish.. Tula namanya kita merancang Allah yang tentukan. Tetiba pulak petang semalam sepupu aku dimasukkan ke ICU. Secara tetiba dia pengsan dan ade simptom2 sawan padanya walaupun sblm ni dia tak pernah kne sawan. Doktor pn da garu kepala sbb tak tahu ape punca sebenarnya dia tiba2 kne sawan dan sampai sekarang masih lagi tidak sedarkan diri. Apa kena mengena sepupu masuk ICU dengan bawak anak gi sekolah? Ermm.. sbb mak sepupu aku ni iaitu MakCik aku yang mengasuh anak aku. Jadi bila MakCik aku gi hospital sapa pulak yang nk jaga anak aku?Akula jawabnya..Betul x? Hoho.. Tapi takpe sbb cikgu2 dan staff2 amat berminat nak berkenalan dengan anak aku yang sorang tu. Siap ade cikgu yang DAH COP lagi tau.. Bahahahahahaha.. Ops! Bukan untuk cikgu tu tapi untuk anak dia okay..!
Perkara ketiga yang tak boleh lupa adalah aku duduk dikalangan cikgu-cikgu perempuan yang bertanyakan 'Nadiah pakai produk ape ek? Muka Nadiah nampak soft je..' dan 2 3 orang cikgu disebelah cikgu yang bertanya tu mengangguk2 dengan perasan ingin tahu. (Eh...ini pon termasuk dalam perkara yang tak boleh lupa ke? Hahaha..) Aku tak tahulah cikgu2 tu betul2 ke atau perli je. Kalau betul2 baguslah. Aku ni sedia berkongsi petua dan amalan2 kecantikan diri dari nenek moyang zaman berzaman aku.. Hahaha.. Haa korang jangan pikir yang bukan-bukan plak. Syirik2 ni DOSA BESAR tau..Sebenarnya takde ape2 rahsia pun untuk dapatkan kulit yang cantik. Yang penting perlu rajin cuci muka, guna pencuci muka yang tepat dan serasi dengan kulit kita. Biarla pencuci muka tu murah sekali pn tapi kalau sesuai dengan kulit kita apa salahnya kita pakai. Okla aku nk cerita sket. Dulu aku pakai pencuci muka jenama eversoft. memang sangat2 serasi. Aku start pakai darjah 6 tahun 1999. Bila eversoft keluarkan eversoft white, aku tak pikir panjang terus gunakan eversoft white tu. Tapi start tahun 2008 kot eversoft dah tak keluarkan lagi produk tu. jadi, bermulalah aku menjajau carik produk lain yang setanding dengan eversoft white. Tapi rasanya sampai sekarang aku tak jumpe lagi produk yang boleh tandingi eversoft white tu. Sedih.. =( Tapi nasib Allah bagi aku kulit yang tak banyak cerita. Pakai ape pun tak kesah janji jangan pakai krim siang sbb akan jadi jerawat mgkin sbb pori2 tersumbat.
Perkara yang terakhir yang paling-paling tidak dapat dilupakan adalah aku berikrar dan menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dengan penuh semangat ke'guru'an macam betul2 kita seorang guru tanpa baca lirik lagu tu pun sbb mmg dah ingat. Hehe. Mulalah terbit 1 azam dalam hati ni AKU NAK JADI SEORANG GURU SUATU HARI NANTI. Insya Allah.. Ya ALLAH kau makbulkanlah permintaanku ini.. Sebenarnya aku sangat2 minat jadi guru. Cuma belum rezeki lagi agaknya. Takpe, aku akan berusaha untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti.. Usaha , berdoa, tawakkal..



p/s : Untuk para guru khasnya mak ku CIKGU ROHAYA dan suamiku EN.JAMAROLSHAH yang suatu ketika dulu pernah menjadi guru dan tenaga pengajarku, SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN. Jasamu akan ku kenang selalu..Tak lupa guru-guru yang telah mendidik dan mengajarku dari kecil sampailah sekarang terutamanya Abah dan Mak. HALALKAN ILMU YANG TELAH CIKGU BERIKAN PADA KAMI SEMUA. TERIMA KASIH CIKGU..! JASAMU AKAN KU KENANG SELALU..!


GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA








BAYI KEMBUNG? NAK BUAT MACAM MANA YE?

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia..

Memang amat merisaukan bila bayi kita menangis malam2 pastu tak nak tido sedangkan esok kita nak bekerja. Mesti kita yang lebih2 lagi seorang ibu ni rasa amat risau tambah pulak tak tahu kenapa bayi kita menangis. Susu dah bagi. Lampin dah tukar. Berbakol2 surah dan doa dah kita baca kat telinga dia. Senang cite macam2 cara dah kita lakukan utk buat bayi kita diam. Mungkin bayi kita kembung tapi kita tak tahu macamana nak buat. Betul tak? Lagi2 anak pertama. Takpe, kat sini saya nak kongsi sikit tips2 apa yang perlu kita lakukan jika bayi kita kembung. Cek it dauuud..



1. Urut perut bayi.
'Urut perut' tu semua orang tau buat. Tapi tahukah anda cara yang betul untuk mengurut perut bayi? Perut ni sensitif. Kalau salah urut nanti lain pula jadinya. Okay, caranya lumurkan minyak bayi (cthnya telon,yuyee, minyak kayu putih, dll yang khas utk bayi sbb tak panas. minyak gamat pon boleh.) Lepas tu, lekapkan tangan anda atas perut bayi. Urut secara membulat dari atas perut bayi dengan urutan mengikut arah jam. Diikuti dengan tangan kiri. Ulang beberapa kali sehingga bayi anda kentut. Cara urutan ni bukan je saya dah applykan pada bayi, tapi jugak pada orang dewasa. Hahaha.. Tapi mmg mujarab. (kalau masih tak faham lagi boleh komen kat blog ni okay.InsyaAllah akan saya sediakan video untuk anda ibu-ibu sekalian.Heheh..)




2. Tiarapkan bayi di atas lutut anda.
Ha? camne tu? hehe. Kalau cara yang pertama tak berkesan try pula cara ni. Pertama sekali, anda perlu bersila.Kemudian tiarapkan bayi anda dengan posisi perut bayi berada di atas lutut anda. Tepuk dan urut belakang badan bayi beberapa kali sampaila angin keluar. Urut sekali betis bayi anda.

Diantara kedua2 cara di atas, rasanya yang paling mujarab cara yang pertama tu. Tapi kalau masih lagi tak berkesan, bolehla cuba guna minyak bawang. Bukan syampu bawang ye.Hehehe.. Caranya ambil minyak masak dalam 2 atau 3 sudu besar kemudian campurkan dengan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk dan seulas bawang merah yang telah ditumbuk juga. Tidak perlu tumbuk halus macam nk masak tu. Tumbuk kasar sahaja dah memadai. Lada hitam tu jangan terlalu banyak sbb dikhuatiri bayi anda kepanasan. Hehe.. Sikit je da cukup. Kemudian bolehla dilumurkan pada perut, belakang,betis dan ubun-ubun bayi anda.


Sebenarnya, banyak cara dan tips untuk kita elak supaya anak kita TIDAK KEMBUNG. Nak tahu caranya? InsyaAllah saya akan bagitahu pada entri yang akan datang ye.. Semoga tips2 yang saya berikan sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang dah hilang idea camne nak buat bila anak menangis tak berhenti2 akibat kembung perut. Sekian ketemu lagi..

* Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. sudilah kiranya melawat ke laman blog homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka. Jom like page fb homestay kami juga untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami nanti. Terima kasih sekali lagi.


5 Aplikasi Android paling berguna

Salam ceria salam bahagia buat semua, ini adalah post pertama bagi tahun 2013.. oh memang kami sengaja nak buat blog nie bersawang.. bagi nampak mcm ala-ala rumah usang sikit.. heee..
ok aku nak kongsikan 4 aplikasi android yang sangat berguna kepada rakyat Malaysia.. kegunaan aplikasi android ni "of course" lah utk mereka yg guna smartphone android mcm kitorang.. yg guna iphone tu maaf lah yer.. (btw mesti ada punya aplikasi serupa utk iphone ekk)
ok aplikasi2 nie bagi aku amat sesuai dan seharusnya di miliki oleh semua orang.. sebab apa? sebab hampir setiap hari aku menggunakannya.. maklumlah hari2 berjalan wat marketing ke hulu ke hilir.. :P

1. Aplikasi Prayer Times & Qibla:




 - Aplikasi ini membantu kita sebagai muslim untuk mengingatkan kita masuknya waktu solat 5 waktu..
- korang boleh setting azan tu nk on ke atau tk dan boleh tukar fail mp3 azan yang korang suka.. ha nie aku bagi free fail azan jiharkah dari alunan ustaz safwan (bilal Masjid Al Azim Melaka).. kembanglah ko ustaz suara ko orang download pasni..

- aplikasi ni juga boleh bantu kita mengetahui arah kiblat dengan tepat berpandukan kompas.. haa senang kot2 korang nak berhenti solat kat tengah2 hutan ke kan.. terdapat banyak lg aplikasi yg lebih kurang serupa.. sukahati korangla nk download yang mana satu..
boleh download kat sini.. 


2. Aplikasi PLUSS Toll Rate:





-Aplikasi nie memang sangat berguna kepada traveller mcm aku yang selalu gunakan highway plus.. ha sebelom kita nak sedekah kan duit kita kt plus nie terkadang lupa plak rate dia kn.. yerla org mcm aku nie kn berkira.. semua benda aku budget.. kalo nak balik kampung tu mmg dah hingat dalam kepala dah boleh setting kos minyak ngan tol berapa nak sedia.. tp kalo kena outstat ke tempat yg tk pernah tuju tu haa selalulah aku rujuk kt aplikasi ni.. bolehlah tengok berapa rate toll yg akan aku sedekahkn.. peel aku nie kalo balik kg atau jalan2 ngan anak bini aku (family trip) je aku guna touch n go.. kalo urusan kerja mmg aku guna cash.. sonang beb aku nak claim heeee..
- part yang paling aku suka ngan aplikasi ni adalah sonang aku nak baca informasi terkini kt sepanjang laluan plus nie.. mmg update selalu lah.. jem ke tk.. ada accident teruk ker tk.. dan.. korang boleh tengok live cam di kebanyakkan tempat kt highway2 kt Malaysia nie.. 
boleh download kat sini..

3. Aplikasi Maybank2u & CIMB Clicks:






- ok bagi mereka yg gunakan online banking nie bolehlah download aplikasi nie.. mcm aku selalu buat payment kt supplier guna online jer.. malas nak sign2 cek nie.. rasanyer baru 10 keping jer aku gunakan buku cek aku tu huhu.. so kalo nk login kt laman web nie ada lmbt sikitla bg aku.. tp dengan aplikasi ni sonang koje aku..
- tp ada plak yg x bestnye aplikasi nie.. korang tk boleh transfer duit ke third party account mcm biasa.. nak transfer ke akaun bank yang sama pon tk boleh.. haa.. iya.. memang tak boleh.. tk percaya? iya.. melainkan korang nak transfer ke favourite account yang telah korang registerkn sahaja.. tu semua dorang buat atas sebab musabab keselamatan.. korang nak ke duit korang yg juta2 dalam akaun korang tu hilang? huhuhu.. 
boleh download kat sini dan kat sini

kesimpulannya 4 aplikasi kt atas tu amatlah berguna utk aku.. aku kongsikan buat mereka yg belum tahu.. sharing is caring kn.. DAN sebab aku tak tahu nk post apa kt blog aku hahaha.. nie jerlah idea post yg aku ada wat masa nie..

p/s : ehh mana aplikasi yg ke 5? haa yg ke 5 nie utk homescreen hp aku.. comel tk? mestilah comel kan sebab ada gambar tuan puteri.. aku gunakan go launcher ex theme sebagai theme kt hs aku sbb aku rasa launcher nie yg paling best boleh ikut kehendak nafsu aku.. huh..korang search jerla kt play google tu yerk.. 

 

pesanan penaja : kalau rasa tuan puteri ni comel sila klik sini

Pengikut