pengalaman teman isteri bersalin



Seperti mana yg sedia maklum, 30/4/11 yg lepas, kami secara rasminya bergelar abah dan ibu. anak kami lahir di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada jam 12.40 ptg. syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya kepada kami. tarikh due date yg sepatotnya adalah 8/5/2011. dan pada mulanya kami bercadang agar wife bersalin di hospital melaka. tp nampaknya suratan takdir menentukan anak kami yg pertama ni lahir di nogori sombilan.. aku juga bersyukur kerana mendapat pengalaman menemani isteri semasa dia bersalin. kt hospital seremban nie tk payah kena gi kursus peneman cam hospital melaka. cuma perlu buat perakuan pada borang2 tertentu.
setelah hampir 20 jam ditahan di wad. akhirnya pada jam 7:06 pagi wife dimasukkan ke labour room. jam 11.05 pg doktor panggil aku masuk. then wife diberikan suntikan epidural sbb bukaan masih 1 cm selepas 24 jam. yg menjadi masalahnya adalah air ketumban dah kuar banyak sejak pagi jumaat.. tp condition baby ok. so doktor kata kalo lepas 10 jam after epidural, jika bukaan masih cmtu, doktor suggestkn utk operate. makin berdebar2 aku. paham2 jela kalo operate ni kn.
jam 11.30am sekali lg doktor panggil masuk. kali nie doctor tu kata bukaan dah 5cm.. alhamdulillah.. so dorang akan bg tunggu bukaan hingga 8 atau 9cm. start dari masa tu aku dah tk keluar dari labour room. hampir sejam sebelum kepala dan rambut bayi mula kelihatan. setiap kali wife rasa kontraksi yg berselang 1 hingga 2 minit, wife kena tarik nafas dalam2.. tahan.. then teran!.. buat mcm tu setiapkali kontraksi berlaku..
bila kepala baby dan rambut baby dah nmpak doktor pon panggil aku untuk lihat sendiri. tujuan doc buat mcmtu supaya suami akan bagi sokongan pada isteri supaya lebih semangat lg.. yerla kepala baby dah nk kuar.. so teran lagi teran lagi.. masa nie la wife kena teran hampir dengan lebih kerap.. tarik nafas pon main curik2 jer.. selebihnya terannnn.. apa suami buat masa tu?? ha aku dah jadik cam jurulatih jasmani plak masa tu.. tarik nafas, tahan, teran! Allahuakhbar!!! wife plak sambil teran sambil sama2 ikot "Allahuakhbar.." dengan aku.. then doktor gunting bukaan untuk lebih memudahkan kelahiran bayi.. nah ko tk masal2 aku belajar cara2 nak gunting bukaan.. 2 jari masuk dalam.. bla..bla.. zuupp kena gunting.. mujur bukan aku yg buat.. aku tukang tengok jer.. dan mujur jugak tak banyak darah kuar masa baby kami nie lahir.. adalah terpancut sikit darah tu.. kejer wife masa tu memang meneran jerlah.. akhirnya cempelung.. keluar kepala baby separas leher.. wife teran 3, 4 kali lagi terus kuar baby.. cukup mudah plak bila dah kuar kepala.. nasib bek tk sangkot kt bahu dia huhuhu.. kuar2 jer aku tengok baby warna kelabu.. perempuan.. dan2 kuar terus menangis dan berak.. doktor lap2 terus aku mintak untuk diazankan dan diqamatkan. cukup setakat tu jer.. pastu aku kena kuar masa proses jahitan dilakukan.

okeh bg aku memang sepatotnya kita sebagai suami kena teman masa isteri bersalin.. selain memberi semangat dan kekuatan moral kepada isteri, ia juga mengingatkan kita kepada pengorbanan ibu kandung kita semasa melahirkan kita dulu. aku yakin.. kalo korang si suami temankan isteri kompom paling tidak pon korang akan rasa sebak masa azankan dan qamatkan anak korang.. silap2 korang nk pasang dua pon korang pk beribu kali hahahaha.. bayangkan org dulu2 bersalin kat rumah jer.. tanpa doktor, tanpa ubat bius, tanpa jahitan.. si suami dengar secara live lagi bini menjerit2 atau meneran2 walopon dia tk join bidan kg mengadap bini dia nk bersalin. mgkin sbb tu la org2 dulu jarang bercerai berai.. tp anak2 bila dah besar tknk dgr kata.. dahla masa bersalinkan anak tu sakit.. dah besar kena sakitkan hati lg.. hargailah mak kita.. jgn kurang ajar jgn sakitkan hati dia..

p/s : pas aku azankan dan qamatkan anak aku.. masa nak kuar dari labour room tu ada doktor pelatih tu tanya.. "anak perempuan bukan kena qamatkan jer ke cik?" cam gitula lebih kurang soklan dia.. haha lawak jugak.. mana dia belajar aku pon tk tau la.. yg sebetulnya.. anak perempuan ker anak lelaki ker buat jer dua2.. azan di telinga kanan, qamat di telinga kiri.. :)

p/s/s : kalo mabok darah jgn ngada2 nk temankan bini plak.. kang tk masal2.. masa masok 1 katil.. kuar jadik 2 katil.. :P

>> PENGALAMAN TENGOK PONDAN BERSALIN


0 comments:

Pengikut