TIPS MENGHADAPI SAKIT KETIKA BERSALIN..



Assalamualaikum & salam 1 malaysia kepada semua pembaca blog ini. Kenapa tetiba harini sy terbuka hati nak sharekan tips-tips menghadapi sakit ketika bersalin? sebab sy rasa ramai yang tgh berdebar2 menanti hari utk melahirkan anak masing2 kan? Perasaan berdebar campur excited campur takot campur mcm2 lagi perasaan kan? tambah2 lagi jika nak lahirkan anak yang sulung.. ok jadi tidak membuang masa lagi, sy nak kongsikan tips2 bagaimana nak menghadapi sakit nak bersalin ni :

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi yunus ketika dalam perut ikan paus.

                 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusen.
Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.
Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?
Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.
Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu. Ketika pergi kursus peneman di hospital melaka, nurse yang memberikan ceramah tentang tips-tips menghadapi kontraksi tu yang bagitahu. 
Akhir : Kalau anda da try semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak mengurangkan rasa sakit nk bersalin tu, anda bolehlah minta bantuan ubat tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebab semua tu ada kesan sampingannya. Saya salah seorang daripada pesakit yang mengambil epidural (sejenis ubat tahan sakit yang dimasukkan ke dalam tulang belakang). Nak tahu lebih lagi pasal epidural ni? teruskan membaca post saya yang akan diupdate nanti. hahaha.. Pasal epidural ni penting tau.. Baca jgn tak baca..

So, saya berharap segala tips yang telah diberikan dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada ibu2 yang bakal melahirkan anak mereka nanti. Apa yang dapat saya kongsikan, insyaALLAH saya akan kongsikan bersama semua pembaca blog ini. Jika ada sebarang komen atau ingin berkongsi pengalaman anda, jgn segan silu utk komen k.. Sehingga berjumpa lagi..

* Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. sudilah kiranya melawat ke laman blog homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka. Jom like page fb homestay kami juga untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami nanti. Terima kasih sekali lagi.






5 comments:

Azliza Sahin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keroncongemas berkata...

Wksalam.
Minta puan nyatakan link sumber dan url blog kami http://keroncongemas.blogspot.com dalam posting yang puan salin dari post kami ini di blog puan. Tq

Azliza Sahin berkata...

ok....

natura berkata...

Saya sakit kontraksi hampir 12 jam.
Menang banyak hilang tenaga sebab menahan sakit.
Bahaya sebenar sebab takda tenaga nak teran kan.
Takut bagi kesan kat bayi.

fatimah berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

Pengikut