AKAN KU KENANG SELALU..!

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sambutan Hari Guru kat skola harini memang sangat2 memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Banyak perkara yang pelik tapi benar. Mana tidaknya, cikgu2 dan staf2 semua pakai baju corak sama. Tapi aku? huhu. Bole pulak dorang terlupa nk belikan kain pasang yang sama corak tu kat aku. Kecik ati tau. Tapi takpe. Nasib aku telah dipujuk oleh Kak Ita (cikgu sekolah aku) yang katanya, 'Alahh jgnla kecik ati..Bukannye lawa pun corak baju tu.. Membazir je kalo beli. Selamat duit ko..' Ermm.. Sebenarnya bukan sbb lawa atau tak. Tapi diri ini terasa seolah2 tidak wujud.. Mungkin aku perlu mengunyah GULA-GULA GETAH WRIGLES lebih dan lebih lagi agaknya smpailah dorang perasan yang aku wujud. Bahahaha.. Ala korang jgn buat2 blur plak eh..kalo tak paham buat2 paham sudah.
Perkara kedua yang aku rasa tak boleh lupa Hari Guru harini adalah disebabkan aku kena pergi sekolah dengan MEMBAWA ANAK. Haish.. Tula namanya kita merancang Allah yang tentukan. Tetiba pulak petang semalam sepupu aku dimasukkan ke ICU. Secara tetiba dia pengsan dan ade simptom2 sawan padanya walaupun sblm ni dia tak pernah kne sawan. Doktor pn da garu kepala sbb tak tahu ape punca sebenarnya dia tiba2 kne sawan dan sampai sekarang masih lagi tidak sedarkan diri. Apa kena mengena sepupu masuk ICU dengan bawak anak gi sekolah? Ermm.. sbb mak sepupu aku ni iaitu MakCik aku yang mengasuh anak aku. Jadi bila MakCik aku gi hospital sapa pulak yang nk jaga anak aku?Akula jawabnya..Betul x? Hoho.. Tapi takpe sbb cikgu2 dan staff2 amat berminat nak berkenalan dengan anak aku yang sorang tu. Siap ade cikgu yang DAH COP lagi tau.. Bahahahahahaha.. Ops! Bukan untuk cikgu tu tapi untuk anak dia okay..!
Perkara ketiga yang tak boleh lupa adalah aku duduk dikalangan cikgu-cikgu perempuan yang bertanyakan 'Nadiah pakai produk ape ek? Muka Nadiah nampak soft je..' dan 2 3 orang cikgu disebelah cikgu yang bertanya tu mengangguk2 dengan perasan ingin tahu. (Eh...ini pon termasuk dalam perkara yang tak boleh lupa ke? Hahaha..) Aku tak tahulah cikgu2 tu betul2 ke atau perli je. Kalau betul2 baguslah. Aku ni sedia berkongsi petua dan amalan2 kecantikan diri dari nenek moyang zaman berzaman aku.. Hahaha.. Haa korang jangan pikir yang bukan-bukan plak. Syirik2 ni DOSA BESAR tau..Sebenarnya takde ape2 rahsia pun untuk dapatkan kulit yang cantik. Yang penting perlu rajin cuci muka, guna pencuci muka yang tepat dan serasi dengan kulit kita. Biarla pencuci muka tu murah sekali pn tapi kalau sesuai dengan kulit kita apa salahnya kita pakai. Okla aku nk cerita sket. Dulu aku pakai pencuci muka jenama eversoft. memang sangat2 serasi. Aku start pakai darjah 6 tahun 1999. Bila eversoft keluarkan eversoft white, aku tak pikir panjang terus gunakan eversoft white tu. Tapi start tahun 2008 kot eversoft dah tak keluarkan lagi produk tu. jadi, bermulalah aku menjajau carik produk lain yang setanding dengan eversoft white. Tapi rasanya sampai sekarang aku tak jumpe lagi produk yang boleh tandingi eversoft white tu. Sedih.. =( Tapi nasib Allah bagi aku kulit yang tak banyak cerita. Pakai ape pun tak kesah janji jangan pakai krim siang sbb akan jadi jerawat mgkin sbb pori2 tersumbat.
Perkara yang terakhir yang paling-paling tidak dapat dilupakan adalah aku berikrar dan menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dengan penuh semangat ke'guru'an macam betul2 kita seorang guru tanpa baca lirik lagu tu pun sbb mmg dah ingat. Hehe. Mulalah terbit 1 azam dalam hati ni AKU NAK JADI SEORANG GURU SUATU HARI NANTI. Insya Allah.. Ya ALLAH kau makbulkanlah permintaanku ini.. Sebenarnya aku sangat2 minat jadi guru. Cuma belum rezeki lagi agaknya. Takpe, aku akan berusaha untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti.. Usaha , berdoa, tawakkal..



p/s : Untuk para guru khasnya mak ku CIKGU ROHAYA dan suamiku EN.JAMAROLSHAH yang suatu ketika dulu pernah menjadi guru dan tenaga pengajarku, SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN. Jasamu akan ku kenang selalu..Tak lupa guru-guru yang telah mendidik dan mengajarku dari kecil sampailah sekarang terutamanya Abah dan Mak. HALALKAN ILMU YANG TELAH CIKGU BERIKAN PADA KAMI SEMUA. TERIMA KASIH CIKGU..! JASAMU AKAN KU KENANG SELALU..!


GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA








0 comments:

Pengikut