BAYI KEMBUNG? NAK BUAT MACAM MANA YE?

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia..

Memang amat merisaukan bila bayi kita menangis malam2 pastu tak nak tido sedangkan esok kita nak bekerja. Mesti kita yang lebih2 lagi seorang ibu ni rasa amat risau tambah pulak tak tahu kenapa bayi kita menangis. Susu dah bagi. Lampin dah tukar. Berbakol2 surah dan doa dah kita baca kat telinga dia. Senang cite macam2 cara dah kita lakukan utk buat bayi kita diam. Mungkin bayi kita kembung tapi kita tak tahu macamana nak buat. Betul tak? Lagi2 anak pertama. Takpe, kat sini saya nak kongsi sikit tips2 apa yang perlu kita lakukan jika bayi kita kembung. Cek it dauuud..



1. Urut perut bayi.
'Urut perut' tu semua orang tau buat. Tapi tahukah anda cara yang betul untuk mengurut perut bayi? Perut ni sensitif. Kalau salah urut nanti lain pula jadinya. Okay, caranya lumurkan minyak bayi (cthnya telon,yuyee, minyak kayu putih, dll yang khas utk bayi sbb tak panas. minyak gamat pon boleh.) Lepas tu, lekapkan tangan anda atas perut bayi. Urut secara membulat dari atas perut bayi dengan urutan mengikut arah jam. Diikuti dengan tangan kiri. Ulang beberapa kali sehingga bayi anda kentut. Cara urutan ni bukan je saya dah applykan pada bayi, tapi jugak pada orang dewasa. Hahaha.. Tapi mmg mujarab. (kalau masih tak faham lagi boleh komen kat blog ni okay.InsyaAllah akan saya sediakan video untuk anda ibu-ibu sekalian.Heheh..)




2. Tiarapkan bayi di atas lutut anda.
Ha? camne tu? hehe. Kalau cara yang pertama tak berkesan try pula cara ni. Pertama sekali, anda perlu bersila.Kemudian tiarapkan bayi anda dengan posisi perut bayi berada di atas lutut anda. Tepuk dan urut belakang badan bayi beberapa kali sampaila angin keluar. Urut sekali betis bayi anda.

Diantara kedua2 cara di atas, rasanya yang paling mujarab cara yang pertama tu. Tapi kalau masih lagi tak berkesan, bolehla cuba guna minyak bawang. Bukan syampu bawang ye.Hehehe.. Caranya ambil minyak masak dalam 2 atau 3 sudu besar kemudian campurkan dengan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk dan seulas bawang merah yang telah ditumbuk juga. Tidak perlu tumbuk halus macam nk masak tu. Tumbuk kasar sahaja dah memadai. Lada hitam tu jangan terlalu banyak sbb dikhuatiri bayi anda kepanasan. Hehe.. Sikit je da cukup. Kemudian bolehla dilumurkan pada perut, belakang,betis dan ubun-ubun bayi anda.


Sebenarnya, banyak cara dan tips untuk kita elak supaya anak kita TIDAK KEMBUNG. Nak tahu caranya? InsyaAllah saya akan bagitahu pada entri yang akan datang ye.. Semoga tips2 yang saya berikan sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang dah hilang idea camne nak buat bila anak menangis tak berhenti2 akibat kembung perut. Sekian ketemu lagi..

* Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. sudilah kiranya melawat ke laman blog homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka. Jom like page fb homestay kami juga untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami nanti. Terima kasih sekali lagi.


4 comments:

KN berkata...

Saya masih lagi tak dapat tau sama ada perut anak kembung atau tidak. Saya cuba tepuk dari semasa ke semasa. Tapi bunyinya sama je. Ada tak cara untuk mengesan kembung ni?

Kami memiliki barang bayi untuk dijual. Singgajlah di page kami..

Unknown berkata...

Salam..saya wan nadiah..daripada pembacaan saya kembung pada bayi ni ade kaitan dengan teknik penyusuan..silalah berkunjung ke blog saya ye..semoga bermanfaat..

http://mommahusna.blogspot.com

keroncongemas berkata...

Wksalam.. Tahniah puan Wan Nadiah atas perkongsian hebat!

Dunia Ibu berkata...

Tq berkongsi

Pengikut