Homestay Widuri Melaka

Salam buat semua pembaca dan pengunjung keroncongemas.. wahhhh lama betul x update blog comel kiut terjungkit ni..

ok meh kita tengok homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka..
Alhamdulillah akhirya dapat juga kami memiliki rumah sendiri.. rumah second je.. tapi kami tak menetap lagi di rumah kami ni.. yolah.. kan kerja kt nogori.. so kami jadikan rumah kami ini homestay.. diberi nama Homestay Widuri Melaka.. ok lah nama tu.. kalau ikut kan hati nk je letak nama homestay bunga bunga matahari.. anggun mekar.. di taman sari.. ko sambunglah nyanyi..
Ok. berikut sedikit penerangan dan gambar berkenaan homestay kami..























Homestay kami terletak di Taman Padang Temu Indah, Bandar Hilir, Melaka. Jarak dari Tol Ayer Keroh ke Homestay adalah 17 km dan 4 km ke Bandar Hilir, Melaka. Hanya 20 meter dari Persisir Selat Melaka dan sudah tentu pemandangan di tepian laut Padang Temu Indah bersedia menerima kunjungan anda untuk menikmati penginapan yang selesa di homestay kami yang mempunyai 4 Bilik Tidur, 3 Bilik Air, Penghawa dingin, kelengkapan perabot, TV, Peti Ais dan dapur yang memuaskan. Kami juga menyediakan kemudahan 'Add On' tuala mandi, tilam (single) dan bantal tambahan secara percuma. Harga RM 300.00 sehari semestinya memberikan nilai yang lebih ekonomik untuk penginapan anda semasa bercuti dan bersiar-siar di Negeri Melaka Bersejarah. Hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut.

jangan lupa like page homestay kami untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami.. like tau jangan tak like.. http://facebook.com/homestaywiduri

dan untuk mengetahui harga, kemudahan, dan berbagai lagi info serta gambar berkenaan homestay kami.. sila layari blog homestay kami di homestaywiduri.blogspot.com


0 comments:

Pengikut