TIPS PENGAMBILAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG..

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung blog..
Okay, bila kita dah tau yang kita mengandung, secara automatiknya kita akan buat buku mengandung di klinik kan? Kalo swasta aku tak pastilah camne tapi klo di klinik kerajaan/ klinik kesihatan ibu dan anak mmg wajib buat buku warna pink. Tujuan buku tu adalah untuk rujukan setiap kali kita pergi checkup. Perkara yang dirujuk adalah seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, dan sebagainya. Jadi setiap bulan mmg wajib nurse akan suntik tgn/ jari kita untuk dptkan darah untuk test perkara2 tadi. Selepas proses checkup da tamat, nurse akan bg kita pelbagai vitamin yang berkhasiat lagi terbaik untuk bayi kita dalam perut tu.. Selalunya dia klinik kerajaan akan bagi 4 jenis vitamin ni. vitamin C, Kalsium, Zat besi dan Asid folik.

Antara 4 jenis vitamin tadi yang paling penting / wajib makan setiap hari adalah asid folik. Asid folik mengurangkan risiko anak dalam kandungan menjadi cacat. Selain itu, asid folik jugak menguatkan rahim kita. Jadi, insyaALLAH kes keguguran janin pada peringkat awal kehamilan itu tidak terjadi.

Vitamin kedua terpenting adalah zat besi/ ferus. Zat besi ni mmg ramai yang paling benci bila nk mkn sebab baunye yang agak geli geleman tu akan membuatkan ibu2 yang kena morning sickness bertambah2 'sickness'nyerr.. hahahaha.. Fungsi Zat besi ini adalah untuk menambah darah/ hemoglobin(HB) kita. Selalunya HB kita akan menurun dari 12 hinggalah 8,7,6, dan seterusnya apabila perut kita semakin membesar.

Sesetengah ibu mengandung akan rasa sembelit apabila makan zat besi ini. Ikut pengalaman aku, kalo HB kita rendah dalam 6 ke bawah, takde masalah klo mkn zat besi yg klinik bg tu. Tapi klo HB ok 10 ke atas mmg akan sembelit. Jadi,alternatif lain selain mengambil zat besi ini adalah dengan mengambil buah-buahan bewarna kuning/oren cthnye belimbing, jagung, betik, oren dan sebagainya. JAMBU BATU adalah buah yang paling tinggi zat besinya walaupun bukan bewarna kuning (nurse klinik kesihatan mantin yg bagitahu). Jadi para ibu bolehla mkn buah jambu batu tu untuk dijadikan pencuci mulut/snack sambil tgk tv. Selain itu, makan hati lembu, hati ayam, paru2 lembu, kerang dan sebagainya juga boleh menambahkan darah anda. Tetapi tidak digalakkan.Sekali sekala tu bolehla. TETAPI makanan alternatif tadi tidaklah sama dengan zat besi yang klinik bg tu sbb pil zat besi tu lebih berkesan. Bagi ibu2 yang HB rendah 8 ke bawah tu dan bila nk checkup keesokkannya dan tak mahu kena marah dengan nurse sbb HB rendah, kat sini aku nk kongsi petua sikit. Korang tak perlu nak mkn zat besi tu hari2. Makan zat besi tu 2 hari berturut2 sebelum tarikh checkup pun dah memadai. Apa yang korang kena lakukan adalah yang pertama, makan pil zat besi tu dengan vitamin C (yang klinik bagi tu) ataupun minum dengan air perahan limau/ air jus. Vitamin c mempercepatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Kedua, mkn zat besi+vitamin C/jus buah tu 2 JAM SEBELUM atau SELEPAS MAKAN NASI. Jika kita makan/ minum kurang dari 2 jam sebelum/ selepas mkn nasi akan mengganggu proses penyerapan zat besi dlm tubuh. Ini adalah fakta okay!

Vitamin ke 3 paling penting adalah kalsium. Seperti yg kita tahu kalsium menguatkan tulang dan gigi kan? Sebenarnya ia juga baik untuk pembentukan tulang dan gigi bayi kita walaupun masih dlm perut. Semakin besar perut kita, kita akan semakin kekurangan kalsium sbb bayi kita dah serap kalsium yang ada dlm badan kita. Jadi kita memerlukan lebih banyak kalsium. Ini adalah fakta ye. Bila perut semakin membesar tulang belakang kita akan rasa semakin sakit. Pastu selalu sangat kekejangan. Tapi kalo kita amek kalsium tu secara rutin, insyaALLAH rasa sakit tulang belakang tu hilang/kurang dan kekejangan takkan terjadi.

Vitamin yang terakhir adalah Vitamin c. Vitamin C yang kita tahu mmg baik untuk kulit sbb tulah ramai yang dah inject Vitamin C untuk kulit yang lebih cantik. Selain tu banyak kelebihannya cth bantu serap zat besi mcm yg dah diberitahu tadi. Pastu Vitamin C ni juga dapat mengelakkan kita dari terkena selsema. Menguatkan imun badan kita. Sangat bagus untuk bayi kita dlm perut juga. Kulit anak kita insyaallah akan putih, mulus, lembut dan gebuss.. hehe.

Okay rasanya dah banyak bende yang aku explain dan share kan korang kan? kalo ade yg nk sharekan pengalaman atau nk tanyakan ape2 pasal preggy ni insyaallah kalo aku boleh tolong aku akan tolong dan kongsikan sesama. Lain kali, lain masa klo aku ade peluang, aku akan sharekan lagi okay.

p/s : Jika mahu ambil / beli supplement kat farmasi seperti obimin dan sebagainya digalakkan minta nasihat dari doktor dulu. Tapi kalo tanya kat aku yang tak bertauliah ni, aku nasihatkan tak perlu ambil sebarang vitamin/supplement yang lain KECUALI dengan nasihat doktor. Supplement/vitamin yang 4 jenis tadi sudah memadai dan cukup terbaik dah kot..

* Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. sudilah kiranya melawat ke laman blog homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka. Jom like page fb homestay kami juga untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami nanti. Terima kasih sekali lagi.











1 comments:

fatimah berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid folik untuk ibu hamil

Pengikut