Memaparkan catatan dengan label Humor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Humor. Papar semua catatan

AKAN KU KENANG SELALU..!

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sambutan Hari Guru kat skola harini memang sangat2 memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Banyak perkara yang pelik tapi benar. Mana tidaknya, cikgu2 dan staf2 semua pakai baju corak sama. Tapi aku? huhu. Bole pulak dorang terlupa nk belikan kain pasang yang sama corak tu kat aku. Kecik ati tau. Tapi takpe. Nasib aku telah dipujuk oleh Kak Ita (cikgu sekolah aku) yang katanya, 'Alahh jgnla kecik ati..Bukannye lawa pun corak baju tu.. Membazir je kalo beli. Selamat duit ko..' Ermm.. Sebenarnya bukan sbb lawa atau tak. Tapi diri ini terasa seolah2 tidak wujud.. Mungkin aku perlu mengunyah GULA-GULA GETAH WRIGLES lebih dan lebih lagi agaknya smpailah dorang perasan yang aku wujud. Bahahaha.. Ala korang jgn buat2 blur plak eh..kalo tak paham buat2 paham sudah.
Perkara kedua yang aku rasa tak boleh lupa Hari Guru harini adalah disebabkan aku kena pergi sekolah dengan MEMBAWA ANAK. Haish.. Tula namanya kita merancang Allah yang tentukan. Tetiba pulak petang semalam sepupu aku dimasukkan ke ICU. Secara tetiba dia pengsan dan ade simptom2 sawan padanya walaupun sblm ni dia tak pernah kne sawan. Doktor pn da garu kepala sbb tak tahu ape punca sebenarnya dia tiba2 kne sawan dan sampai sekarang masih lagi tidak sedarkan diri. Apa kena mengena sepupu masuk ICU dengan bawak anak gi sekolah? Ermm.. sbb mak sepupu aku ni iaitu MakCik aku yang mengasuh anak aku. Jadi bila MakCik aku gi hospital sapa pulak yang nk jaga anak aku?Akula jawabnya..Betul x? Hoho.. Tapi takpe sbb cikgu2 dan staff2 amat berminat nak berkenalan dengan anak aku yang sorang tu. Siap ade cikgu yang DAH COP lagi tau.. Bahahahahahaha.. Ops! Bukan untuk cikgu tu tapi untuk anak dia okay..!
Perkara ketiga yang tak boleh lupa adalah aku duduk dikalangan cikgu-cikgu perempuan yang bertanyakan 'Nadiah pakai produk ape ek? Muka Nadiah nampak soft je..' dan 2 3 orang cikgu disebelah cikgu yang bertanya tu mengangguk2 dengan perasan ingin tahu. (Eh...ini pon termasuk dalam perkara yang tak boleh lupa ke? Hahaha..) Aku tak tahulah cikgu2 tu betul2 ke atau perli je. Kalau betul2 baguslah. Aku ni sedia berkongsi petua dan amalan2 kecantikan diri dari nenek moyang zaman berzaman aku.. Hahaha.. Haa korang jangan pikir yang bukan-bukan plak. Syirik2 ni DOSA BESAR tau..Sebenarnya takde ape2 rahsia pun untuk dapatkan kulit yang cantik. Yang penting perlu rajin cuci muka, guna pencuci muka yang tepat dan serasi dengan kulit kita. Biarla pencuci muka tu murah sekali pn tapi kalau sesuai dengan kulit kita apa salahnya kita pakai. Okla aku nk cerita sket. Dulu aku pakai pencuci muka jenama eversoft. memang sangat2 serasi. Aku start pakai darjah 6 tahun 1999. Bila eversoft keluarkan eversoft white, aku tak pikir panjang terus gunakan eversoft white tu. Tapi start tahun 2008 kot eversoft dah tak keluarkan lagi produk tu. jadi, bermulalah aku menjajau carik produk lain yang setanding dengan eversoft white. Tapi rasanya sampai sekarang aku tak jumpe lagi produk yang boleh tandingi eversoft white tu. Sedih.. =( Tapi nasib Allah bagi aku kulit yang tak banyak cerita. Pakai ape pun tak kesah janji jangan pakai krim siang sbb akan jadi jerawat mgkin sbb pori2 tersumbat.
Perkara yang terakhir yang paling-paling tidak dapat dilupakan adalah aku berikrar dan menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dengan penuh semangat ke'guru'an macam betul2 kita seorang guru tanpa baca lirik lagu tu pun sbb mmg dah ingat. Hehe. Mulalah terbit 1 azam dalam hati ni AKU NAK JADI SEORANG GURU SUATU HARI NANTI. Insya Allah.. Ya ALLAH kau makbulkanlah permintaanku ini.. Sebenarnya aku sangat2 minat jadi guru. Cuma belum rezeki lagi agaknya. Takpe, aku akan berusaha untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti.. Usaha , berdoa, tawakkal..



p/s : Untuk para guru khasnya mak ku CIKGU ROHAYA dan suamiku EN.JAMAROLSHAH yang suatu ketika dulu pernah menjadi guru dan tenaga pengajarku, SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN. Jasamu akan ku kenang selalu..Tak lupa guru-guru yang telah mendidik dan mengajarku dari kecil sampailah sekarang terutamanya Abah dan Mak. HALALKAN ILMU YANG TELAH CIKGU BERIKAN PADA KAMI SEMUA. TERIMA KASIH CIKGU..! JASAMU AKAN KU KENANG SELALU..!


GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA








ANAK ANGKAT UNTUK DIBELA

Assalamualaikum wbt & salam 1 malaysia..

Sebagai seorang ibu, aku tertarik untuk melihat wajah2 bayi yang baru lahir tak kisahla samada status bayi tu halal atau haram. Kat dahi mereka takde tanda yang mengatakan halal atau haram pun. Bayi yang baru lahir memang takde dosa. Mereka tak tahu ape2 langsung. Kesian kat mereka. Atas dosa yang mak & ayah dia lakukan, dia yang kena tanggung segala kesakitan sampai bila2. Kena ejek, kena cerca, kena hina dan macam2 lagi. Kecik2 lagi maruah mereka dah dicalar. Masyarakat mmg pandang hina dengan anak luar nikah ni. Yang sepatutnya dihina mak bapak mereka. Bukan anak-anak yang tak tahu ape2 ni.

Aku terfikir, siapalah yang akan membela anak-anak ni dan marah bila mereka diejek oleh kawan2 mereka nanti kalau tiada siapa yang menjaga mereka. Macam kita semua yang ada mak bapak, kita sentiasa rasa dilindungi daripada org2 jahat. Bila ada yang menyakitkan hati kita, mak bapak kita akan backup kita. Paling tidak marah balik pada org yg sakitkan ati kita. Siap datang sekolah carik budak yang sakitkan kita pastu report kat guru besar dan sebagainya. Sayangnya mak bapak kita dengan kita. Zaman kanak-kanak kita cukup seronok. Gelak ketawa tak pernah lekang. Sampai da dewasa ni pon rasa nk jadi kanak-kanak semula. Tapi bagaimana agaknya nasib anak-anak yang terbuang dan yang tak sah taraf ni ye? Samakah zaman kanak-kanak kita dengan mereka? Ada ke org yang betol2 sayang mereka mcm mak bapak kita sayang kat kita? Mungkin ada. Mungkin juga tidak. Mungkin, kalau mak kandung mereka sendiri yang jaga mereka belum tentu lagi dijaga dengan baik, bukan? Silap2 mereka dibuang atau dibunuh dengan kejam oleh mak bapak  mereka sendiri. Astaghfirullahalazim.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan..

Pada pendapat aku lebih baik anak-anak tak sah taraf ni dijaga oleh orang yang betol2 nak kan anak. InsyaAllah mereka akan jaga anak-anak ini dengan sebaik-baiknya. Daripada anak-anak ini dibuang, digonggong anjing, astaghfirullah.. Sedih sangat2 bila terbaca kat akhbar2 atau dengar berita2 sebegini. Tak sanggup nk dengar apatah lagi melihat sendiri. Ya Allah, mana perginya perikemanusiaan manusia2 kat dunia ni? Kalau tak nk bagilah keluarga yang nak kan anak. Sekarang ni, ada org yang belom berkahwin pon nak ambil anak angkat jugak. Baguslah. Tu salah satu usaha yang baik dan pahalanya besar. Asuhlah anak-anak ini dengan didikan agama yang sedalam-dalamnya. Anak-anak juga berhak untuk hidup mcm anak-anak yang lain.

Jika ada yang berminat untuk mengambil anak angkat bolehlah ke http://aaudb.blogspot.com. Di facebook pula https://www.facebook.com/anakangat. Ini bukanlah promosi jual barang atau sebagainya. Harap janganlah ada yang berfikiran cmtu. Aku cuma terbaca di facebook dan ingin berkongsi kepada pengunjung blog ni. Terharu bila melihat wajah2 anak kecil yang tiada dosa tu. Comel2 gebu2 putih2 plak tu. Terasa sayang pada anak-anak ni. (hampir mengeluarkan air mata tapi kena cover sbb dalam ofis ramai orang) huhuhu..

fakta atau auta?



1. menurut kajian, jika seseorang ketawa 100 kali dalam masa 24 jam, orang itu mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit, dan menurut kajian

gempar!!! hacker Malaysia paling muda tertangkap!


Jam 12.30 pagi.
Modus operandi : menjahanamkan server kolej lagenda.
Tujuan : tidak puashati sbb pihak kolej lagenda tk prihatin dgn kebencian resident terhadap perangai burok pelajar2 asing dorang.
Umur : 2 tahun !!!
Tahap kerosakan : kedua2 server kolej di mantin dan di hongkong dijahanamkan.


rilek jer hacker sorang nie.. pasang khemah dalam rumah konon nk cover r tu kalo SKMM datang boleh nyorok dalam khemah agaknyer..


amek ko! terkojut tk ko.. tengok tgn dia cepat jer tekan Alt-F4 (short cut untuk close active application) abih jahanam server ko kejerkan yerr...


adatla kn kalo dah hacker tu.. buat muka selamba tknk ngaku.. bila disoal siasat dia kata "ala men conteng2 kt "paint" jer.. lukis muka cik yon ngan mak yon dia katanya..

p/s : memang tak sangka... :D


chef termuda abad ini?


aku nak tengokla.. antara sufi, akhil ngan aiman yg mana sorang nanti betol2 kerja dalam bidang makanan nie.. (masak memasak).. ketiga2 org anak sedara aku nie memang pelik sket dari cucu ayah yg len.. suka sangat men peralatan dapor.. rekod setakat nie dipegang oleh akhil.. abih periuk paling besar atok said dia kena hurung sampai ke depan rumah.. yg nie plak si sufi sibuk mengacau mak yon dia memasak.. kuat plak dia melesung.. gelagat bebudak memang menghiburkan hati.. tapi pelik jugak.. masih ada insan keparat dan bangsat diluar sana yg suka suki memukul, mendera, membuang dan membunuh bayi dan kanak2.. inilah golongan yang harus dipanggil syaitan jahanam yg bertopengkan manusia..

3 pasang couple .. tak nak buka pintu!



Ting Tak Ka Ting Tang Ting (3x)

Sayang Jika Kau Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatiku
Sayang Jangan Kau Ragu
Cintaku Padamu Selalu Padu
Kuakui Kesilapanku
Aku Sedari Semua Itu
Memang Aku Melukaimu
Tapi Itu Hanya Gurauku

Sayang Ku Ingin Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatimu
Masihkah Engkau Marah
Sedangkan Cintaku Segar Dan Menyala
Buka Buka Pintu Sayang
Aku Rindukan Belai Kasihmu
Buka Buka Pintu Sayang
Aku Hauskan Sinar Matamu

Ting
Tak Ka Tong Tang Tong (3x)
Sayang Maafkan Daku
Akan Kuturuti Apa Mahumu
Sayang Aku Berjanji
Takkan Buat Lagi Dilain Kali
Percayalah Kata-Kataku
Atau Kau Masih Ragu-Ragu
Ambil Pisau Belah Dadaku
Saksikanlah Kejujuranku

Sayang Ku Ingin Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatimu
Masihkah Engkau Marah
Sedangkan Cintaku Segar Dan Menyala
Buka Buka Pintu Sayang
Maafkan Saja Kesalahanku
Buka Buka Pintu Sayang
Aku Rindukan Senyum Manismu

Ting
Tak Ka Ting Tang Ting (5x)
Ting

p/s : korang.. lagu nie sesuai buat sang suami yang kena tido luar pintu..
mesti ada yang ngata nie.. "ciT!! tajuk jer gempak.. aku hingat benda biru tadi!.." hua hua hua..


s A k i T h A t i


malam tadi aku jumpa nora danish.. ala pelakon terkenal puteri ngan yg kat iklan sunsilk kt tv tu.. aku ngan laki aku jumpa dia masa kitorang g pasar raya kt seremban.. boleh plak terjumpa dia kt situ.. ntah apa dia buat kat seremban tak tau la plak mungkin ada pengambaran kot.. bila dia nampak kitorang si nora danish nie pon tegur la kitorang.. berborak la pasal diri masing2.. yerla cam dah lama tak jumpa nie macam2 la yg dijadikan topik perbualan.. yg aku dok perasan si nora nie asyik dok peratikan laki aku jer dari sejak tadi.. bual2 jugak.. mata aku nie menjeling2 jugak.. berceritalah pasal kandungan aku yg dah masuk ke 4 bulan nie.. perut aku pon dah makin membesar.. hermm macam2 jugakla si nora danish nie bagi tips2 dan petua masa mengandung.. dalam dok sedap berborak tu tetiba aku rasa nak ke toilet plak.. aku pon g la toilet sementara laki aku ngan si nora danish tu terus berborak.. bila aku kuar dari toilet aku g la balik ke tempat laki aku ngan si nora tadi.. korang nak tau apa yg berlaku? punyalah aku naik angin 1 badan! ada ker si nora tu sedap2 jer berciom mulut dengan laki aku depan org ramai!.. aku dah hilang sabar.. aku maki2 nora tu.. tak cukup dengan maki aku amek kasut ntah sapa punya aku jumpa aku ketuk2 kepala dia dengan tumit kasut tu! yg laki aku buat tak bersalah plak.. eiiiiii geramnyer aku!!! naik darah aku ni tao sampai mengah2 aku jadiknya.. kita dengan perut memboyot diaorang bole sedap2 bercengkerama!!! kecoh satu plaza jadiknya.. hati isteri mana yg tak sakit tengok laki dia buat macam tu.. nauzubillah! tuhan jerla yang tau perasaan aku masa tu.. tup2 laki aku goyang2 bahu aku.. kenapa sayang?.. ehhh boleh plak dia tanya kenapa? apa perasaan korang kalo ada kat tempat aku??? pastu laki aku goyang aku lagi.. then dia cakap.. dah2 la tu sayang.. asal ngigau jer abang kena tendang kena tumbuk.. huh! baru aku tersedar yg aku tengah bermimpi.. heeeeee... aku rasa2 perot aku.. boleh plak mimpi ngandung dah masuk 4 bulan.. ngeeee tapi perasaan sakit ati kat nora danish masih tebal walopon aku dah semakin sedar bahawa itu semua mimpi belaka.. sehinggalah masa tgk tv tadi ngan laki aku.. sambil2 tu bercerita pasal mimpi aku jumpa nora danish kat suami aku tetiba muncul plak dia kt iklan tv tu.. laki aku dok gelak terkekeh sebab aku terus tukar channel lain bila nora danish tu muncul.. huuu benci benci benci..

Pengikut