KENANGAN CUTI SEKOLAH YANG EKSTRIM...

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. 

Teringat pada zaman sekolah dulu sewaktu cuti skola ni la hari yang paling bahagia yang sangat2 dinantikan oleh semua umat yang bergelar 'murid'! Sebab waktu ni la kita nak ambil peluang bangun lambat pastu bangun2 terus boleh makan tengahari.. Haha! Lagi2 murid yang duduk asrama seperti aku ni. Yerla kat asrama hari2 kena kerah tenaga nak angkut air dari tingkat bawah ke atas pastu nak basuh baju lagi, sidai lipat gosok baju lagi, pastu sabtu ahad ade je aktiviti gotong royong la, kelas tambahan la, cat sekolah la, wat keceriaan bilikla dan lagi dan lagi..huh! terlalu banyak aktiviti bukan? hohoho.. Pastu kalau wat tak geti sbb tak join aktiviti nanti ade je yang soseh soseh jeling2 sampai juling kat kite.. kannnn??? Jadi mau tak mau ikotkan saja kata hati mereka. Hoh!

Ok tutup cerita lama sambung balik tentang cerita cuti sekolah yang menggembirakan...hehe. Dulu mase korang cuti sekolah apa aktiviti yang dirasakan sungguh seronok? Mesti gi berkelah kan? Tak pon main video game dpn TV rumah? Ermm.. Budak2 skang ni untung..tak macam kita dulu..tak mainla setakat gi berkelah ni..Paling2 cikai pon gi 'snorkeling'.. Amboi..! 

Masa aku form 5 dulu (Da nak dekat SPM da tau..) kitorg 1 family pegi round 1 semenanjung start dari selatan -utara-selatan semula.. Berhenti kat setiap buah negeri untuk bershopping.. Sangat seronok! Tapi walaupun berseronok buku SPM tetap bersamaku..hahahaha.. Yang paling seronok mak aku la sbb kereta unser kluarga kami sgt sarat dengan segala macam barangan shopping iaitu TOTO(Ini yang tilam tu bukan yang judi tu eh!), KOPOK LEKOR, KAIN BATIK, PAKAIAN dari abah hinggala adik bongsu tak termasuk beg2 dan seluar jeans yang pelbagai saiz dengan segala macam jenis buah tangan untuk diagih2 kepada semua adik beradik ipar duai mak mentua pak mentua sekalian tidak lupa juga jiran tetangga.. 


Penuh dan saratnya kereta kami ini sehingga segala ruang yang ada termasukla ruang meletak kaki pon terpaksa kami sedekah dan korbankan untuk mak kami supaya beliau dapat meletakkan barang2 shopping beliau. Nasibla ruang letak kaki abah tak dikorbankan untuk meletakkan barangan shopping beliau. Kalau tidak.. Nak tekan pedal break tertekan tilam TOTO.. Haish...! Bila semua orang keluar dari kereta dan berdiri (selain abah) akan merasa seperti TIDAK BERDIRI disebabkan KEBAS KAKI kerana duduk bersila dalam kereta BERJAM-JAM. Wohohoho.. Memang tak dapat dilupakan! Abah yang terdiam sebab toleh belakang tgk keretanya da bertukar pasar malam, kemudian berkata 'Makin besar kereta, makin tak muat kereta ek?' Bahahahaha..Sadis..

P/S : Jadi, pilihlah aktiviti yang tidak memerlukan anda pergi jauh2, jimat, santai dan yang paling penting sekali anda dan anak anda seronok tanpa bersusah payah. Haa..cuba klik sini untuk tgk cadangan yang dirasakan paling sesuai untuk anda dan keluarga bersantai.. Bak kata pepatah ''Anak-anak ceria, mak ayah pun gembira..'' Sekian..







0 comments:

Pengikut