Nur Sarah Az Zahrah

Tahniah kepada syam dan kila di atas kelahiran anak mereka yg ketiga. Selamat datang Nur Sarah Az Zahrah. semoga kehadiranmu menceriakan lagi kehidupan ibu bapamu. 

~ fuhh dah 33 cucu tok Said semuanya.. 




Mencari tukang jahit..?


Tahukah anda, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa program bantuan kepada golongan sasar seperti ibu tunggal, OKU dan golongan berpendapatan rendah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia?

Dalam usaha membantu golongan ini, Kerajaan mensasarkan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dan minat kepada mana-mana bidang berkaitan dengan industri kecil seperti peruncitan, tekstil dan kraftangan. Melalui program ini, tujuan dan matlamat program adalah untuk membantu golongan sasar ini keluar dari kelompok kemiskinan dan seterusnya membantu mereka mengembangkan lagi bakat, kemahiran dan prospek kerjaya dan bidang perniagaan yang mereka ceburi.

Untuk itu kami di keroncongemas ingin memaklumkan kepada kepada peniaga-peniaga busana muslimah, seperti tudung, telekung, baju kurung, jubah dan shawl.untuk turut sama membantu menjayakan program yang dinamakan "2 Years Exit". Jika anda ingin mencari tukang jahit yang terdiri daripada penerima bantuan program "2 Years Exit" JKM dan ingin membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak bolehlah berhubung dgn pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu iaitu En. Ashraf di talian 014-3386142. 






Haa..ni.la dia en asyraf.. yg pegang keris tu.. aka abg sado..  bujang lagi tu.. :D
apasal ko pegang keris org lain? keris ko xde ke cap???


Pengikut