kepada mereka yang bergelar "kawan"

KAWAN

Kawan
dulunya saling tidak mengenal
sekarang sudah terikat tali persahabatan
dulunya saling bersilang kata dan madah
sekarang pun sama, bezanya kita sudah dewasa

kawan,
dulunya ada yang memeningkan
sekarang pun ada, cuma ubatnya sudah berbeza
dulunya ada sang pemecah seloka
sekarang pun ada, cuma ketawanya juga sudah berbeza

kawan,
dulunya ada yang gila-gila
sekarang pun ada, cuma gilanya agak berbeza
dulunya ada yang mabuk cinta,
sekarang pun ada, cuma cintanya entah pada siapa,

kawan,
dulunya ada yang macam "McGyver"
sekarang pun ada, cuma "kadbod"nya sudah diganti
dulunya ada yang pakar matematik
sekarang pun ada, cuma sifirnya terus dikongsi

kawan,
dulunya ada yang suka mengusik
sekarang pun ada, cuma kini sang pencokok jadi mangsanya
dulunya ada yang pendiam
sekarang pun ada, cuma bisunya adalah bahagia.

kawan,
dulunya ada yang “metal”, ada yang “rock” dan ada yang balada
sekarang pun ada, cuma muziknya tak sekuat mana,
dulunya ada yang bermimpi di siang hari,
sekarang pun ada, cuma mimpinya sudah menjadi nyata,

kawan,
dulunya ada yang alim umarak
sekarang pun ada, cuma bertambah ilmunya
dulunya ada yang madah pujangga
sekarang pun ada, cuma madahnya bukan lagi terpaksa

kawan,
walau kita jauh dan berbeda,
tolong jangan leraikan ikatan kita
kerana tali inilah yang menyatukan semua
sebagai sahabat hidup di dunia.

Nukilan : keroncongemas


0 comments:

Pengikut