Medapat panggilan dari sang saka..

















Pada petang Isnin semalam, ada misscall dari nombor 03-27813100 muncul dalam log panggilan handphoneku, sengaja aku tidak menjawab panggilan itu sebab sedang memandu dan di belakang keretaku ada setongkol kuda putih terjongok sedang menjalankan tugas gamaknya. lagi pun handsfree bluetooth ku hilang ketika bergembira meraikan hari persandingan afiq di kajang pada bulan lepas. setibanya di rumah aku pun tidak terus mendail nombor tadi kerana menjadi tabiat aku lebih suka bertanyakan en. google gerangan manakah yang cuba menghubungi aku. hasilnya aku di bawa ke blog gerobok kecil.. menerusi tulisan tuan empunya blog itu barulah ku tahu yang panggilan dari nombor itu adalah dari pihak tertentu dan memusykilkan.. lantaran aku meneruskan pembacaan ke arah komen-komen dari pengunjung blog gerobok kecil.. nah di situ keyakinan ku berbukit bahawa memang aku akan terhangit jika menyambut panggilan itu seterusnya boleh termakan umpan dengan pihak yang mungkin tidak bertanggungjawab. namun masih ada secebis tega dalam diriku untuk mengetahui hal yang sebenarnya. justeru masih ada harapan dariku untuk mendapat panggilan dari nombor yang sama. harapan aku dikabulkan, sekali lagi aku dihubungi nombor yang  sama sebentar tadi. kali ini aku menjawab.. suara wanita kayaknya seorang telefonis, cuma dia mengaku dari bank cimb ingin berkomunikasi dengan isteriku. lantaran itu aku menanyakan tentang perihal apa untuk berhubung dengan isteriku? wanita itu jujur(jujur???) menjawab bahawa pihaknya ingin menawarkan pakej perlindungan (insuran) untuk isteriku. aku segera menamatkan perbualan dengan mengatakan bahawa aku dan isteri tidak akan menerima mana-mana pakej perkhidmatan dari pihak bank atau third party melalui panggilan telefon. Sejurus selepas itu aku pun menghubungi pihak bank cimb ditalian +603 22956100 untuk pengesahan nombor tersebut. ternyata pihak bank sendiri tidak dapat memastikan kesahihan no tersebut dan hanya memberikan nombor talian 1300-88-1028  yang boleh dihubungi untuk pengesahan berkenaan pakej perlindungan yang di tawarkan. Kesimpulan yang dapat ku buat adalah segalanya terpulang kepada kita, aku tidaklah mudah untuk bersetuju dalam banyak perkara, maka perkara-perkara seperti ini telah aku dahulukan dengan langkah-langkah keselamatan. setiap maklumat perbankan kami telah aku silangkan dengan maklumat yang bertentang, contohnya maklumat no telefon isteriku, aku letakkan no aku, manakala maklumat no telefonku diletakkan no telefon isteriku. ternyata berkesan. sejujurnya aku akui kami melakukannya setelah pernah ditawarkan oleh pihak insuran dengan melalui panggilan telefon di suatu ketika dulu, yang meminta 16 digit no kad bank. namun aku masih dapat bertindak ketika itu dengan membatalkan kad bank kami serta merta. natijahnya jika aku tidak berbuat demikian adalah hanya dengan memberikan 16 digit yang tertera di kad bank maka kita secara rasminya bersetuju untuk melanggan produk mereka. perkara ini diakui oleh pihak bank sendiri semasa aku membuat pembatalan kad pada waktu itu. sebaik manapun produk yang ditawarkan, saya nasihatkan anda semua buatlah tindakan yang bijak kerana pasti ada caj-caj tersembunyi yang bakal dikenakan ke atas kita. kelak ia akan menjadi saka kepada kita, setiap bulan dihantui bebanan bil yang tidak sepatutnya..


p/s : mood menulis berbasa basi ala-ala puisi... hoho.. 

++ awas.. jika mengikut langkah keselamatan yang saya buat.. pemindahan wang secara online yang memerlukan TAC juga akan dapat dihidu oleh pasangan anda.. ini bermakna para suami atau isteri mendapat sedikit kesukaran untuk membeli belah secara online.. hahahahaha
~ ok sorry.. gambar dan tajuk post tak relevan.. tapi tolong.. jgn bawa saka ke dalam rumah anda.. bawak nie masuk rumah anda takpe..

0 comments:

Pengikut