kursus peneman di hospital melaka..


arini kami mengikuti kursus peneman di hospital melaka sebagai satu syarat untuk membolehkan para suami yang ingin menemani isteri mereka bersalin di hospital tersebut. so tk bleh la suka suki kalo nk teman isteri bersalin men redah jer kalo kt hospital melaka nie.. dan sekalipun kalo si suami dah mengikuti kursus nie.. para suami hanya boleh menemani isteri atau dengan erti kata yg lain berada di samping isteri ketika isteri melahirkan anak hanya jika si isteri melahirkan anak dalam keadaan normal.. so kalo tetiba last2 minute doktor check isteri ada masalah.. si suami kena keluar dari bilik persalinan.. ini semua prosedur dan dikhuatiri akan mengundang risiko keselamatan baik untuk isteri atau anak itu sendiri.. berbalik kepada kursus tu tadi ada seramai 10 pasang suami isteri termasuk kami yang mengikutinya.. maka dapatlah aku menceduk sedikit ilmu perbidanan (eceh!)ketika kursus tadi.. dari awal tanda2 nak bersalin, persediaan mental, fizikal dan rohani si isteri dan si suami untuk menyambut kelahiran bayi, persediaan material ketika hendak bersalin mcm kelengkapan ibu dan baby ketika nk bersalin, apa yg tk boleh di bawa, etika suami ketika berada di wad bersalin, prosedur dari masuk wad bersalin sampai si ibu dan baby discharge dari wad, areolar, episotomy .. sehinggalah kepada kaedah penyusuan, perahan susu dan fakta yg paling baru aku tahu tadi adalah.. perut baby adalah sebesar GULI!.. huhu.. siap ada patung baby yang berharga RM15k dalam kursus tadi.. dan yg wat aku segan (aku rasa semua kaum bapa dalam kursus tadi pon segan kot.. tp kena open minded la..) adalah semasa ditunjukkan kaedah perahan susu ibu menggunakan replika payu dara.. nah ko tkda selindung dah.. semua dia terangkan.. dan aku merasa sangat berinformasi.. semangat untuk menemani bini aku semakin berkorbar2.. dan mintak2 lah diperkenankan hajatku ini supaya dapat menemani bini aku ketika dia bersalin kelak.. huh bukan apa.. menurut kata sister tu tadi.. ada juga yg dah g kursus peneman tp tkda rezeki nk temankan isterinya atas sbb2 tertentu.. yerlah ada yg isteri bersalin tk dan masuk wad bersalin.. ada plak yg suami lmbat sampai sbb berada di tempat kejer.. ada plak yg pengsan dlm bilik bersalin tu sbb takut darah.. huhu (yg nie mintak dijauhkan.. keh keh keh.. ) so mari kita saksikan video nie untuk membiasakan diri huhu....
p/s : di akhir kursus tadi aku terpikir.. camner la gamaknyer ekk pompuan2 yang buang bayi tu.. dorang beranak tanpa bantuan org len.. yerla beranak bukan setakat kuar budak jer.. kuar darah lg.. kuar uri lagi.. koyak lagi anunyer.. then bila dah sakit2 baby dah kuar tergamak plak di buang bayi tu.. dunia2.. memang betollah mereka ini tergolong dikalangan org2 yg kejam dan tk berhati perot..

0 comments:

Pengikut