Memaparkan catatan dengan label Afiqah Safwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afiqah Safwa. Papar semua catatan

ANAK IBU CERDIK!

Afiqah safwa... anak ibu yang semakin membesar dan semakin bijaksana serta cerdik. Baru setahun 2 bulan da byk perkataan yg dia boleh sebut cthnya 'nak!' 'air' 'ayah' dan yang semalam dia pandai sebut 'atok'. sekali ajar je dia boleh ikut wlpn bunyinya 'aaaaa tuk!'. hahahaha.. comel sgt2 bila dia ckp cmtu. Mesti atok dia arini gi keje pastu citer kat kwn2 opis dia yg cucu dia yg sorg ni da pandai panggil 'atok'. haha.. Da pandai panggil 'atok', si nenek plak tak boleh diam diri. nk jugak ajar afiqah panggil 'nenek'. hahahh.. gasakla atok dan nenek awak tu afiqah.. janji anak ibu ni bertambah bijak dan cepat belajar. Selain tu Afiqah pon skang da tak menangis lagi bila dihantar ke rumah nenek sedara dia tiap2 pagi nk pergi kerja. Dia dah boleh bawak diri sendiri nmpaknya. Makin matangla senang kata. Kalo ada makanan lebih di rumah cthnya biskut2 atau sarapan pagi aku akan bawakkan untuk Afiqah makan. Dia pun da makin mengerti kenapa ayah dan ibu dia tggalkan dia untuk bekerja. Afiqah mmg anak yang mudah faham dgn kata2 dan arahan org lain pada dia.  Dia mmg seorang anak yang dengar kata walaupun ikot pada angin dia. Dia juga seorang yang sgt2 manja. Bila balik saja dari bekerja, dia terus meluru dan peluk aku. Rasa sgt2 rapatnya hubungan ibu dgn anak. Lagi2 Afiqah menyusu badan. Bila aku tak bekerja jgn harapla dia nk minum susu botol. Kalo buatkan untuk dia, dia minum sikit je yg lebih tu dia tonggang atas lantai. Haahaha.. Apalah yang Afiqah sedang buat skang ni kan? Agaknya sedang mkn nasik minyak yg ibu bekalkan tadi. Tak pon sedang mandi. Afiqah mmg sgt2 sukakan air. sbb tula perkataan pertama yg dia sebut 'air'. hahahaha.. Apa pun yang Afiqah sedang lakukan, ibu nak Afiqah tahu yang ibu sgt2 sayangkan Afiqah. Sangat2 sayangkan Afiqah. Penat seharian ibu bekerja boleh hilang apabila tgk Afiqah senyum. Afiqah kekuatan ibu. Ibu harap Afiqah jadi anak yang solehah ye sayang. Walaupun org disekeliling kamu (ibu, ayah, atok n nenek) manjakan kamu, ibu nak Afiqah tetap jadi ank yang pandai berdikari dan pandai hormat org lain yer nak.. Belajar rajin2 jadi org yg berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat. Semoga cita2 Afiqah semuanya tercapai bila Afiqah dah besar. Aminnn ya Rabbalalamin...

BERSABAR YE SAYANG..

Kesian Afiqah.. setiap hari nak hantar ke uma nenek unggal dia mesti nangis. cam terpaksa je.. Sabar ye Afiqah.. Ibu n ayah gi keje carik rezeki untuk besarkan Afiqah.. Kami nak Afiqah hidup senang. Kami nak nanti apa yang Afiqah mintak ibu n ayah boleh tunaikan. Kami nak Afiqah dapat apa yang budak2 sebaya Afiqah dapat. Lagipun ibu tgk Afiqah dah banyak berubah sejak dok kat uma nek unggal tu.. berubahan yang positifla.. Afiqah dah pandai minum susu botol sendiri.. Da pandai bawak diri sendiri.. da pandai tido sendiri.. Tapi bila ibu ada Afiqah manja je lebih.. taknk minum susu botol la.. nak tido kena menyusu badan dulu baru bole tidola.. sebenarnya Afiqah manja sgt2 je. Tahu kalo ibu n ayah ada bole ngada2.. kalo kat uma org pandai je Afiqah jaga diri.. pandai je berdikari sendiri. Takpela Afiqah, sekurang-sekurangnya kat uma nek unggal Afiqah ada kawan untuk main ngn Afiqah.. Berkembang sket pemikiran Fiqah.. Kalo kat uma nenek + atok Afiqah sorang2 je.. Cuma ibu nasihatkan Afiqah jaga adab kat uma org.. jangan garang2..jangan gaduh-gaduh.. Tapi kalo ade org yang buat Afiqah, Afiqah kena lawan balik. Afiqah kena pertahankan diri sendiri yer.. Ingat pesan ibu.. ibu n ayah akan buat yang terbaik untuk Afiqah.. Oh ya!! nanti kalo ada masa n ada rezeki ibu n ayah bawak Fiqah gi KFC beli UPIN & IPIN MEAL yer.. tapi kena janji bagi ibu sket ayam kfc tu eh.. ahahahaha..

F i Q a H n A k a D i k?

Di satu sudut depan tv, si Afiqah sedang menggigit ibu jari kakinya sambil menonton tv..


Ibu (sambil angkat kening) : Eh, Fiqah jgn gigit kaki la.. kang dapat adik baru tahu. Fiqah nak adik ke? Nak?
Fiqah (muka slumber) : NAK! (ooo Fiqah dah pandai ckp nak..hahahah..)
Ibu (dahi berkerut) : (tak berkata apa-apa)


hahahaha... actually ibu Fiqah dah 2 minggu tak datang period. Tapi still steady takde mabuk2.. (good sign kalo betol2 pregnant). Ayah Fiqah pulak sejak akhir2 ni sikit2 mabok+ pening.. mungkinkah aku mengandung? Wallahualam.. belom buat checkup lagi. tunggula keputusannya nanti.. daaaa...

keletah si fiqah - kini dah 10 bulan..



Alhamdulillah.. kini anak ibu dah nak menjangkau usia setahun.. sekarang nie umur fiqah dah 10 bulan 11 hari.. sekejap jer dah nak setaon kn.. bak kata ayah dia.. dah boleh ada adik nie.. heheheh.. insyaAllah kalau ada rezeki dapatlah..
si fiqah ni pula makin bertambah keletahnya.. gembira dengan setiap perkembangan anak ibu nie.. moga2 bertambah2 lagi akal nya..

pesan ayah dan ibu




Hadirnya engkau sebagai penyeri,
permata hati ayah dan ibu,
jadilah insan mulia pekerti,
taatlah pada Allah yang satu,
kasihkan Rasul, ayah dan ibu,
moga hidupmu aman sejahtera,
berhati mulia di dunia sementara,
di akhirat kelak hidup bahagia..


jeritan si afiqah



anak ibu nie. sejak masuk umurnya 6 bulan dah makin aktif.. jeritan pula semakin nyaring dan semakin tajam.. semakin pandai beremosi dengan abah dan ibunya.. yang paling ketara sikap merajuk dgn ibu dan manja dgn abahnya.. satu yang ibu risaukan kekhusyukan anak ibu ni bila tengok kartun upin dan ipin.. siap gelak2 lagi cam dah paham jer apa yg dia tengok.. moga2 anak ibu nanti jadilah anak yg cerdik pandai dah besar nanti.. ^ - ^

secebis bingkisan di majlis aqiqah..



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir juga kepada semua yang terlibat bersama-sama meraikan majlis aqiqah permata hati kami Afiqah Safwa pada hari raya haji kedua yang lepas.

Undangan ke majlis aqiqah!



Kami sekeluarga ingin menjemput rakan taulan semua ke majlis aqiqah puteri sulung kami Afiqah Safwa pada 7/11/2011.

fiqah selepas 5 bulan...









jumaat yg lepas genap usia 5 bulan permata hati kami Afiqah Safwa. penantian ibu ngan abah nak tengok fiqah pandai meniarap dan bergolek sendiri akhirnya berakhir juga.. lepas nie nak tunggu fiqah pandai merangkak plak.. sekarang nie ada lebih kurang sebulan lagi tempoh menunggu untuk fiqah dapat makan makanan pepejal tambahan seperti susu tepung dan bubur.. kalau ikutkan gaya anak ibu nie macam dah tak sabar2 jer sbb bila abah dan ibu tengah mengunyah, si dia pun ikut mengemam2 bibir lagak macam mengunyah jugak.. nampaknya bukan fiqah jer yg dah tak sabar, ibu ngan abah pon dah tak sabar nak menyuap fiqah.. menjangkau usia fiqah 6 bulan nie juga, dah bertambah2 perangai anak ibu ngan abah nie. yg paling ketara adalah sikap manjanya dengan abah dia.. pantang nampak kelibat abah dia mesti tersenyum.. tengah elok2 menyusu pon sanggop berhenti dan menoleh bila dengar suara abah dia.. part yg paling best fiqah dah pandai buat2 menangis sakan.. tapi bila abah dia angkat jer terus tersengih.. abah dia plak suka nyakat bagi kt uncle atau org lain.. hmm memang tk lama lah jap jer dah merengek nangis.. baru tadi uncle azim dia kena ngan fiqah.. sungguh2 fiqah nangis masa azim dukung.. bila passing jer kt abah dia huh! dia sengih sambil jelir lidah panjang2 kt uncle azim dia! alhamdulillah minta2 anak ibu ngan abah nie jadilah anak yg bijak, geliga dan yg baik2 belaka. fiqah dah berkhatan pada khamis yg lepas. bagosnya langsung tak menangis.




















2 minggu yg lepas fiqah kena demam campak, sian anak ibu.. mujur tk teruk demamnya dan mujur juga fiqah tetap cergas dan aktif walaupun suhu badannya agak tinggi. huhuhu. seronok tengok anak kita semakin hari semakin pandai dan bertambah akalnya. skang bila dah jadi ibu baru aku sedar dan menghayati perasaan kasih sayang seorang ibu pada anaknya. segalanya mahukan yg terbaik. bukan wang ringgit yg diinginkan sebagai balasan cukuplah kalau anak kita membesar denan sihat, gembira, ceria dan bahagia dunia akhirat. dan tanggungjawab sebagai ibu bapa haruslah dijalankan sebaiknya jika ingin anak kita menjadi insan yg sebaik mungkin! satu hari nanti kalau fiqah berkesempatan membaca tulisan ibu nie, ibu harap fiqah akan senantiasa ingat yang ibu dan abah sangat2 sayangkan fiqah dan amat berharap agar fiqah menjadi anak yg solehah dan berbahagia di dunia dan akhirat.





















gelak besar yg pertama



gelak besar yg pertama dari Afiqah Safwa.. ^ - ^ terkezut ibu..

fiqah 2 bulan 7 hari..


2 hari lepas fiqah baru lepas kena suntik imunisasi kt kkia..sian anak ibu asik menangis dari petang ke malam haritu.. berat fiqah pulak dah bertambah jd 5 kg.. skang fiqah dah pandai kenal org.. nampak gayanyer kalo bukan dgn org yg tak biase selalu dgn dia pasti fiqah akan menangis.. takut ngan org len rupernya anak ibu ngan abah nie.. fiqah jugak dah pandai merengek kalau tak kena gayanya.. contohnya kalo time dia nk menyusu atau lepas dimandikan.. kalo lmbt jer disiapkan mulalah dia nk merengek.. tp part yg paling menyenangkan hati ibu ngan abah bila fiqah dah pandai di agah.. bukan men lagi dia ajak kita berbual.. dan yg paling damainya bila waktu tidur ibu ngan abah tidak diganggu.. hehehehe.. sampaikan terpaksa kejotkan dia plak sbb nak bagi susu.. alhamdulillah syukur sangat kami di kurniakan anak yang comel ini.. moga2 besar kelak menjadi manusia berguna pada diri sendiri, keluarga, agama dan negara. moga2 besar kelak menjadi wanita solehah dan berbahagia dunia dan akhirat hendaknya.. amin..


3 weeks old..



wah lamanya tk update blog.. baru skang terluang masa untuk mengupdate, buat masa ni hanya dapat berkongsi tentang fiqah yang masuk umurnya 3 minggu.. sekarang ni si fiqah sudah mula pandai memberi respon bila di agah dan semakin fokus kepada orang di sekelilingnya terutama ibunya lah. alhamdulillah si fiqah tk banyak ragam buat masa ni. menangis bila tiba waktu dia menyusu dan kesejukkan lepas masa mandi jer.. itupun kebiasaannya dengar bunyik "ekkk" jer.. sampai kadang aku plak yg biarkan dia menangis lama sikit biar dengar suara dia.. (sekali sekala bagi dia menangis kuat tkper kot).. cuma bila sampai waktu malam terutamanya bila jam 1 hingga 3 pagi.. memang dia tak tidur.. selama itu jugaklah mata dia buntang membulat.. yang bagosnya dia tk menangis pon. abah cakap biaser jer tu. baby nie dia akan tukar2 waktu tidur dan jaga dia. skang dah nak cukup sebulan umur Afiqah. perasaan bila dah jadi bapa ni memang lebih bersemangat. skang dah tambah tanggungjawab. 1 benda yg simple jerla ehh.. kalo dulu tengok anak sedara kena tukar lampin memang aku duduk jauh2. ala tkpayah tunggu tengah salin lampin.. dapat tahu dia dah membuang pun aku dah mula malas nak pegang2 nak dukung2. tapi skang bila dah jadi bapa, automatik semua tu hilang. malah aku plak dengan rela hati tukar lampin anak sendiri. itulah agaknya yg dikatakan naluri dan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. sekalipun dah dekat 8 kali aku kena "crett" ngan senjata kuning fiqah masa tukarkan lampin dia tapi tkda rasa malas atau geli langsung. baru skang aku faham mengapa setiap ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak-anaknya!

p/s : http://grpv.cc/g8w nie promosi dari churpchurp!

kini dia bergelar ibu..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]




bersempena dengan sambutan hari ibu pada hari ini. Aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ahli keluarga, sahabat handai,rakan-rakan, kenalan yang bergelar ibu DAN teristimewa buat isteriku Nadiah yang baru seminggu bergelar IBU. semoga ibu muda ini gembira, bahagia dan tabah menghadapi hari2 mendatang bersamaku. terima kasih kerana melahirkan zuriat kita Afiqah Safwa Binti Jamarolshah pada 30/4/2011 yang lalu, pengorbananmu akan abg kenang hingga akhir hayat. love u mama!

belajar programming dgn Jururawat KKIA


berikut adalah aturcara yg telah diajar oleh jururawat masyarakat KKIA Ujong Pasir pada hari jumaat yang lepas. jgn tak

pengalaman teman isteri bersalin



Seperti mana yg sedia maklum, 30/4/11 yg lepas, kami secara rasminya bergelar abah dan ibu. anak kami lahir di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada jam 12.40 ptg. syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya kepada kami. tarikh due date yg sepatotnya adalah 8/5/2011. dan pada mulanya kami bercadang agar wife bersalin di hospital melaka. tp nampaknya suratan takdir menentukan anak kami yg pertama ni lahir di

Permata Hati Shah & Nadiah


Alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi, tanggal 30 April 2011, tepat jam 12:40 petang, permata hati, AFIQAH SAFWA BINTI JAMAROLSHAH dilahirkan di Hospital Seremban. Seberat 2.9kg. Bersalin normal. Ibu dan anak dalam keadaan sihat wal'afiat, berkat doa dan harapan dari semua ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan semua.

saat yg mendebarkan..


pg td jam 9pg lebih kurangla.. Aku hantar isteriku ke hospital Seremban. Tanda2 hendak bersalin sgt jelas. Hajat isteri nk bersalin di hospital Melaka nampaknya tk tercapai. Tkpelah kt seremban pon.. Ok. Yg penting bg aku selamat semuanya. Sekarang aku tengah menantikan saat2 kelahiran anak sulung kami. Sgt2 bedebar walaupon bukan aku yg kena meneran nanti. Sekarang isteriku dtempatkn di wad 1b. Sedang menunggu masa untuk ke labour room.. Bila2 masa je. Saya berharap sahabat handai, rakan taulan dan rakan blogger sekalian dapat mendoakan yg terbaik buat isteri saya dan baby kami. Terima kasih..

p/s : mEnYempatkn diri meng"update" blog.. Sambil teman isteri sedang menyantap..

Post via ipad10 ;p

Pengikut