DIA SUAMIKU..

Saat ni aku rasa terbuai2 bila terdengar alunan muzik OST Winter Sonata yang 1 ketika dulu memang super meletop.. Muzik tanpa suara penyanyi.. hanya irama.. muzik yg lembut lemah gemalai menyemtuh jiwa.. Tetiba terkenangkan peristiwa lalu..saat bercinta dengan suamiku. Dia pernah hadiahkan aku dengan 1 video klip yang dibuat sendiri menggunakan windows movie maker(masa tu mmg tgh top utk buat video).. Sempena apa dia buatkan video tu aku pon da tak ingat. Maklumlah da byk urat putus. Agaknya utk kenang kenangan sempena aku kena praktikal di johor dia pulak di klang selangor.. hahaha.. jauhlah katakan. Konon konon kalo rindu2 bolehla bukak tgk video tu. Ecececehh.. Romantik jugak laki aku ni walaupun luar nampak garang. hahaha.. Tapi romantik dia pon ade masa. Bukan sentiasa romantik cam sesetengah orang. Kita yang tengok pon rasa geli-gelian. hahaha.. 

Sebabkan sekali sekala lah romantik tu yang 'terkesan' di hati dan memang takkan dapat dilupakanlah sampai bila-bila walaupun urat dah banyak putus.. Apa yang dia lakukan susah untuk kita jangka. Tetiba je suprise!! Selalunya org akan wat suprise time besday kita ke anniversary kita ke kan? ni tidak, besday dia, dia yang suprise kat kite.. haha! mmg sape2 pon tak bole nk duga la kan? sampai bila dapat suprise tu aku ckp dlm hati 'betol ke ni?' pastu tenung muka dia dalam2 untuk dptkan kepastian. ermm.. Kalo gi outstation, insyaAllah adela suprise2 yg dia bg. Biasalah kalo org gi travelling mesti kita nk kirim buah tangan kan? Aku pon gitula jugak. Tapi cam biasalah dia akan ckp 'tgkla nanti kalo ade' dan bg macam2 lagi alasan yg buatkan kita rasa 'aloh..mesti tak dpt ape2 buah tangan ni..nk merajokla cmni..!' Tapi bila dia balik je jumpe kita kat kete, nahhh amek kau teddy bear kurang seinci je lagi sama tinggi dengan kau.. heee.. Pastu kita pon dari jauh da sengih sambil dalam hati 'ye! ye! dpt teddy bear beso..' walaupun belom kompem lagi tu teddy bear utk kita.. hahaha!!

Sebenarnya byk lagi bende2 yg romantik. Tapi perlu ke aku cerita semua kat korang? NO WAY! Cerita sikit2 bolehla banyak tak bole. Nanti ade yg sangkot aku yang parah. okla sampai sini saja cerita kenangan manis mengusik kalbu ini.. Jumpe nanti hari isnin k.. daaa..


p/s : Selamat Hari Merdeka yang ke 55 tahun buat semua rakyat Malaysia.. Yeay! Esok cuti.. Boleh golek2 ngn kekanda dan anakandaku.. 

ANAK ANGKAT UNTUK DIBELA

Assalamualaikum wbt & salam 1 malaysia..

Sebagai seorang ibu, aku tertarik untuk melihat wajah2 bayi yang baru lahir tak kisahla samada status bayi tu halal atau haram. Kat dahi mereka takde tanda yang mengatakan halal atau haram pun. Bayi yang baru lahir memang takde dosa. Mereka tak tahu ape2 langsung. Kesian kat mereka. Atas dosa yang mak & ayah dia lakukan, dia yang kena tanggung segala kesakitan sampai bila2. Kena ejek, kena cerca, kena hina dan macam2 lagi. Kecik2 lagi maruah mereka dah dicalar. Masyarakat mmg pandang hina dengan anak luar nikah ni. Yang sepatutnya dihina mak bapak mereka. Bukan anak-anak yang tak tahu ape2 ni.

Aku terfikir, siapalah yang akan membela anak-anak ni dan marah bila mereka diejek oleh kawan2 mereka nanti kalau tiada siapa yang menjaga mereka. Macam kita semua yang ada mak bapak, kita sentiasa rasa dilindungi daripada org2 jahat. Bila ada yang menyakitkan hati kita, mak bapak kita akan backup kita. Paling tidak marah balik pada org yg sakitkan ati kita. Siap datang sekolah carik budak yang sakitkan kita pastu report kat guru besar dan sebagainya. Sayangnya mak bapak kita dengan kita. Zaman kanak-kanak kita cukup seronok. Gelak ketawa tak pernah lekang. Sampai da dewasa ni pon rasa nk jadi kanak-kanak semula. Tapi bagaimana agaknya nasib anak-anak yang terbuang dan yang tak sah taraf ni ye? Samakah zaman kanak-kanak kita dengan mereka? Ada ke org yang betol2 sayang mereka mcm mak bapak kita sayang kat kita? Mungkin ada. Mungkin juga tidak. Mungkin, kalau mak kandung mereka sendiri yang jaga mereka belum tentu lagi dijaga dengan baik, bukan? Silap2 mereka dibuang atau dibunuh dengan kejam oleh mak bapak  mereka sendiri. Astaghfirullahalazim.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan..

Pada pendapat aku lebih baik anak-anak tak sah taraf ni dijaga oleh orang yang betol2 nak kan anak. InsyaAllah mereka akan jaga anak-anak ini dengan sebaik-baiknya. Daripada anak-anak ini dibuang, digonggong anjing, astaghfirullah.. Sedih sangat2 bila terbaca kat akhbar2 atau dengar berita2 sebegini. Tak sanggup nk dengar apatah lagi melihat sendiri. Ya Allah, mana perginya perikemanusiaan manusia2 kat dunia ni? Kalau tak nk bagilah keluarga yang nak kan anak. Sekarang ni, ada org yang belom berkahwin pon nak ambil anak angkat jugak. Baguslah. Tu salah satu usaha yang baik dan pahalanya besar. Asuhlah anak-anak ini dengan didikan agama yang sedalam-dalamnya. Anak-anak juga berhak untuk hidup mcm anak-anak yang lain.

Jika ada yang berminat untuk mengambil anak angkat bolehlah ke http://aaudb.blogspot.com. Di facebook pula https://www.facebook.com/anakangat. Ini bukanlah promosi jual barang atau sebagainya. Harap janganlah ada yang berfikiran cmtu. Aku cuma terbaca di facebook dan ingin berkongsi kepada pengunjung blog ni. Terharu bila melihat wajah2 anak kecil yang tiada dosa tu. Comel2 gebu2 putih2 plak tu. Terasa sayang pada anak-anak ni. (hampir mengeluarkan air mata tapi kena cover sbb dalam ofis ramai orang) huhuhu..

Salam aidilfitri buat semua


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat, rakan taulan dan tidak lupa kepada semua followers dan pengunjung blog keroncongemas. Mohon ampun andai ada salah dan silap selama ini. Semoga syawal yang bakal tiba menghadirkan bahagia buat kita semua.
Dipersilakan datang beraya ke rumah di kg. Padang Temu Melaka. Moga silaturahim kita sesama muslim akan lebih erat terjalin di syawal ini. Dengan ingatan tulus ikhlas dari kami
Shah, Nadiah & Afiqah Safwa


PERSIAPAN MENJELANG RAYA..

Assalamualaikum & salam 1 malaysia kepada pengunjung blog..Semalam dalam kereta nk ke pejabat cam biasalah aku dgr radio Hotfm. Ala segmen pagi hotfm yang ada fafau, AG n FBI tu.. Topik pagi tu pasal tekanan menjelang hari raya.. Kan nak raya tak berapa hari je lagi.. Aku rasa terharu bila dgr 1 pemanggil yang mengatakan dia tertekan kerana keluarga dia tak buat persiapan raya lagi sbb tak ada duit. Suami dia dah 3 bulan tak bekerja tak silap aku sbb kemalangan. Dia mmg suri rumah sepenuh masa dan juga termasuk dlm kategori kurang upaya. Duit untuk mkn tu ada sbb company tempat suami dia bekerja tu bagi sedikit sumbangan. Tapi untuk belanja raya mmg takde. Yang paling dia kesiankan anak-anak dia yang masih kecil yang tak tahu apa-apa. Hari-hari dorang tanya bila nk beli baju raya. Yerla budak-budak biasala. Dorang tak paham lagi. Apa yang dorg tau nk begembira pakai baju baru n cantik2 je pagi raya. Bukan baju je tak dpt nk beli, tapi kuih raya, dan makanan untuk pagi raya tu pon tak dpt nk beli. Pagi raya kita semua makan ketupat, rendang, lemang, kuih raya dan macam2 lagi. Tapi keluarga yang susah tu entah makan entah tidak. Kesian kan? Sedih sgt2 bila dengarkan keluhan pemanggil tu. Kata suami dia pada dia, 'tahun ni kita tak payah raya. kita duduk je dalam rumah. Tak payah keluar..' Apa perasan korang kalo bapak atau suami korang kata camtu pada korang? mesti sedih sgt2. Lagi2 bila terdengar takbir raya tu.. Sedihnya.. Pagi raya orang lain bersuka ria, mereka? Terdetik dalam hati ni rasa syukur sgt2 selama aku hidup aku tak pernah tak beraya. Baju raya, persiapan raya, segalanya tersedia. Tak pernah pagi raya pakai baju raya tahun lepas.. Rasanya korang pon cmtu jugak kan? Malah berlebih-lebihan lagi baju tu. Vogue the vass lagi.. Dalam waktu kita berseronok kita selalu terlupa tentang orang yang susah kan? Sbb tulah dalam islam mewajibkan setiap org yang mampu untuk membayar zakat fitrah. Zakat fitrah ni akan diagih2kan kepada mereka yang tidak berkemampuan supaya mereka juga dapat merasakan keseronokan beraya. Jadi kepada insan2 yang belum lagi menunaikan zakat fitrah ni, eloklah segerakan pembayaran. Ingatlah kepada mereka yang tidak berkemampuan..

TIPS MENGHADAPI SAKIT KETIKA BERSALIN..



Assalamualaikum & salam 1 malaysia kepada semua pembaca blog ini. Kenapa tetiba harini sy terbuka hati nak sharekan tips-tips menghadapi sakit ketika bersalin? sebab sy rasa ramai yang tgh berdebar2 menanti hari utk melahirkan anak masing2 kan? Perasaan berdebar campur excited campur takot campur mcm2 lagi perasaan kan? tambah2 lagi jika nak lahirkan anak yang sulung.. ok jadi tidak membuang masa lagi, sy nak kongsikan tips2 bagaimana nak menghadapi sakit nak bersalin ni :

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi yunus ketika dalam perut ikan paus.

                 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusen.
Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.
Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?
Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.
Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu. Ketika pergi kursus peneman di hospital melaka, nurse yang memberikan ceramah tentang tips-tips menghadapi kontraksi tu yang bagitahu. 
Akhir : Kalau anda da try semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak mengurangkan rasa sakit nk bersalin tu, anda bolehlah minta bantuan ubat tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebab semua tu ada kesan sampingannya. Saya salah seorang daripada pesakit yang mengambil epidural (sejenis ubat tahan sakit yang dimasukkan ke dalam tulang belakang). Nak tahu lebih lagi pasal epidural ni? teruskan membaca post saya yang akan diupdate nanti. hahaha.. Pasal epidural ni penting tau.. Baca jgn tak baca..

So, saya berharap segala tips yang telah diberikan dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada ibu2 yang bakal melahirkan anak mereka nanti. Apa yang dapat saya kongsikan, insyaALLAH saya akan kongsikan bersama semua pembaca blog ini. Jika ada sebarang komen atau ingin berkongsi pengalaman anda, jgn segan silu utk komen k.. Sehingga berjumpa lagi..

* Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. sudilah kiranya melawat ke laman blog homestay kami di Taman Padang Temu Indah Melaka. Jom like page fb homestay kami juga untuk dapatkan diskaun bila anda menginap di homestay kami nanti. Terima kasih sekali lagi.






Pengikut