PERSIAPAN MENJELANG RAYA..

Assalamualaikum & salam 1 malaysia kepada pengunjung blog..Semalam dalam kereta nk ke pejabat cam biasalah aku dgr radio Hotfm. Ala segmen pagi hotfm yang ada fafau, AG n FBI tu.. Topik pagi tu pasal tekanan menjelang hari raya.. Kan nak raya tak berapa hari je lagi.. Aku rasa terharu bila dgr 1 pemanggil yang mengatakan dia tertekan kerana keluarga dia tak buat persiapan raya lagi sbb tak ada duit. Suami dia dah 3 bulan tak bekerja tak silap aku sbb kemalangan. Dia mmg suri rumah sepenuh masa dan juga termasuk dlm kategori kurang upaya. Duit untuk mkn tu ada sbb company tempat suami dia bekerja tu bagi sedikit sumbangan. Tapi untuk belanja raya mmg takde. Yang paling dia kesiankan anak-anak dia yang masih kecil yang tak tahu apa-apa. Hari-hari dorang tanya bila nk beli baju raya. Yerla budak-budak biasala. Dorang tak paham lagi. Apa yang dorg tau nk begembira pakai baju baru n cantik2 je pagi raya. Bukan baju je tak dpt nk beli, tapi kuih raya, dan makanan untuk pagi raya tu pon tak dpt nk beli. Pagi raya kita semua makan ketupat, rendang, lemang, kuih raya dan macam2 lagi. Tapi keluarga yang susah tu entah makan entah tidak. Kesian kan? Sedih sgt2 bila dengarkan keluhan pemanggil tu. Kata suami dia pada dia, 'tahun ni kita tak payah raya. kita duduk je dalam rumah. Tak payah keluar..' Apa perasan korang kalo bapak atau suami korang kata camtu pada korang? mesti sedih sgt2. Lagi2 bila terdengar takbir raya tu.. Sedihnya.. Pagi raya orang lain bersuka ria, mereka? Terdetik dalam hati ni rasa syukur sgt2 selama aku hidup aku tak pernah tak beraya. Baju raya, persiapan raya, segalanya tersedia. Tak pernah pagi raya pakai baju raya tahun lepas.. Rasanya korang pon cmtu jugak kan? Malah berlebih-lebihan lagi baju tu. Vogue the vass lagi.. Dalam waktu kita berseronok kita selalu terlupa tentang orang yang susah kan? Sbb tulah dalam islam mewajibkan setiap org yang mampu untuk membayar zakat fitrah. Zakat fitrah ni akan diagih2kan kepada mereka yang tidak berkemampuan supaya mereka juga dapat merasakan keseronokan beraya. Jadi kepada insan2 yang belum lagi menunaikan zakat fitrah ni, eloklah segerakan pembayaran. Ingatlah kepada mereka yang tidak berkemampuan..

0 comments:

Pengikut