boy or girl?



Tidak menjadi masalah bagi kami jika anak yang bakal lahir ini lelaki atau perempuan, bagi kami biarlah segalanya berjalan dengan baik dan dalam pemeliharaan Allah s.w.t, ptg tadi g scan baby yg sepatotnya dibuat pada hari jumaat nie. tp disebabkan kekangan waktu kerja yang mencengkam sejak akhir2 nie memaksa aku dan isteriku untuk buat scan lebih awal. Alhamdulillah setakat ke saat ini segalanya dalam keadaan baik dan doktor pon ckp td kandungan dlm keadaan yang baik dan mengikut perkembangan yang sepatutnya. jantina bayi juga tidak dapat dilihat dengan jelas dan doktor tidak pasti cuma mengatakan kebarangkalian anak perempuan itu lebih tinggi dari hasil scanning td. sempat juga aku merakan video masa doc buat scanning td. kalaulah doktor tu tk terangkan apa yg aku lihat tadi mmg aku tk pasti apa yg aku tengok. bila doc kata yg ini peha, yg ini jantung, yg ini kepala, bla2 barulah aku tau. huhuhu.. berkenaan dgn jantina baby nie kami tk kesah pon cuma kalau perempuan aku dah ada nama yg sesuai iaitu Qasrina Sufiyah bte Jamarolshah yang membawa maksud Istana bagi ahli2 sufi. kalau lelaki aku masih mencari2 nama yang sesuai. apapun nama yang kami akan beri untuk anak ini harapnya dia akan menjadi insan yang baik, sihat, taat pada yg ESA, ibu bapa dan berbahagia di dunia dan akhirat. kami harapkan iringan doa dari semua yang mengenali kami terutama ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa yg menyokong kami selama ini agar si ibu dan anak yang bakal lahir ini selamat melahirkan dan dilahirkan serta mendapat perlindungan, pemeliharaan dan rahmat dari Allah yang maha ESA. amin.

0 comments:

Pengikut