biar penat asalkan puas.. ahhhh..

ahhhh lega dapat teguk limau ais sambil menghadap screen monitor nie.. hari nie penat sungguh seharian menjalankan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga... sejak dari pagi beraksi di hadapan beberpa ekor robot bersama beberapa orang adik2 dalam lab robotik memanglah seronok tapi cam beserlah punggung nie melekap kt kerusi hanya buat sementara.. kerana berdiri itu lebih penting semasa sesi menjinakkan robot2 sasa yg 3 ekor itu. setelah adik2 yg dahagakan kasih sayang robot2 tersebut yg mana mereka telah melanyak robot2 tiga ekor itu, bergeraklah aku bersama mak buyung menuju ke lebuhraya PLUS untuk melihat2 suasana dan angin shah alam yg sejak sekian lama tidak dikunjungi oleh mak buyung sejak dia konvo aritu.. sambil2 aku menjalankan tugas bertemu dengan beberapa orang pegawai kerajaan atas urusan pembulian ehh silap pembelian, sambil2 mak buyung memujuk aku untuk menyantap SUP UTARA seksyen 18 shah alam selepas itu. adapun kurang menyelerakan SUP UTARA di situ kali nie.. enath mana silapnya tk mcm dulu sedapnya huhuhu.. setelah habis kerja ku di shah alam kami pon merayau2 di sekitar shah alam merangkap melawat tempat2 kami berdating dulu huhuhu.. hajat ingin berjumpa mak angkat tak kesampaian kerana dia tk bukak kedai makan dia arinie.. hoho rugi la kalo tk dpt mkn free tkyah g sup utara. setelah berjaya membuang masa dan minyak keter berangkatlah kami pulang ke mantin negeri sembilan.. sampai kat rumah jam yg tergantung di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.. tapi mentari baru sahaja melabuhkan tirai senjanya.. la rupernyer jam kitorang dah kehabisan tenaga bateri.. maka kesimpulan yang aku dapat buathari ini ialah.. hargailah masa, gunakan sepenuhnya untuk kebaikkan, gantilah bateri jam anda, lebih2 lagi kalau jam itu adalah jam yg korang selalu jadikan rujukan kalo nk tau pukul berapa..

p/s : post ini adalah edisi melalut, adakah anda tertarik untuk membacanya kerana tajuknya? jika ya, ketahui lah bahawa otak keempat anda sangat geliga.. (harap maklum manusia cuma ada tiga bahagian otak : otak kanan, otak tengah, otak kiri).. ayo tak tau..

0 comments:

Pengikut