m E n G H i T u N g H a R i ..


hari jumaat nie genap 14 minggu kandungan isteriku.. kandungan isteriku juga sudah mula kelihatan, makinhari makin kerap diusap. makin hari makin membesar.. isk cam tk sabar plak aku menantikan kehadiran cahaya mata pertama kami.. entahkan lelaki entahkan perempuan.. aku tak kesah.. cuma senantiasa berdoa agar isteriku dan kandungannya sihat wal'afiat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah hendaknya.. kata orang.. tak baik letak nama anak seawal kandungan.. aku tak taula sejauh mana kebenarannya.. tp aku berpendapat.. pesanan begitu adalah untuk kebaikkan semata2.. dan tiada juga salahnya membuat perancangan awal.. agar dapat mencari nama yang sesuai.. sekarang nie pon aku dah mencari2 nama yg sesuai untuk anak sulung kami ni.. exited plak rasernyer.. yerla.. ada diantara kita yg menghitung hari utk bertunang.. ada pula yg menghitung utk diijabkabulkan.. kami..? menghitung hari menanti kehadiran cahaya mata.. Ya Allah.. kurniakan lah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah.. tabahkan hati kami dengan iman kepadamu ya Allah.. lengkapkanlah hubungan ini dengan nikmat dan hidayahmu.. berilah kesihatan dan kesabaran kepada isteriku dan kandungannya ya Allah.. Amin ya Rabbal a'lamin. kami juga berharap agar rakan2 sahabat handai diluar sana mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.. semoga dengan doa dan harapan yang baik dan ikhlas dari kalian diberikan ganjaran dari yang maha Esa. Hanya kepadanya lah kami bersyukur, berserah dan memanjatkan doa..

0 comments:

Pengikut