m A b 0 k 2.. L 0 y A 2..


Salam semua.. dah lama aku tak update blog. mesti ramai yg tetunggu2. bukannya mls nk update cuma tak kesempatan. ni pon aku gagahkan jugak update. seperti sedia maklum sekarang ni aku da pon mengandung nk masok 9 minggu. mcm2 aku da lalui sewaktu tau mengandung smpaila sekarang ni. mabok, loya, muntah2, kpala berpusing2, rasa nk pitam sume tu aku tgh lalui skang. Bukan senang rupanya nk jadi ibu ni. sesiapa yg tak pernah melaluinya mmg takkan tau cmne rasenye. aku ni bole dikatakan mengalami alahan yg terok sewaktu mengandong. bau itu tak bole ini tak bole, wangi sgt tak bole, busuk lagila tak bole, yg pelik bau masakan tumis, goreng, bau nasik yg tgh masak pon tak bole. klo tebau je mesti 'wekkk!!' pastu lari cecepat gi toilet tak pon kuarkan plastik yg da mmg standby sentiasa. setiap pagi selepas bangon tido aku kene siap sedia utk lari pecut ke toilet. pastu tak bole tido balik sbb berejam dlm toilet bg upacara pengeluaran isi perot. lendir putih yg masam dan cecair kuning (air hempedu) yg pahit tu wajib keluar. pastu da lega sket baru mandi. tu tak masok ketika berus gigi lagi. pegang je berus gigi rasa meremang bulu tengkuk. pastu pk nk gosok ke tak ekk. eeeeiii..! sbb bila gosok gigi je mesti isi perot kuar lagi. sakit tau tak! tuhan saja yg tahu cmne. menggigil2 mase muntah tu. da selesai mandi ingat ke bolela nk menjamu selera tapi tak. dok kejap je nk muntah balik. takde slera nk mkn. pastu tringat misi kat klinik kesihatan tu ckp klo tak slera nk mkn nasik, mkn 'bread' pon bole. wahahaha.. ckp roti kan senang. demi baby dlm perot ni aku mkn jugak. lg 1 klo aku tak mkn nnti doktor peribadi a.k.a suamiku akan membebel. tu yg tak sedap didengar tuh.. huhuhu.. pas da mkn wlpn tak byk, aku pon memejamkan mata smbil duduk smbil bygkan gi shopping dan sebagainya. sbb klo tak buat cmtu nnti tekak rase loya dan nk muntah. agak2 mknn tadi da turun dan baby da mkn, baru bole begerak sikit tapi bukan utk wat keje uma dan sebagainya kerna bila byk bergerak mknn tadi berlumba2 nk keluar semula. itula kelebihan org mengandung ni lbh2 lagi bila mabok. tapi kekdg tu kita yg rasa kurang senang sbb tak bole wat aktiviti harian cm biasa. sejak aku ngandong mmg aku tak ddok dapo sbb tak bole bau msakan. ari2 beli kat luar je. laki aku pon da mengadu yg perotnya sakit sbb da kempis. dlm bahasa lainnya mkn kat luar tak sedap pastu tak bole tmbh2 cm mkn kat uma. hoh! sungguh pilu tapi apakan daya wat masa ni hormon yg tidak menentu menghalang syg utk memasak. dikhuatiri muntah akan termasok di dalam mknn. bukan syg mls eh tapi syg tak bole bau masakan. abg pon tahu syg seorg yg rajin memasak kan? abg kene terima keadaan ni sbb sumenye ni punca dari abg. klo abg tak ape2kan syg mesti takkan jadi cmni. jadi, abg perlu bykkan bersabar sbb syg pon sedang bersabar menghadapi muntah2 yg amat mencabar ini. kpd suamiku, syg mntak ampun mintak maaf klo syg byk wat abg terasa. yelakan waktu muntah2 cmni mmg da tak pedulik prsn org lain sbb prsn kita sendiri yg paling penting. syg suh abg dok jauh2 tido jauh2 dari syg tu bukan syg buat2. syg pon tak tahu nape. syg asik rasa panas je walapon musim ujan. syg tak suka kene selimot apetah lagi dipelok. bantal busuk syg pon syg letak tepi. syg perlukan byk oksigen utk baby kita. lagi 1 perot syg kerap sakit cm lenguh2 mengah2 rasa tegang waktu tgh tido. agaknya baby nk lebih besar dan byk ruang kot. byk perubahan yg syg kene pikul kat tubuh syg ni. sumenye nk mengembang dan rasa sakit2. syg harap abg paham. tak lama, cuma smpai usia kndungan masok 4 bulan je insyaallah sumenye akan berjalan seperti sediakala. cuma syg mintak abg selalula doakan syg dan baby kita yg bakal lahir ni selamat dan sihat. abg nk anak kan? jika diizinkan Allah tahun depan awal bulan 4 abg da bole jadi bapa pada umur 30 tahun. jadi termakbulla ape yg abg nk kan selama ni jadi ayah pada umur 30 tahun.

0 comments:

Pengikut