Syair buat isteriku















Syair buat isteriku

Dikaulah juwita,
dikaulah asmara,
penghibur hatiku dikala berduka,

dikaulah adinda,
dikaulah permaisuri,
yang menghiasi kamar,
hidupku yang sepi,

aku sedar,
hatimu selalu terusik,
kerana khilafnya,
perjalanan hidupku ini,

aku sedar,
dirimu selalu terluka,
diguris sembilu,
amarah dan jahilnya aku,

namun ketahuilah sayang,
hanya dikaulah juwita dihatiku,
yang selalu ku rindu,
di setiap hela nafasku,

oh juwitaku,
oh permaisuriku,
hanyalah padamu,
ku lukiskan harapan dan impian,
sebuah kebahagiaan..


Nukilan : Keroncongemas

p/s : Ku coretkan nukilan ini buat isteriku Nadiah.. nak dengar versi lagu??? tunggu... heeee

0 comments:

Pengikut