KARMA..!

Apa itu karma? Selalu dengar pasal karma kan? Karma ni boleh diertikan sebagai balasan dari apa yang kita lakukan. Dalam islam pun Allah dah ckp setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar zarah pasti ada balasannya samada balasan/ganjaran pahala ataupun dosa. Bila kita dapat pahala, berbahagialah kita. tapi kalo dosa yang kita dapat, maka hukuman akan dikenakan pada kita. Bila balasan yang kita akan terima ni? Samada di dunia, mahupun diakhirat kita akan dapat hukumannya. Kalo bukan pada kita, kemungkinan adik beradik kita, mak bapak kita, anak2 kita dan sebagainya. Senang kata pada org yg kita sayang dan darah daging kita. Kalo hukuman di atas kesalahan yang kita lakukan itu terkena pada adik beradik kita atau mak bapak kita, mesti kita akan rasa lebih sedih kan? Tapi kalo kebaikan yg kita lakukan itu terkena pada adik  beradik atau mak bapak kita, dah tentu kita gembira kan walaupon kita tak dapat balasan kebaikan itu.

Terpulanglah samada kita redha atau tidak dengan hukuman yang kita dapat. Yang penting bila kita dapat sesuatu yang tidak baik/bala cthnya eksiden, kena rompak, kena marah, tersepak batu, jatuh tangga, kena tipu ngn kawan, kwn tak nk bayar hutang dan sebagainya, kita mestilah ingat balik pernah tak kita melakukan perkara yang sama pada org lain. Ingat kembali dosa2 yang kita pernah lakukan sebelum ini. Mungkin Allah nk bg balasan pada kita diatas perkara2 yang kita dah lakukan samada kita sedar atau tidak sedar. Kekadang kita sedar kesalahan kita cuma kita bersikap ego tak mahu menerima kesalahan kita dan sering menyalahkan org lain. Allah lebih maha mengetahui. Ada kemungkinan hukuman yang Dia berikan di atas bumi ni tidak setanding dengan hukuman di akhirat nanti. Jadi, Allah test dahulu hukuman itu pada kita masa di dunia ni. Nak tengok samada kita redha ataupun tidak.

Bagi orang yang betol2 beriman, Allah juga memberi 'hukuman' tetapi 'hukuman' ini lebih kepada dugaan untuk menguji sejauh mana cintanya kepada Allah. Jika redha, pahalalah ganjarannya. Pokok pangkalnya, SABAR. Aku selalu mengingatkan diri aku bahawa setiap bala yang berlaku pada diri aku adalah balasan dari Allah di atas dosa2 yang telah aku lakukan disamping itu Allah juga nk uji tahap kesabaran aku. Setiap kali aku sedih dengan pelbagai cubaan di dunia ni, aku akan pujuk diriku supaya bersabar dan ingatlah mungkin ini balasan pada aku diatas apa yang telah aku lakukan selama ni. InsyaAllah dosaku sedikit demi sedikit Allah akan ampunkan sebab aku bersabar. Allah sentiasa bersama org yang bersabar. Biar Allah saja yang menghukum dia di atas perkara yang dia lakukan pada aku sbb aku bukan sapa2 dan tidak layak menghukum. Allah maha mengetahui. Satu lagi aku akan selalu ingat kata2 arwah mak mentua aku 'biar org buat kita, jgn kita buat org..'. Walaupun aku tak pernah berjumpa dengan dia, tapi aku tetap ingat kata2 dia bila pertama kali suami aku smpaikan pada aku. Waktu tu aku dikhianati kawan2 yang aku sangka betul2 kawan. Jadi, aku bengang dan nk start berdendam, tapi bila dengar kata2 keramat tu tadi aku jd redha dengan apa yang telah terjadi pada aku.

Bagi mereka yang tak pernah melakukan kesalahan, (eh, ada ke org yang tak lakukan kesalahan?) maksudnya, tak pernah nk pedajal org, aku ucapkan tahniah. dan jgn sesekali kita terfikir utk pedajal org lain sbb skang Allah selalu bayar 'cash' kat dunia. Dengan erti kata lain, 'arini ko wat org, esok2 ko tunggula giliran ko'. hahaha.. Kat akhirat aku tak tahulah ntah macam mana sbb belum lalui lagi. Kalo berhutang ngn org tu cepat2la bayar. Kalo ngn darah daging sendiri ni lain sikit sbb darah daging selalunya tak bape nak berkira sgt. Kes yang berhutang ngn org tanpa ada ikatan darah daging tu yang payah sbb kalo org tu tak redha, siaplah korang kat akhirat nnti berpeluh2 nk menjawab yer.. hahaha. Kalo tak dapat nk bayar atau ada masalah untuk selesaikan hutang, ckp elok2 jgn lari cmtu je. Manusia ni walapun seganas mana pun tp bila ckp elok2 bincang elok2 mesti dia boleh paham. INGAT! Kalo sekali ko senangkan kerja org lain, 10x ALLAH akan senangkan kerja kau. Maksudnya kalo ko bantu org dengan ikhlas walaupun sekali, Allah akan balas dengan cara permudahkan kerja kau 10x ganda samada ko sedar ataupun tidak.

Jadi, kesimpulannya di sini, kalo kita nak lakukan sesuatu tu kita kenalah ingat hukumannya samada baik/buruk dosa/pahala. Kat akhirat nnti kena tanya, 1 talian hayat pon takde tau. Pikir2kanlah.. Dan jika kita ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik, ingatlah apa yang kita pernah lakukan dahulu. Senang kata ingatlah dosa2 yang kita pernah lakukan dan redhalah dengan dugaan yang datang dan sentiasalah mohon dosa2 kita diampunkan. Amin..

0 comments:

Pengikut