RANCANGAN ALLAH BUAT KITA...

Assalam buat semua pengunjung blog keroncongemas sekalian.. Bagaimana keadaan korang sume arini? sehat? mesti ramai yang batuk2 dan selsema kan? ermmm... Kenapa ek harini sedikit gementar tapi rasa tenang? Tak tau nk ckp cmne. mungkin sbb esok nk exam MUET kot. paper speaking plak tu.. Apela yg aku nk ckp sok ntahlaa.. hahahahah... yang bab tenang tu plak mungkin sbb rasa hidup yang asas dah lengkap. Asas sahaja okay. maksudnya dah ada keluarga, ada suami ada anak. tambah plak skang dah kerja. kerja yang ada sekarang pulak kerja yang aku minat. ermm.. buat masa skang ni aku mengajar.. akan datang aku pun tak tahu mana Allah akan letakkan aku. Aku dan suami dah rancang macam2 untuk family kami. Tapi semua itu Allah yang tentukan. Walau apa pun yang Allah tentukan pastinya ia yang TERBAIK untuk keluarga kami. insyaallah.. Kami cuma boleh berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang telah kami rancangkan. semua terpulang pada Allah samada mengizinkan atau tidak mengizinkan sesuatu itu berlaku. 
Dalam kehidupan ni ada perkara yang kita suka dan perkara yang kita tak suka buat. Tapi tak salahkan kita buat perkara yang kita tak suka tu jika perkara itu baik dan memberikan kebaikan pada kita. Contohnya, kita dapat kerja kerajaan sedangkan masa tu kita tengah belajar amek degree (bidang yang diminati). Jawatan yang kita dapat tu plak jawatan yang kita tak minat dan tak jelas bgmana tugasnya. Ikotkan hati mmg nak smbg belajar walaupun ada lagi 3 tahun nak habis. Tapi ayah pulak bukan main besungguh suh terima tawaran kerja kerajaan tu lebih2 lagi jawatan tu gaji diploma. kalau situasi ini terjadi pada anda apa yang harus anda lakukan? terima tanpa rela ataupon tolak mentah2? sebenarnya kedua2nya mempunyai kelebihan dan kekurangan. jika teruskan belajar (degree) ada kemungkinan bila bekerja nnti gajinya lebih besar dan kerja yang kita pohon itu bersesuaian dengan kehendak dan minat kita. Akan tetapi bagaimana pula jika bila habis sahaja belajar tidak dapat kerja? jauh sekali nak dpt kerja kerajaan. betul tak? 
Okay kita tgk pula jika kita menerima tawaran kerja kerajaan tersebut? sudah tentu bukan dengan rela hati betul tak? Apabila tidak berminat dengan sesuatu itu bukankah kita akan melakukannya secara tidak bersungguh? Tetapi dari segi kebaikannya pula, anda sudah senang lenang tanpa perlu memerah otak untuk belajar, untuk ke kelas, untuk memikirkan kos perbelanjaan untuk belajar dan sebagainya. Pada umur anda sekarang sudah boleh mengumpul duit untuk berkahwin atau memiliki barang2 yang anda mahukan cthnya kereta, rumah dll. Jika kita dah bekerja di sektor kerajaan, kos sambung belajar (jika nak sambung belajar) juga ditanggung sepenuhnya. Untungkan? 
Jadi, semuanya terletak pada diri anda. Fikirlah...Berpuluh2 ribu orang, jutaan mungkin yang ingin bekerja di sektor awam dan mempunyai pekerjaan yang tetap tapi tak pernah sekali pun dipanggil temuduga apatah lagi diterima bekerja. Termasuklah diri aku ni haaa.. Jadi kesimpulannya di sini, walaupun kita tak minatkan sesuatu tu, kita belajar untuk minat jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan pada diri kita. Belajarlah bersyukur dengan rezki yang telah Allah berikan. Mungkin Allah dah aturkan hidup kita yang jauh lebih baik daripada apa yang kita aturkan. Kita tak tahu kan? 

2 comments:

keroncongemas berkata...

apasal jalan citer dia sana cam kisah si apek jer nie? hahaha

MaMaWaWa berkata...

sukahatilah mcm apek ke mcm amoi ke mcm nyonya ke janji citer ni boleh jadikan pengajaran dan panduan untuk sesape yg bace..

Pengikut