tanda-tanda kehamilan














Okay aritu sy dah post pasal cara cmne nk tahu yg kita ni pregnant atau tak dgn menggunakan pregnancy tester. so skang ni sy nk berkongsi pulak pasal tanda2 yang kita telah mengandung.. yeay!! Sebenarnye tanda2 ni bedasarkan pengalaman sy sendiri dan byk terjadi pd wanita2 mengandong yg lain. Jd mungkin tanda2 ni jugak boleh membantu anda.

Tanda pertama : Of cos la tak dtg haid (period).
Tapi pd wanita2 yg periodnya tak regular (tak tetap) perlulah

kompemkan bebetol yg anda pregnant sblom anda mengharap sgt2 yg anda dah mengndong.

Tanda kedua : Pening, loya, muntah2, tekak rasa tak sedap.
tanda ni yg paling popular dan yg paling ramai org tau. Tapi jgn pulak anda gi bedal mkn yg bukan2 pastu nk perasan yg anda dah mengandong. Ada jugak sesetengah wanita yg takde rasa tanda-tanda ni.

Tanda ketiga : Emosi jadi tak stabil.
Emosi kita waktu ni mmg sgt2 tak stabil. Asik nk marah2 dan sgt2 sensitif. Mudah menangis,mudah nk marah dan mudah merajok. Perangai cm budak2 sket. Bila tak dpt sesuatu mulalah nk merajok dan menangis. Tgk tikus yg terkne langgar ngn kete pon bole nk menangis. Huhhh~
kena banyakkan bersabar dan memohon kepada Allah supaya kita dijauhkan dengan keadaan macam ni. takot nanti hati suami plak yang kita sakiti.. jangan derhaka dengan suami.. tp si suami pun kena lah bertolak ansur yea..
Tanda keempat : Sensitif dgn bau-bauan.
Waktu ni idung kita mmg sensitif. Kebiasaannya sensitif dgn bau yg kita tak suka, dan kadang2 tu bau yg kita suka pon boleh jadi sebaliknya. Cthnye bau sesetengah perfume/pewangi yang akan memeningkan kepala, bau badan suami, bau rokok, bau mknn dan mcm2 lagilah. Tanda ni akan terbawa2 mungkin smpai bila2 ataupon mungkin akan hilang selepas bersalin. mungkin sekejap atau dalam jangkamasa yg panjang.

Tanda kelima : Byk angin dlm badan.
Tanda ni mungkin ade sesetengah wanita yg rasa. Ade sesetengah yg tak rasa. Ade wanita yg sakit perot mcm angin mencucuk. Boleh dikatakan selalu jd cmtu walaupon dah mkn nasi. Pastu asik tekentot2 jek. huuuu..

Lain-lain tanda2 mengandong akan saya sambung pd episod lain kali yer. harap sempat postkan sebelom besalin ni. huhuu..

p/s : lain org lain ragamnya, lain orang lain tanda2 nya.... kot..


>> tanda-tanda keguguran



2 comments:

rekbing berkata...

sensitif dgn bauan..hurm, kentut busuk cmne, kesian bini...

KeRoNC0Ng berkata...

maka.. kita sebagai suami terpaksa kentut pada jarak yg lebih jauh dari isteri.. jarak selamat radius 30m! haha..

Pengikut