e-Exam..



aku nk citer pasal satu software yg aku baru buat.. yg aku nama kan sebagai e-Exam.. ala dari nama jer korang dah dpt agak kn.. software nie aku bangunkan khusus kepada kolej2 yang mahukan pembaharuan terhadap sistem peperiksaan dorang.. yg mana segala kuiz atau ujian atau peperiksaan boleh dilakukan secara atas talian.. hoho ini bukanlah bermakna pelajar mereka boleh amek periksa/test/kuiz kt rumah masing2 tanpa perlu ke kolej.. huh kalo camtu sure dorang bukak buku laaa.. tp e-Exam nie adalah perisian yg memudahkan dan meringankan beban para pengajar untuk menanda kertas jawapan selain dari menjimatkan penggunaan kertas serta beban kerja semasa peperiksaan dilaksanakan. yg mana perisian ini mempunyai bank soalan di dalam servernya sendiri dan setiap pelajar yg mengambil peperiksaan perlu mengakses alamat tertentu menggunakan web browser.. (bedasarkan alamat serverla..) serta perlu memasukkan ID TEST dan kata laluan yg betul. apa yg aku buat untuk perisian ini adalah para pembuat soalan hanya perlu membuat soalan dan memasukkan soalan terebut ke dalam server mengikut format yg telah aku tetapkan.. asasnya pembuat soalan boleh buat soalan objektif dan subjektif sama ada bergambar atau video atau beraudio.. Bagi soalan objektif.. pembuat soalan boleh memasukkan skema jawapan ke dalam server mengikut format yg aku dah sediakan supaya sistem dapat menanda jawapan2 dari pelajar secara automatik.. haa kn ke mudah tu.. tkyah nk tanda2 dah.. pengajar cuma perlu menanda secara manual sahaja bagi soalan subjektif.. aku dah test e-Exam nie di salah sebuah kolej swasta dan hasilnya amat baik.. (ujian terhadap kecekapan server amat bagos!). apa yg pihak kolej perlukan adalah menyediakan jaringan LAN dan bilangan komputer (client) yg mencukupi untuk sistem nie.. oleh kerana ianya berasaskan web server.. maka e-exam tk perlu diinstall di setiap client pc.. hanya perlukan satu installation pada 1 server sahaja. buat masa nie perisian nie masih diperingkat percubaan fasa kedua.. dan aku berharap tk lama lg dapatlah aku komersialkannyer secepat yg mungkin..

p/s : 1 lg produk keluaran JMS pada tahun 2011.. :)

0 comments:

Pengikut