pEnAnTiAn yG mEmBaHaGiAkaN (VeRSi ADik & tHe GaNg!)



yes! lagu "penantian yg membahagiakan" yg aku buat sebelum ni telah di beri nafas baru oleh adik & the gang! sapa lg la kan kalo bukan adik bongsu aku yg tersayang tu.. walopon dia dan kawan2 nyer telah mengubah sikit lirik dan lagu asal yg aku buat tu tp bagi aku dan bini aku masih tetap sama, menepati citarasa dan masih mampu menyampaikan mesej mendalam yg ada pada lirik lagu tu. terima kasih berbanyak buat adik & the gang!

Tajuk lagu : Penantian yang membahagiakan
Lirik & lagu : keroncongemas
Komposer : Adik & The Gang!

Penantian itu yang membahagiakan
Dalam aku mencari sebuah ketenangan
Sepi hati ini melalui kamar kekosongan
Tiada berpenghujungkah kisah bersama.

Kuhalusi perjalanan yang telah kita harungi
Selama engkau dan aku berjanji setia
Namun terkadang aku tersesat sementara
Kerana terkilaf pada onak duri menghalang..

chorus:-
Dan apakah akhirnya sebuah kisah
kisah yang kita tu
liskan bersama
Mungkinkah akan ada sinar dan harapan
di penghujung sebuah penantian
yang membahagiakan hidupku.



0 comments:

Pengikut