a P A i T u s A H a B a T ?

Rasanya ramai lagi yang tak tahu ape itu makna 'sahabat'. Apa itu sahabat? 'sahabat' boleh jugak dikategorikan sebagai kwn baik. 'sahabat' adalah seseorg yg sukar utk dicari. tak seperti kwn, kwn mudah datang dan mudah pergi. mudah rapat dan mudah putus. Bagi aku bukan senang2 nk bg title 'sahabat' pada kwn2 yg aku ada. bg kita dialah sahabat kita. tapi bg dia, kita langsung tak termasok dalam kategori sahabat. kesian kan? sbb ape? sbb kita tidak memenuhi kriteria2 seorg sahabat bg dia. Bukan salah dia tak anggap kamu sebagai seorg 'sahabat', tapi cara dia menilai erti sahabat itu berbeza dengan kamu menilai erti 'sahabat'. (eh, kenapa ayat aku da macam kat dalam majalah remaja plak ni.) Okey mari kita cekiout ape itu maksud 'sahabat' bagi pandangan Nadiah bt Hamdan..

Bagi aku 'sahabat' adalah seorg yg :

1. TIDAK MENGATA KITA DIBELAKANG KITA. Dengan erti kata lainnya, mengumpat kitala.
2. BACKING KITA. Backing kita jika ada org lain yg buli kita atau bila terdengar org lain mengumpat kita. Bukannye bila dengar org lain mengumpat kita, dia pon sebok nk join sekali! malah lebih2 pulak mengumpat kita. lebih malang lagi jika dia yg mulakan dulu sesi umpat mengumpat kita!
3. Menegur kita jika kita melakukan kesilapan. 'MENEGUR' bukannya 'MENGHENTAM'.
4. SENTIASA ADA DENGAN KITA ketika kita menghadapi masalah, ketika kita sedih dan waktu kita gembira. Ketika kita perlukan seseorg utk meluahkan segala yg terpendam di hati. Ketika kita demam, dia tidak teragak2 utk bangun tgh mlm bg kita mkn ubat dan urutkan kepala kita.
5. Sentiasa berkongsi apa jugak yg dia ada tapi tidak termasok boyfriend@ tunang @suami okey! Contoh paling senang ialah barang dia, barang kita. barang kita, barang dia. senang kata TIDAK BERKIRA.
6. TIDAK MENGUNGKIT bila da bg sesuatu pertolongan @ hadiah @ sebagainya.
7. TAK AKAN MARAH KITA TANPA SEBAB YANG MUNASABAH. Contohnya kita bercinta ngn org lain yang takde kait mengait ngn dia, dia plak yg nak marah2 nk hentak2 tanpa sebab. it's okey klo dia ade sebab yg munasabah tapi kan boleh berbincang dan tegur secara profesional. klo setakat bg sbb kita selalu keluar dating tinggalkan dia sorg2 kat bilik tu rasenye tak masok akal nk marah2 kan? takkan nk dating bawak dia kot. hoh..!
8. TETAP SABAR walau ape pon yg kita lakukan pada dia dan masih lagi nk berkawan dengan kita.
9. TERIMA KITA SEADANYA. Jika kita berkawan dengan seseorg itu disbbkan dia cantik, kaya, educated, up to date, vogue, ramai peminat,hot, berpengaruh dan sebagainya sudah tentu persahabatan ini takkan bertahan lama. Kerana belom tentu lagi kamu setanding dengan org yg kamu nk kwn tu. Tapi, jika dia dpt terima kita seadanya walaupon dia seorg yg memenuhi kriteria2 di atas sudah semestinya dia akan jadi 'sahabat' kita.
10. SENTIASA MEMAFKAN KESALAHAN KITA. Biasalah manusia susah nk sedar akan kewujudan seorg 'sahabat' yg sentiasa mengambil berat tentangnya. Bila ditimpa musibah, barulah nk carik 'sahabat' tu. Jika dia tetap memaafkan kita walaupon da byk kali wat kesilapan, jgn pk pjg da sbb mmg dia la 'sahabat' yg kita carik.
11. SAYANGKAN KITA. Sayang sebagai seorg sahabat dan bukannye sayang mcm lesbian tu okey! ni lebih kepada syg mcm syg adik beradik sendiri. Dia nk kan kita bahagia dan gembira. amek berat dan bukannya mengongkong. Sentiasa memberi semangat pada kita. Contohnye tunggu digarisan penamat sambil menunjukkan air 100plus dan bersorak 'Nadiah cepat Nadiah!'. dengan erti kata lainnye 'Nadiah, cepat aku ade air ni kang klo ko lambat abes aku minum'. hohoho..

Buat Noraisha Zaihana, (eh, da mcm kat dlm novel muke dpn plak) ko sahabat aku sampai bile2. Maafkan aku jika aku ada melakukan kesilapan pada ko. Walau ape pon yg aku da lakukan pada ko, ko tetap kwn ngn aku. Aku tak pernah berkira dengan ko, ko pon tak pernah berkira dengan aku. Aku anggap ko mcm akak aku walapon kite sebaya cume ko tua sket sbb lahir bulan 1. hehe. Walaupon aku seorg yg nakal, suke buli ko dn suke rembat mknn ko, ko tetap terima aku. byk kenangan kite yg gile2 lg2 mase kene kejar ngn ustaz naseh. Ssh nk dpt sahabat cm ko!

Buat Aini, Eman, Nadiah Shaari, Husna, Ana, Izan, Doyek, Shera dan Nisak, korg sume byk bg aku tunjuk ajar dan byk bg aku nasihat walaupon ade kalanya aku wat dek jek. hehe. tp korg mmg best sgt2. sayang korg!

Buat Nursyafiqah Md Shah dan Liza Rahman, aku takkan lupa sampai bila2 yg korg da backing aku daripada kene ngn Azah Mohamad dn konco2nye. Peh! nmpk cm samseng jalanan. Walapun agaknye korg da lupe tp aku tetap ingat. Terima kasih sgt2. Ssh nk dpt kwn yg berani mcm korg. Tabik spring..!

Buat Nadiah Anuar @ Nuek, aku tak sangka boleh kwn ngn ko smpai sekarang walapon kite lmbt jumpe tapi ko mmg hot! hehe.. gile2 cm aku gak. Suke wat aku ketawa cm nk mati. Klo ko ade mslh jgn segan silu boleh la cerita kat aku. Aku sedia membantu. hehehe..

Buat Rabi'atul 'Adawiyyah (haa.. mesti korg terkejotkan. Lps ni mesti ade yg perli2 aku@ruby. aku pedulik ape!) aku teringat mase aku sakit demam panas dulu kat hostel. tak pernah ade yg sanggup bangun mlm melayan sakit pening aku selain mak abah aku. Walaupon ko rase biasa tapi aku tak. pastu selalu bawak aku gi klinik klo aku sakit dan masakkan bubur ayam yg sedap tu utk aku mase aku sakit gigi. Aku akan ingat tu. mungkin sbb ko anak sulung dn jadi kakak pada adik2 ko, ko rase bende tu biasa. Tapi aku penah jugak bekwn dengan 'kakak yg lg tua' dr aku tapi dia tak cmtu caring pada aku. thanks a lot.

Kepada kawan2 yg lain yg namanya tidak disiarkan, jgnla bersedih hati ye. Renung2kanla kenapa korg tidak temasok dlm kategori 'sahabat' bg aku. Lgpon aku tau korg mesti tak kesah punye klo tak jadi sahabat aku kn? Yerla sape la aku ni. Bukan ank Tan Sri pon. Cume org yg betol2 knal aku je yg dpt menilai aku. Sorry post ni agak panjang. Sekian.


0 comments:

Pengikut