Bantuan kewangan OKU, Ibu Tunggal, Kanak-kanak dan Keluarga Miskin















Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Suka saya ingin berkongsi kepada mereka yang mungkin masih tidak mengetahui bahawa terdapat bantuan kewangan dari Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebanjikan Masyarakat kepada mereka-mereka yang memerlukan seperti golongan OKU, Ibu Tunggal dan Keluarga Miskin. Sukacita juga saya ingin maklumkan bahawa di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Terdapat beberapa skim bantuan yang disediakan seperti

1. Perkhidmatan Bantuan Kewangan Kebajikan
2. Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan OKU
3. Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal
4. Skim Bantuan Kewangan Bagi Keluarga Miskin
5. Skim Bantuan Kebajikan

 Untuk memohon bantuan kewangan sila rujuk ke laman web rasmi JKM (http://www.jkm.gov.my/). Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada golongan sasar dan mereka yang benar-benar memerlukan.

1 comments:

DaddyCool berkata...

Bantuan kpd yg betul2 susah bukan yang buat2 susah

Pengikut