Lahirnya seorang putera



 
Assalamu'alaikum w.b.t, selawat dan salam buat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, syukur alhamdulillah ya Allah tuhan pencipta alam yang maha pemurah lagi maha mengetahui. Pada 9/4/14 jam 3:15 petang, telah lahir seorang lagi umat Muhammad di muka bumi ini, lahirnya Aidil Safwan Bin Jamarolshah adalah pelengkap kebahagiaan kami, menyemarak semangat untuk kami terus meniti kehidupan di dunia, memangkin rasa syukur dan takjub dengan kebesaran Ilahi, menjadi amanah dan tanggungjawab insani yang wajib kami penuhi.Si kakak Afiqah Safwa aka kak enon si mulut becok (tapi jadi pendiam bila berhadapan orang lain selain kami) merupakan orang pertama yang menangis sakan selepas kelahiran adiknya, bukan kerana cemburu atau terkesan dengan kasih sayang ayah dan ibu yang kini mungkin baginya terbahagi dua, tetapi kerana terlalu sayangnya dia kepada Aidil.. sehinggakan setiap kali jururawat datang menjenguk si ibu dan si adik, dia akan duduk meneman disebelah adiknya, takut-takut adiknya dibawa pergi. Kalau ada tetamu yang datang menziarah, lagi dasyat rasa takut kehilangan adiknya, pantang Aidil dikendong oleh tetamu, mulalah nak meleleh airmata ikhlas si kakak ni berjuraian.




Kalau diajak ke kedai pula oleh si ayahnya, beli mainan atau "jajan" mesti nak dibelikan untuk adiknya jugak, aiii la si kakak semakin cerdik dan semakin petah berkata-kata. kebetulan atau suratan, adiknya si Aidil juga lahir pada bulan yang sama dengan si kakak, bulan April. pada 30/4/14 yang lepas genaplah umur si kakak 3 tahun. kali ni kakak sambut ulangtahun kelahirannya bersama-sama cikgu dan kawan-kawan barunya di taska.


 
Itulah perangai si kakak.. si adiknya belum tahu lagi hehehe.. Walauapapun syukur ya Allah atas pinjaman yang telah diberikan kepada kami. kedua-dua anak kami ini adalah nikmat mu yang sangat tidak terhingga nilainya bagi kami. nikmat mu ini adalah peringatan buat kami untuk menjadi hambamu yang bersyukur, bertanggungjawab dan melaksanakan segala perintahmu juga peringatan bahawa hanya engkau yang maha berkuasa.

0 comments:

Pengikut