SELAMAT DATANG YA RAMADHAN !!

Ahlan wa sahlan yaa ramadhann.. Pagi tadi dengar ceramah/ tazkirah di surau Kolej Unikop yang disampaikan oleh pengurus Kolej Unikop Cawangan Melaka sendiri iaitu, Puan Masha binti Mohd Ali tentang kedatangan bulan Ramadhan. Beliau menceritakan tentang kelebihan bulan ramadhan. Perkara tersebut mmg kita telah sedia maklum tetapi perlu juga diingatkan kepada semua umat islam. Apa yang diperkatakan Puan Masha tadi betul, pengertian 'bulan ramadhan' berbeza pada setiap peringkat umur. Bagi peringkat kanak2 mesti mereka terbayangkan seronok bermain bunga api di waktu malam dan bila raya dah tentu fokus utama nk kumpul duit raya sebanyak mana yang boleh. hahahaahah.. teringat zaman kanak2 dulu. Pergi beraya di setiap rumah org mesti org hidangkan air gas. Yerla air gas mudah dan sedap. Padahnya, aku kena gastrik, tak boleh bangun jauh sekali nk menjalankan apa yang telah aku fokuskan. hahah.. bila tgk sepupu2 adik2 kira duit byk2, aku cuma boleh tanam azam nk postpone matlamat aku tu tahun depan je. huhu. 
Bagi peniaga2 pula, bulan ramadhan ni la waktu dorang mencari rezki berlipat ganda. Promosi sana sini. Semua gila2 carik rezki pada bulan ni. yang jual baju, kerepek, kek, kuih raya, coklat, barang perhiasan, eh senang kata 1001 macam bende ada jual. tu baru kat dalam facebook. Yang kat bazar ramadhan, kat pusat membeli belah, kat mana2 ajelah mesti ada org nk jual itu ini. Sampai ada yang kata bulan puasa ni la bulan lubuk rezeki. Mana tidaknya apa saja yang mereka jual lebih2 lagi makanan pasti abis licin licau di kejakan pembeli. Walaupun tak sedap tetap habis. itulah nikmatnya bulan ramadhan bagi peniaga2. Dahsyat kan? Bagi mereka yang tak pernah meniaga sebelum ni pun mengambil peluang untuk berniaga sbb nk carik duit lebih untuk raya nanti. itu baru di dunia. ganjaran 'duit' yang peniaga2 dapat tu berlipat ganda. Bagaimana pula kalau ganjaran duit tu ditukarkan kepada ganjaran pahala? Tak terhitung bukan? lagi2 bila dpt 'malam seribu bulan'. Allah sahaja yang tahu bagaimana. 
Jadi, tepuk dada tanyalah diri sendiri samada nk kejarkan yang mana satu. Kita dah semestinya nk dua2, akhirat nk dunia pon nk. Tapi yang paling penting akhirat. betol tak? Jadi, untuk tahun ni jomla kita sama2 memperbaiki diri kita. Macam aku ni, aku tau aku byk sgt2 dosa. tak terhitung walapun dah bersalin. sbb bila kita  bersalin, dosa2 kita juga terhapus. Tetapi kita sebagai manusia tetap melakukan dosa setiap hari samada kita sedar atau tidak. Kalaulah boleh nampak malaikat tu tulis dosa kita yang tak berhenti2 tu mesti kita dah taknk buat keje lain da. silap2 mkn pon da tak nk. nk beribadat je kan? huhu. takotnyaaa.. Jadi, untuk ramadhan kali ini aku ada azam aku sendiri. Biarlah diri aku dan Allah sahaja yang tahu...


p/s : huh!! alhamdulillah aku dah dapat abeskan puasa ganti sebelum tibanya bulan ramadhan. (senang hati) hehe.

0 comments:

Pengikut