Ulang tahun perkahwinan yg pertama!


28/05/2010 - Merupakan hari kami berdua disatukan melalui ikatan pernikahan. Kami sah menjadi suami isteri setelah diijabkabulkan sendiri oleh abah pada hari jumaat jam 5.10 petang. Kini setahun telah berlalu, mahligai yang kami bina semakin hari semakin tersergam indah lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama kami Afiqah Safwa. Kali pertama menyambut ulangtahun perkahwinan kami pada hari ini sangat-sangat bererti. kehadiran Afiqah yg kini telah berusia 28 hari seakan melengkapi hari bahagia kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini dapat kami eratkan dan simpulkan dengan lebih sempurna dalam meniti kehidupan seharian sebagai seorang suami, isteri dan ibu bapa. semoga tanggungjawab dan amanah yg tergalas ini dapat kami pikul dan jalankan dengan sebaik-baiknya. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnia rahmat dan nikmatnya, terima kasih kepada kedua ibu bapa kami ayah dan mak aping, Abah dan mak melaka, keluarga, sahabat dan rakan taulan serta kenalan yang senantiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.



p/s : kami berkongsi menyambut ulang tahun perkahwinan dengan beberpa orang sahabat, antaranya adalah Shahsarwan (wak) dan pasangannya Mieza yang bernikah pada hari ini. selamat pengantin baru buat mereka berdua juga kepada sahabat kami saudara Saiful dan pasangannya yg juga akan melangsungkan perkahwinannya minggu depan.


p/s/s : gambar eksklusif nie diambil tepat pada jam 5.10 petang 28/05/2011. Sayangnya si Fiqah tertidur sejurus sebelum sesi bergambar.. Selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama buat permaisuri hatiku Nadiah Hamdan.


0 comments:

Pengikut