d U a H a T i B a K a L d i S a T u K a N . . .



Assalamualaikum buat semua pengunjung blog kami. Syukur alhamdulillah kami panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmat darinya akhirnya dapat jua kami menjemput kalian semua dengan rasminya ke Majlis Perkahwinan kami pada 29 Mei 2010 di Kg. Padang Temu, Melaka Tengah, Melaka (Belah perempuan) & pada 13 Jun 2010 di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor (Belah lelaki). setelah ikatan pertunangan diikat secara rasminya pada 28 November 2009 yang lepas, kini setelah genap 6 bulan kemudian kami bakal disatukan dengan ikatan pernikahan pula. Kami berdua amat berbesar hati menjemput rakan taulan, kenalan dan sahabat handai semua, tidak kira tua atau muda, walau dimana dan bagaimana kita menjadi kenalan, rakan, kawan mahupun sahabat, juga pengajar2 kami di ciast, atau sesiapa pun yang mengenali diri kami agar dapatlah kiranya sudi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kami nanti. Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami ini dan diberkhati Allah s.w.t hendaknya. Iringilah ikatan perkahwinan yang bakal kami menteraikan ini dengan ingatan dan doa ikhlas kalian semua agar hubungan kami, ikatan kami dan jodoh kami di panjangkan dan diberkhati hingga ke akhir hayat kami hendaknya. Keranamu ya Allah kami bertemu dan berpisah, hanya kepadamu jua kami berserah.. bawalah cinta kami ini ke taman syurgamu ya Allah.. bawalah cinta kami ini lebih dekat pada cintamu, pada agamamu dan pesuruhmu ya Allah.. Amin ya Rabbal A'lamin.

0 comments:

Pengikut