One of the beautiful Azan Jiharkah from Malaysia



Alunan azan Jiharkah yang merdu.

Penghargaan buat :

1) Jeebsion : http://www.youtube.com/user/jeebsion
    ( Pemilik video latar) - Dengan izin.

2) Ustaz Safwan Al Hafiz - Bilal Masjid Al-Azim Melaka
   (Suara latar alunan azan) - Dengan izin











Diedit semula oleh : keroncongemas

Syair buat isteriku















Syair buat isteriku

Dikaulah juwita,
dikaulah asmara,
penghibur hatiku dikala berduka,

dikaulah adinda,
dikaulah permaisuri,
yang menghiasi kamar,
hidupku yang sepi,

aku sedar,
hatimu selalu terusik,
kerana khilafnya,
perjalanan hidupku ini,

aku sedar,
dirimu selalu terluka,
diguris sembilu,
amarah dan jahilnya aku,

namun ketahuilah sayang,
hanya dikaulah juwita dihatiku,
yang selalu ku rindu,
di setiap hela nafasku,

oh juwitaku,
oh permaisuriku,
hanyalah padamu,
ku lukiskan harapan dan impian,
sebuah kebahagiaan..


Nukilan : Keroncongemas

p/s : Ku coretkan nukilan ini buat isteriku Nadiah.. nak dengar versi lagu??? tunggu... heeee

Pengikut