Bila malam mengundang gerimis. Meraduk kelam pekat semalam, berlagu siul sindir mengait, mengusik dalam jiwa yang diam, padahal hati yang penuh jelaga, jiwa berkeras tuli mengalah, diri terkuncup malu akhirnya, gerimis datang diundang malam, mendung yang hitam mengintai samar, fajar siang pun lewat menyapa, yang datang suram berteman duka.
Kejahilan dan kesilapan di masa lalu akan terus menghantui kehidupan seseorang dan ia akan menjadi medan ujian dan dugaan dalam hidup lebih-lebih lagi bila orang lain sering mengungkit walhal setiap orang pasti melakukan kesilapan dan jika diri sendiri juga tidak bijak dan sabar menghadapinya tiadalah guna kerana masing-masing akan memalukan diri sendiri. sikap buruk yang berterusan ini akan mendatangkan keburukan dalam hubungan sesama manusia malah kesilapan dan kejahilan yang lalu akan terus menjadi bayang-bayang dalam hidup mereka.
entah kenapa tk boleh lelap mata mlm nie, bila terkenang kembali zaman membesar bersama-sama.. rasanya dah bermacam rencam dan ragam kami lalui.. esok dan hari seterusnya, harapan aku tetap sama, biarlah tetap "bersama", tetap menyokong, tetap membantu antara satu dengan yang lain, kerana air yang dicincang tak akan putus. buat abang long di Singapura, biar abg long takda dalam gambar nie.. tp abang long tetap diingati.. heheh..
kini keroncongemas telah berwajah baru.. kami telah menggunakan alamat url yang baru sebagai halaman utama laman web keroncongemas di http://www.keroncongemas.net dari laman web utama ini pelawat bolehlah mengakses laman blog, laman web syarikat dan facebook kami. dijangkakan akan ada beberapa tambahan lagi untuk menu pilihan di laman utama kami kelak..
Alhamdulillah.. kini anak ibu dah nak menjangkau usia setahun.. sekarang nie umur fiqah dah 10 bulan 11 hari.. sekejap jer dah nak setaon kn.. bak kata ayah dia.. dah boleh ada adik nie.. heheheh.. insyaAllah kalau ada rezeki dapatlah.. si fiqah ni pula makin bertambah keletahnya.. gembira dengan setiap perkembangan anak ibu nie.. moga2 bertambah2 lagi akal nya..