NIAT PERLU BETOL!












Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

Buat pertama kalinya aku update blog setelah bergelar penjawat awam..chewah!! tiba-tiba je..hahaha.. Aku tak tahu nk gambarkan camne perasaan bila dpt job ni. Gembira tu ofkos la kan.. Tapi sbnrnye bukan setakat gembira tapi sangat bersyukur pada Allah.. Tempat kerja dekat sgt ngn uma. tak sampai 5 minit jika berjalan kaki. Kalo naik kete@moto? Korang kirala sendiri.. haha. Senang cite dari sekolah ni boleh nampak rumah. Kalo mak sidai kain ke ade org dtg ke boleh nampak dr sekola. Yerla mana tak nye kalo dah seberang jalan je tmpat kerjanya. Macam caya tak caya je kan? Sebelum tahu aku dpt sekolah ni, aku da dpt agak dan sedikit yakin yang aku akan dapat sekolah ni. Tiap kali kalo lalu je kat depan sekolah ni aku tgk sekolah ni dalam2 pastu niat dalam hati 'tak lama lagi aku akan keje kat sekolah ni!' Bukan sekolah je, dgn guard2 sekali aku tgk cam nk telan. haaa... Tula tipsnye kalo kita nak dptkan sesuatu kita perlu yakin dan doa pada Allah. Allah tak zalim. Dia pasti akan tunaikan permintaan kita. Yang penting niat kena betol.

Sebenarnya banyak perkara yang unik dan mungkinan kebetulan atau ketentuan bila aku start kerja kat sini. Mungkin ini memang jalan takdirku..sebelom dapat kerja ni aku selalu sgt mimpi sekolah rendah aku kat larkin dulu. Masalahnya aku selalu mimpi pada sesetengah tempat kat sekolah tu je. Kerap sgt mimpi tu sampai berulang2 bende yang sama. Sampai kekadang tu aku da mls nk pk ape maksud disebalik mimpi tu. Lama-lama aku biarkan saje mimpi tu sbb mls nk pk. Bila aku masok sekolah ni baru aku paham Allah nk beritahu aku sesuatu. Macam cerita ala2 ghost whisper kan? hahaha. Cerita yang dapat alamat daripada mimpi. ermm..

Yang menariknya, tempat2 yang aku mimpi kat sekolah rendah aku tu, sama sebijik dengan tempat kat sekolah ni. Subhanallah... sesungguhnya hambamu ni mmg buta hati. Tak paham2 apa yang cuba kau sampaikan Ya Allah..maafkan aku. dan mungkin sbb ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni. Masa mimpi tu aku terasa seolah2 aku berada di sekolah rendah aku padahal aku berada di sekolah yang aku kerja sekarang.

Dan yang lebih menariknya, guru besar sekolah ni pernah berkhidmat di sekolah larkin 1. Aku bersekolah di larkin 2. Larkin 1 & 2 berkongsi bangunan. Cuma sesi je berbeza. Lagi 1, cikgu Raudhah yang pernah berkhidmat di sekolah rendah aku dulu, telah pun berkhidmat di sekolah ni. Sejak bila aku pon tak tahu. haha. Bila aku cerita benda ni semua pada mak, mak ckp cantiknya Allah taala susun perkara ni sampai kita ni tak sedar pon. Subhanallah..Subhanallah... Maha suci Allah.. 

Bila aku teringatkan perkara ni, aku terasa sygnya Allah pada aku. timbul keinsafan pada diri aku. Aku bukanlah seorang yang sentiasa duduk bertafakur di sejadah. Tapi Allah tetap gak makbulkan doaku. Mungkin sbb niat aku yang tak nk menyusahkan semua org lebih2 lagi suamiku yang kena bekejar ke sana ke mari nk hantar amek aku dari tempat kerja. Dengan jem lagi, panas lagi. Jauh tempat kerja aku dulu dgn uma.45 minit. Anak pon terpaksa amek lambat sbb smpai uma lambat. Bila dpt je kerja baru ni, Alhamdulillah, semua org seronok dan gembira. Terutamanya anak aku la sbb tak amek lambat cm dulu2.minyak save. masa save. tenaga save. kurang tension.kerja pon happy jer. Alhamdulillah sgt2 ya Allah kerana dah makbulkan permintaan hambamu ini.. sekian.

Pengikut