KARMA..!

Apa itu karma? Selalu dengar pasal karma kan? Karma ni boleh diertikan sebagai balasan dari apa yang kita lakukan. Dalam islam pun Allah dah ckp setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar zarah pasti ada balasannya samada balasan/ganjaran pahala ataupun dosa. Bila kita dapat pahala, berbahagialah kita. tapi kalo dosa yang kita dapat, maka hukuman akan dikenakan pada kita. Bila balasan yang kita akan terima ni? Samada di dunia, mahupun diakhirat kita akan dapat hukumannya. Kalo bukan pada kita, kemungkinan adik beradik kita, mak bapak kita, anak2 kita dan sebagainya. Senang kata pada org yg kita sayang dan darah daging kita. Kalo hukuman di atas kesalahan yang kita lakukan itu terkena pada adik beradik kita atau mak bapak kita, mesti kita akan rasa lebih sedih kan? Tapi kalo kebaikan yg kita lakukan itu terkena pada adik  beradik atau mak bapak kita, dah tentu kita gembira kan walaupon kita tak dapat balasan kebaikan itu.

Terpulanglah samada kita redha atau tidak dengan hukuman yang kita dapat. Yang penting bila kita dapat sesuatu yang tidak baik/bala cthnya eksiden, kena rompak, kena marah, tersepak batu, jatuh tangga, kena tipu ngn kawan, kwn tak nk bayar hutang dan sebagainya, kita mestilah ingat balik pernah tak kita melakukan perkara yang sama pada org lain. Ingat kembali dosa2 yang kita pernah lakukan sebelum ini. Mungkin Allah nk bg balasan pada kita diatas perkara2 yang kita dah lakukan samada kita sedar atau tidak sedar. Kekadang kita sedar kesalahan kita cuma kita bersikap ego tak mahu menerima kesalahan kita dan sering menyalahkan org lain. Allah lebih maha mengetahui. Ada kemungkinan hukuman yang Dia berikan di atas bumi ni tidak setanding dengan hukuman di akhirat nanti. Jadi, Allah test dahulu hukuman itu pada kita masa di dunia ni. Nak tengok samada kita redha ataupun tidak.

Bagi orang yang betol2 beriman, Allah juga memberi 'hukuman' tetapi 'hukuman' ini lebih kepada dugaan untuk menguji sejauh mana cintanya kepada Allah. Jika redha, pahalalah ganjarannya. Pokok pangkalnya, SABAR. Aku selalu mengingatkan diri aku bahawa setiap bala yang berlaku pada diri aku adalah balasan dari Allah di atas dosa2 yang telah aku lakukan disamping itu Allah juga nk uji tahap kesabaran aku. Setiap kali aku sedih dengan pelbagai cubaan di dunia ni, aku akan pujuk diriku supaya bersabar dan ingatlah mungkin ini balasan pada aku diatas apa yang telah aku lakukan selama ni. InsyaAllah dosaku sedikit demi sedikit Allah akan ampunkan sebab aku bersabar. Allah sentiasa bersama org yang bersabar. Biar Allah saja yang menghukum dia di atas perkara yang dia lakukan pada aku sbb aku bukan sapa2 dan tidak layak menghukum. Allah maha mengetahui. Satu lagi aku akan selalu ingat kata2 arwah mak mentua aku 'biar org buat kita, jgn kita buat org..'. Walaupun aku tak pernah berjumpa dengan dia, tapi aku tetap ingat kata2 dia bila pertama kali suami aku smpaikan pada aku. Waktu tu aku dikhianati kawan2 yang aku sangka betul2 kawan. Jadi, aku bengang dan nk start berdendam, tapi bila dengar kata2 keramat tu tadi aku jd redha dengan apa yang telah terjadi pada aku.

Bagi mereka yang tak pernah melakukan kesalahan, (eh, ada ke org yang tak lakukan kesalahan?) maksudnya, tak pernah nk pedajal org, aku ucapkan tahniah. dan jgn sesekali kita terfikir utk pedajal org lain sbb skang Allah selalu bayar 'cash' kat dunia. Dengan erti kata lain, 'arini ko wat org, esok2 ko tunggula giliran ko'. hahaha.. Kat akhirat aku tak tahulah ntah macam mana sbb belum lalui lagi. Kalo berhutang ngn org tu cepat2la bayar. Kalo ngn darah daging sendiri ni lain sikit sbb darah daging selalunya tak bape nak berkira sgt. Kes yang berhutang ngn org tanpa ada ikatan darah daging tu yang payah sbb kalo org tu tak redha, siaplah korang kat akhirat nnti berpeluh2 nk menjawab yer.. hahaha. Kalo tak dapat nk bayar atau ada masalah untuk selesaikan hutang, ckp elok2 jgn lari cmtu je. Manusia ni walapun seganas mana pun tp bila ckp elok2 bincang elok2 mesti dia boleh paham. INGAT! Kalo sekali ko senangkan kerja org lain, 10x ALLAH akan senangkan kerja kau. Maksudnya kalo ko bantu org dengan ikhlas walaupun sekali, Allah akan balas dengan cara permudahkan kerja kau 10x ganda samada ko sedar ataupun tidak.

Jadi, kesimpulannya di sini, kalo kita nak lakukan sesuatu tu kita kenalah ingat hukumannya samada baik/buruk dosa/pahala. Kat akhirat nnti kena tanya, 1 talian hayat pon takde tau. Pikir2kanlah.. Dan jika kita ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik, ingatlah apa yang kita pernah lakukan dahulu. Senang kata ingatlah dosa2 yang kita pernah lakukan dan redhalah dengan dugaan yang datang dan sentiasalah mohon dosa2 kita diampunkan. Amin..

Projek Ramadhan



Sukacita kami ingin bersama-sama mengajak anda untuk membuat sumbangan kepada anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar bersempena bulan ramadhan ini. Keterangan lanjut seperti di dalam gambar. Tq

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN !!

Ahlan wa sahlan yaa ramadhann.. Pagi tadi dengar ceramah/ tazkirah di surau Kolej Unikop yang disampaikan oleh pengurus Kolej Unikop Cawangan Melaka sendiri iaitu, Puan Masha binti Mohd Ali tentang kedatangan bulan Ramadhan. Beliau menceritakan tentang kelebihan bulan ramadhan. Perkara tersebut mmg kita telah sedia maklum tetapi perlu juga diingatkan kepada semua umat islam. Apa yang diperkatakan Puan Masha tadi betul, pengertian 'bulan ramadhan' berbeza pada setiap peringkat umur. Bagi peringkat kanak2 mesti mereka terbayangkan seronok bermain bunga api di waktu malam dan bila raya dah tentu fokus utama nk kumpul duit raya sebanyak mana yang boleh. hahahaahah.. teringat zaman kanak2 dulu. Pergi beraya di setiap rumah org mesti org hidangkan air gas. Yerla air gas mudah dan sedap. Padahnya, aku kena gastrik, tak boleh bangun jauh sekali nk menjalankan apa yang telah aku fokuskan. hahah.. bila tgk sepupu2 adik2 kira duit byk2, aku cuma boleh tanam azam nk postpone matlamat aku tu tahun depan je. huhu. 
Bagi peniaga2 pula, bulan ramadhan ni la waktu dorang mencari rezki berlipat ganda. Promosi sana sini. Semua gila2 carik rezki pada bulan ni. yang jual baju, kerepek, kek, kuih raya, coklat, barang perhiasan, eh senang kata 1001 macam bende ada jual. tu baru kat dalam facebook. Yang kat bazar ramadhan, kat pusat membeli belah, kat mana2 ajelah mesti ada org nk jual itu ini. Sampai ada yang kata bulan puasa ni la bulan lubuk rezeki. Mana tidaknya apa saja yang mereka jual lebih2 lagi makanan pasti abis licin licau di kejakan pembeli. Walaupun tak sedap tetap habis. itulah nikmatnya bulan ramadhan bagi peniaga2. Dahsyat kan? Bagi mereka yang tak pernah meniaga sebelum ni pun mengambil peluang untuk berniaga sbb nk carik duit lebih untuk raya nanti. itu baru di dunia. ganjaran 'duit' yang peniaga2 dapat tu berlipat ganda. Bagaimana pula kalau ganjaran duit tu ditukarkan kepada ganjaran pahala? Tak terhitung bukan? lagi2 bila dpt 'malam seribu bulan'. Allah sahaja yang tahu bagaimana. 
Jadi, tepuk dada tanyalah diri sendiri samada nk kejarkan yang mana satu. Kita dah semestinya nk dua2, akhirat nk dunia pon nk. Tapi yang paling penting akhirat. betol tak? Jadi, untuk tahun ni jomla kita sama2 memperbaiki diri kita. Macam aku ni, aku tau aku byk sgt2 dosa. tak terhitung walapun dah bersalin. sbb bila kita  bersalin, dosa2 kita juga terhapus. Tetapi kita sebagai manusia tetap melakukan dosa setiap hari samada kita sedar atau tidak. Kalaulah boleh nampak malaikat tu tulis dosa kita yang tak berhenti2 tu mesti kita dah taknk buat keje lain da. silap2 mkn pon da tak nk. nk beribadat je kan? huhu. takotnyaaa.. Jadi, untuk ramadhan kali ini aku ada azam aku sendiri. Biarlah diri aku dan Allah sahaja yang tahu...


p/s : huh!! alhamdulillah aku dah dapat abeskan puasa ganti sebelum tibanya bulan ramadhan. (senang hati) hehe.

ANAK IBU CERDIK!

Afiqah safwa... anak ibu yang semakin membesar dan semakin bijaksana serta cerdik. Baru setahun 2 bulan da byk perkataan yg dia boleh sebut cthnya 'nak!' 'air' 'ayah' dan yang semalam dia pandai sebut 'atok'. sekali ajar je dia boleh ikut wlpn bunyinya 'aaaaa tuk!'. hahahaha.. comel sgt2 bila dia ckp cmtu. Mesti atok dia arini gi keje pastu citer kat kwn2 opis dia yg cucu dia yg sorg ni da pandai panggil 'atok'. haha.. Da pandai panggil 'atok', si nenek plak tak boleh diam diri. nk jugak ajar afiqah panggil 'nenek'. hahahh.. gasakla atok dan nenek awak tu afiqah.. janji anak ibu ni bertambah bijak dan cepat belajar. Selain tu Afiqah pon skang da tak menangis lagi bila dihantar ke rumah nenek sedara dia tiap2 pagi nk pergi kerja. Dia dah boleh bawak diri sendiri nmpaknya. Makin matangla senang kata. Kalo ada makanan lebih di rumah cthnya biskut2 atau sarapan pagi aku akan bawakkan untuk Afiqah makan. Dia pun da makin mengerti kenapa ayah dan ibu dia tggalkan dia untuk bekerja. Afiqah mmg anak yang mudah faham dgn kata2 dan arahan org lain pada dia.  Dia mmg seorang anak yang dengar kata walaupun ikot pada angin dia. Dia juga seorang yang sgt2 manja. Bila balik saja dari bekerja, dia terus meluru dan peluk aku. Rasa sgt2 rapatnya hubungan ibu dgn anak. Lagi2 Afiqah menyusu badan. Bila aku tak bekerja jgn harapla dia nk minum susu botol. Kalo buatkan untuk dia, dia minum sikit je yg lebih tu dia tonggang atas lantai. Haahaha.. Apalah yang Afiqah sedang buat skang ni kan? Agaknya sedang mkn nasik minyak yg ibu bekalkan tadi. Tak pon sedang mandi. Afiqah mmg sgt2 sukakan air. sbb tula perkataan pertama yg dia sebut 'air'. hahahaha.. Apa pun yang Afiqah sedang lakukan, ibu nak Afiqah tahu yang ibu sgt2 sayangkan Afiqah. Sangat2 sayangkan Afiqah. Penat seharian ibu bekerja boleh hilang apabila tgk Afiqah senyum. Afiqah kekuatan ibu. Ibu harap Afiqah jadi anak yang solehah ye sayang. Walaupun org disekeliling kamu (ibu, ayah, atok n nenek) manjakan kamu, ibu nak Afiqah tetap jadi ank yang pandai berdikari dan pandai hormat org lain yer nak.. Belajar rajin2 jadi org yg berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat. Semoga cita2 Afiqah semuanya tercapai bila Afiqah dah besar. Aminnn ya Rabbalalamin...

PENGAMBILAN PELAJAR SESI OKTOBER DI BUKA SEKARANG!!

Kolej Unikop merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang menawarkan pelbagai program samaada peringkat Sijil atau Diploma . Kolej Unikop Kuala Lumpur merupakan salah sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang menawarkan program berteraskan akademik , manakala Kolej Unikop Cawangan Melaka menawarkan program berteraskan teknikal/vokasional dengan kelulusan Pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.


Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut : 

  • Umur 15 tahun ke atas (kecuali untuk program Sistem Komputer WAJIB  berumur 18 tahun ke atas dan pernah menduduki peperiksaan SPM )
  • Memiliki 4 M (Minat , Mampu Membaca, Menulis dan Mengira)

KELEBIHAN KOLEJ UNIKOP:

  • Yuran Pendaftaran MASUK : RM 500.00 sahaja
  • Pinjaman Pelajaran Kerajaan (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) untuk Yuran Pengajian beserta Elaun Saradiri Bulanan sebanyak RM 300.00 DISEDIAKAN.
  • KURSUS KAD HIJAU CIDB BERHARGA RM 50.00 PERCUMA (dengan adanya Kad Hijau tersebut pelajar mendapat PERLINDUNGAN INSURAN SELAMA 2 TAHUN dimana-mana sahaja mereka berada)
  • PENGANGKUTAN UNTUK KE KLINIK  /HOSPITAL PERCUMA
  • ASRAMA PERCUMA (Dalam kawasan kolej , Berpagar ,Kawalan Keselamatan , Warden) untuk sepanjang tempoh pengajian 
  • WIFI PERCUMA
  • MATAPELAJARAN TAMBAHAN: CORE ABILITIES, FARDHU AIN, KEMAHIRAN INSANIAH, MS WORD, MS EXCEL, KEUSAHAWANAN PERCUMA
  • Kemudahan Prasarana/aktiviti untuk kakitangan dan pelajar seperti mini perpustakaan, bilik TV@Rehat, Dewan peperiksaan@dewan rekreasi pelajar, permainan futsal mingguan, solat maghrib dan isyak berjemaah mingguan dan kuliah jumaat mingguan.
DAN YANG PALING PENTING KURSUS DI KOLEJ UNIKOP ADALAH DIIKTIRAF OLEH JPK (JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN)


PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN :
  • Mekanik kenderaan motor - skm tahap 1 & 2
  • Mekanik penyejukbekuaan & penyaman udara - skm tahap 1 & 2 
  • Juruelektrik - skm tahap 1& 2
  • Pembuat pakaian wanita - skm tahap 1 &2
  • Sistem komputer - skm tahap 2, 3 & 4 (diploma)


Kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran bolehlah mengisi borang secara online di link ini:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEZqUEtXdm9BTVVjcEdQbkZTaE1VdUE6MQ

atau bolehlah menghubungi samada telefon / sms di talian 013-2644120 (Puan Nadiah)


JAWATAN KOSONG TENAGA PENGAJAR

Diperlukan SEGERA Calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada  bagi jawatan-jawatan seperti berikut :-


1. Tenaga Pengajar Juruelektrik ( C-051 ) - 1 kekosongan
2. Tenaga Pengajar Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (C- 010) - 2 kekosongan
3. Tenaga Pengajar Mekanik Kenderaan Motor (P-115)- 1 kekosongan
4. Pengawal Keselamatan - 1 kekosongan 


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.unikopmalaysia.blogspot.com

MUET SPEAKING TEST..

Huhhh! Lega sudah Exam MUET paper SPEAKING sudah lepas.. Mungkin anda pula selepas ini kan? hahahaha.. (gelakkan kuat2 sbb balas dendam exam td giler nervous nak jawab.) Okay.. bagi yang akan amek exam speaking jangan risau2 sbb soklan yang akan anda dpt sumenye senang2 belaka. Betul.. tak caya? soalan speaking MUET mmg SENANG.. tapi nak menjawab tu terpulang pada kepakaran individu itu sendiri.. hehe. So, bila dah abis exam speaking tu anda sahaja yang tahu dan dpt mengagak anda di tahap yang mana. kalo rasa2 mcm so-so je kenalah score pada paper writing, listening and reading. Jadi bila da score betol2 barulah anda boleh rasa senang hati dan insyaALLAH anda di dalam golongan band 3 dan ke atas. hehe. Oh! kenapa saya ckp band 3 ke atas? sbbnya kalo band 2 dan ke bawah, sorry to say anda haruslah repeat test MUET lagi sekali dan dapatkan at least band 3 untuk anda graduation nanti. Kalo masih lagi band 2 dan ke bawah? Anda mestilah repeat and repeat and repeat until you get band 3 and above. Ahahah.. ter'speaking' plak.. Kriteria apa yang perlu ada untuk dapatkan band 3 dan ke atas? Okay download kat sini http://www.mpm.edu.my/web/guest/regulations-test-specifications-test-format-and-sample-questions. kat sini ada bgtahu tentang format dan skema pemarkahan MUET. untuk sesapa yang nak daftar MUET bolehlah layari  http://www.mesp.gov.my/onlineSTPM/loginApplication/uicontroller.jsp  untuk mengetahui cara-cara untuk mendaftar. so, to all candidates, i wish all the best ya! Good Luck!

RANCANGAN ALLAH BUAT KITA...

Assalam buat semua pengunjung blog keroncongemas sekalian.. Bagaimana keadaan korang sume arini? sehat? mesti ramai yang batuk2 dan selsema kan? ermmm... Kenapa ek harini sedikit gementar tapi rasa tenang? Tak tau nk ckp cmne. mungkin sbb esok nk exam MUET kot. paper speaking plak tu.. Apela yg aku nk ckp sok ntahlaa.. hahahahah... yang bab tenang tu plak mungkin sbb rasa hidup yang asas dah lengkap. Asas sahaja okay. maksudnya dah ada keluarga, ada suami ada anak. tambah plak skang dah kerja. kerja yang ada sekarang pulak kerja yang aku minat. ermm.. buat masa skang ni aku mengajar.. akan datang aku pun tak tahu mana Allah akan letakkan aku. Aku dan suami dah rancang macam2 untuk family kami. Tapi semua itu Allah yang tentukan. Walau apa pun yang Allah tentukan pastinya ia yang TERBAIK untuk keluarga kami. insyaallah.. Kami cuma boleh berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang telah kami rancangkan. semua terpulang pada Allah samada mengizinkan atau tidak mengizinkan sesuatu itu berlaku. 
Dalam kehidupan ni ada perkara yang kita suka dan perkara yang kita tak suka buat. Tapi tak salahkan kita buat perkara yang kita tak suka tu jika perkara itu baik dan memberikan kebaikan pada kita. Contohnya, kita dapat kerja kerajaan sedangkan masa tu kita tengah belajar amek degree (bidang yang diminati). Jawatan yang kita dapat tu plak jawatan yang kita tak minat dan tak jelas bgmana tugasnya. Ikotkan hati mmg nak smbg belajar walaupun ada lagi 3 tahun nak habis. Tapi ayah pulak bukan main besungguh suh terima tawaran kerja kerajaan tu lebih2 lagi jawatan tu gaji diploma. kalau situasi ini terjadi pada anda apa yang harus anda lakukan? terima tanpa rela ataupon tolak mentah2? sebenarnya kedua2nya mempunyai kelebihan dan kekurangan. jika teruskan belajar (degree) ada kemungkinan bila bekerja nnti gajinya lebih besar dan kerja yang kita pohon itu bersesuaian dengan kehendak dan minat kita. Akan tetapi bagaimana pula jika bila habis sahaja belajar tidak dapat kerja? jauh sekali nak dpt kerja kerajaan. betul tak? 
Okay kita tgk pula jika kita menerima tawaran kerja kerajaan tersebut? sudah tentu bukan dengan rela hati betul tak? Apabila tidak berminat dengan sesuatu itu bukankah kita akan melakukannya secara tidak bersungguh? Tetapi dari segi kebaikannya pula, anda sudah senang lenang tanpa perlu memerah otak untuk belajar, untuk ke kelas, untuk memikirkan kos perbelanjaan untuk belajar dan sebagainya. Pada umur anda sekarang sudah boleh mengumpul duit untuk berkahwin atau memiliki barang2 yang anda mahukan cthnya kereta, rumah dll. Jika kita dah bekerja di sektor kerajaan, kos sambung belajar (jika nak sambung belajar) juga ditanggung sepenuhnya. Untungkan? 
Jadi, semuanya terletak pada diri anda. Fikirlah...Berpuluh2 ribu orang, jutaan mungkin yang ingin bekerja di sektor awam dan mempunyai pekerjaan yang tetap tapi tak pernah sekali pun dipanggil temuduga apatah lagi diterima bekerja. Termasuklah diri aku ni haaa.. Jadi kesimpulannya di sini, walaupun kita tak minatkan sesuatu tu, kita belajar untuk minat jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan pada diri kita. Belajarlah bersyukur dengan rezki yang telah Allah berikan. Mungkin Allah dah aturkan hidup kita yang jauh lebih baik daripada apa yang kita aturkan. Kita tak tahu kan? 

TABIK SPRING!

Selamat pagi sume.. Apa khabar? camne weekend korang? seronok? Tak puas cuti lagi ehh? tau takpee... Tatkala ni kan seronok kalo dapat gi jenjalan makan angin ataupon SHOPPING..! Hahahh.. dalam hati (ada ke duit aku ni nak shopping?)  Okay.. Cakap pasal shopping korang sume dah beli ke baju raya? kan da nak dekat raya nih.. haah ek.. cepatnya masa.. tetiba je da nak puasa.. Kalo shopping time puasa mesti penat.. pastu ada ke masa? Ahah! jangan risau sbb sekarang ada duit sume boleh dapat.. sekarang ni kan orang shopping depan komputer jerk. Siap ada orang tolong hantarkan. Tup2.. Da sampai depan uma. hehe. jimattt.. Ok ckp pasal shopping online ni plak aku ada satu tempat BAEK PUNYER! nak tahu kat mana? Aha! Jomla beramai-ramai gi ke laman ni  http://www.aniseshop.com/. Kenapa kena pergi ke situ? sbb barangan yang dijual kat situ sumenye best2.. Ala korang gi la tgk dulu cuci2 mata dulu.. Okayla sebenarnya tuan punye butik ni (kalo dulu online tapi sekarang dah ada butik yang nyata lagi bersuluh k..) ni kawan aku masa sekolah dulu.. Aku kagum sangat dengan dia. Teringat dulu time gi balik asrama sama2 kat bustand larkin.. hahaha.. Tapi apa pon dia mmg seorang yang tabah dan mempunyai semangat yang sangat tinggi.. Tabik springla kat ko Nis.. Sedar tak sedar dia dah pon ada 3 orang hero.. hahaha. teringat masa terserempak kat NSK KL masa nak beli makanan ringan, hero2 dia sedang mengendong jajan2 sampai nak salam pon tak cukup tangan.. hahahaha.. kelako.. 
okay balik pada tajok shopping tadi, Anis ni launching butik dia hari ini, isnin, 2 julai 2012. so bila launching kedai baru pastinya ada potongan harga yang gila2 kan? sesiapa yang berada berdekatan sekitar batu caves bolehla datang ke butik anisse yang terletak bersebelahan dengan giant batu caves. Kalo aku dekat aku pon da lame pergi ke butik ko nis.. Tapi apakan daya.. huhu.. (dalam hati membuak2 nk shopping kat butik ko. ahahah..) okla, kepada anis (klo ko sempat baca blog aku ni la) aku doakan ko berjaya dengan karier ko dan apa jua yang ko lakukan.. Aku bangga dengan ko. Aku harap ko dapat bersaing dengan bussineswoman yang hebat2 kat luar sana tu. dan klo ade promosi atau diskaun yang hebat2 jangan lupa bagitahu aku.. hahahaha.. insyaallah 1 ari nanti kalo ade rezki dan jodoh dapatla kita jumpa yer.. amin..

Pengikut