M O H O N D I B E R K A T I . .

Syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.. Ermm.. semalam aku da dpt gaji pertamaku bekerja sebagai tenaga pengajar di unikop walaupun TAK SAMPAI SEBULAN bekerja. Alhamdulillah walaupun ada jerawat baru yang kemerah-merahan tumbuh segar di hujung hidungku ini, tetap juga tidak menggugat perasaan syukurku sbb dapat gaji pertama. hahaha.. ''what? baru keje tak sampai sebulan da dapat gaji?'' ''unikop ni kat mana? aku pon nak keje jugakla..'' hahaha.. mesti ada suara2 halus dalam hati dan sanubari anda yang berkata begitu kan? kan? kan? Jangan tipu.. Allah marah tau.. 
hah! mmg bunyiknya gempaq tapi sebenarnya takla segempaq mana..  da keje setengah bulan dapat gaji pon mestila setengah bulan jugak.. ''Hekellehh..'' hati dan sanubari anda berkata lagi.. hahaha.. 
okla apa yang aku nak citerkan kat sini (laa.. baru nak start citer ke da panjang berjela baru nak start ker?) ialah walapun gaji kita tak sebesar mana, walapun dapat separuh je, kita mestila nak kan keberkatannye kan? jadi untuk mendapatkan keberkatannya, saya (ehh 'saya' plak, tadi 'aku'. mentang2la da masuk pasal berkat..ahhaha) mestilah merasakan sebahagian gaji saya ke org2 disekeliling saya yang saya sayang.. cthnya mak abah, nenek atok, adik beradik, suami dan anak.. (tapi suami saya kata dia taknk apa2 dari duit gaji saya. tapi dalam hati 'abg taknk duit, abg nk syg belikan abg hadiah jek..' kehkehkeh..) betol tak bang? hehehe.. untuk suami dan anakku yang tersayang, ibu bagi hadiah jela ehh.. pakej percutian ke klebang, melaka naik kete gen2 sendiri drive sendiri.. yeay!! okay serious balik.. untuk orang2 kampung juga tidak lupa dengan memberikan sedikit buah tangan di masjid tanda syukur kita pada Allah kerana dah beri kita kerja. Mudah-mudahan apa yang Allah kurniakan pada kita diberkati olehnya. Mudah-mudahan kita dapat kerja yang lebih elok dan gaji yang lebih besar lagi pada masa yang akan datang.. Dan mudah-mudahan dengan rezki yang kita dapat tu bolehlah kita tolong-menolong orang2 yang dalam kesusahan dan dapat bersedekah.. amin ya Rabbal Alamin..

BERSABAR YE SAYANG..

Kesian Afiqah.. setiap hari nak hantar ke uma nenek unggal dia mesti nangis. cam terpaksa je.. Sabar ye Afiqah.. Ibu n ayah gi keje carik rezeki untuk besarkan Afiqah.. Kami nak Afiqah hidup senang. Kami nak nanti apa yang Afiqah mintak ibu n ayah boleh tunaikan. Kami nak Afiqah dapat apa yang budak2 sebaya Afiqah dapat. Lagipun ibu tgk Afiqah dah banyak berubah sejak dok kat uma nek unggal tu.. berubahan yang positifla.. Afiqah dah pandai minum susu botol sendiri.. Da pandai bawak diri sendiri.. da pandai tido sendiri.. Tapi bila ibu ada Afiqah manja je lebih.. taknk minum susu botol la.. nak tido kena menyusu badan dulu baru bole tidola.. sebenarnya Afiqah manja sgt2 je. Tahu kalo ibu n ayah ada bole ngada2.. kalo kat uma org pandai je Afiqah jaga diri.. pandai je berdikari sendiri. Takpela Afiqah, sekurang-sekurangnya kat uma nek unggal Afiqah ada kawan untuk main ngn Afiqah.. Berkembang sket pemikiran Fiqah.. Kalo kat uma nenek + atok Afiqah sorang2 je.. Cuma ibu nasihatkan Afiqah jaga adab kat uma org.. jangan garang2..jangan gaduh-gaduh.. Tapi kalo ade org yang buat Afiqah, Afiqah kena lawan balik. Afiqah kena pertahankan diri sendiri yer.. Ingat pesan ibu.. ibu n ayah akan buat yang terbaik untuk Afiqah.. Oh ya!! nanti kalo ada masa n ada rezeki ibu n ayah bawak Fiqah gi KFC beli UPIN & IPIN MEAL yer.. tapi kena janji bagi ibu sket ayam kfc tu eh.. ahahahaha..

F i Q a H n A k a D i k?

Di satu sudut depan tv, si Afiqah sedang menggigit ibu jari kakinya sambil menonton tv..


Ibu (sambil angkat kening) : Eh, Fiqah jgn gigit kaki la.. kang dapat adik baru tahu. Fiqah nak adik ke? Nak?
Fiqah (muka slumber) : NAK! (ooo Fiqah dah pandai ckp nak..hahahah..)
Ibu (dahi berkerut) : (tak berkata apa-apa)


hahahaha... actually ibu Fiqah dah 2 minggu tak datang period. Tapi still steady takde mabuk2.. (good sign kalo betol2 pregnant). Ayah Fiqah pulak sejak akhir2 ni sikit2 mabok+ pening.. mungkinkah aku mengandung? Wallahualam.. belom buat checkup lagi. tunggula keputusannya nanti.. daaaa...

s E L a M a T h A R i b A p A !!

Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa-bapa, ayah-ayah, abah-abah, papa-papa terutamanya kepada suamiku Jamarolshah. Tak lupa juga kepada abahku, Encik Hamdan yang telah banyak membantu anakmu ini tanpa rasa jemu. Kalo Fiqah da pandai cakap mesti dia wish Selamat hari bapa kat ayah dan atok dia. sbb ayah n atok dia ni la yang rajin bangat layan dia selain nenek dia. hahaha.. ibu dia? ermmmm.. Dengan ucapan semoga jadi ayah-ayah yang paling TERBAIK antara yang TERBAIK.. tapi kamu berdua mmg dah TERBAIK pon.. (eceh..kembangla ayah si Fiqah).. okla..masih ada kerja yang perlu disetelkan.. nnti free akan ku taip lagi post untuk tatapan kalian.. salam..

Pengikut