malulah kat kambing!

sekadar berkongsi.. kami ada terbaca sebuah artikel di laman web ini. betapa besarnya kuasa Allah.. tak perlu diikat kambing2 yang nak disembelih tu. cukup dengan memperdengarkan kalimah Allah telah membuatkan kambing2 tu rela dan redha mungkin kerana mereka tahu yang mereka akan dikorbankan ke jalan Allah.







p/s :setelah menonton video yang dikepilkan kami bersetuju dengan ayat sinis dari forumer di tranungkite.net yang mengatakan ada diantara kita yang mengaku umat islam, bila mendengar nama Allah tapi tak terasa apa2.. malulah kat kambing2 nie..

Undangan ke majlis aqiqah!



Kami sekeluarga ingin menjemput rakan taulan semua ke majlis aqiqah puteri sulung kami Afiqah Safwa pada 7/11/2011.

Our best moments

kami sekeluarga masuk pertandingan our best moments di laman web ourbestmoments.com.my
so kami perlukan bantuan pengunjung blog kami untuk membantu like gambar pertandingan kami nie.. tolong like yea heee...


fiqah selepas 5 bulan...









jumaat yg lepas genap usia 5 bulan permata hati kami Afiqah Safwa. penantian ibu ngan abah nak tengok fiqah pandai meniarap dan bergolek sendiri akhirnya berakhir juga.. lepas nie nak tunggu fiqah pandai merangkak plak.. sekarang nie ada lebih kurang sebulan lagi tempoh menunggu untuk fiqah dapat makan makanan pepejal tambahan seperti susu tepung dan bubur.. kalau ikutkan gaya anak ibu nie macam dah tak sabar2 jer sbb bila abah dan ibu tengah mengunyah, si dia pun ikut mengemam2 bibir lagak macam mengunyah jugak.. nampaknya bukan fiqah jer yg dah tak sabar, ibu ngan abah pon dah tak sabar nak menyuap fiqah.. menjangkau usia fiqah 6 bulan nie juga, dah bertambah2 perangai anak ibu ngan abah nie. yg paling ketara adalah sikap manjanya dengan abah dia.. pantang nampak kelibat abah dia mesti tersenyum.. tengah elok2 menyusu pon sanggop berhenti dan menoleh bila dengar suara abah dia.. part yg paling best fiqah dah pandai buat2 menangis sakan.. tapi bila abah dia angkat jer terus tersengih.. abah dia plak suka nyakat bagi kt uncle atau org lain.. hmm memang tk lama lah jap jer dah merengek nangis.. baru tadi uncle azim dia kena ngan fiqah.. sungguh2 fiqah nangis masa azim dukung.. bila passing jer kt abah dia huh! dia sengih sambil jelir lidah panjang2 kt uncle azim dia! alhamdulillah minta2 anak ibu ngan abah nie jadilah anak yg bijak, geliga dan yg baik2 belaka. fiqah dah berkhatan pada khamis yg lepas. bagosnya langsung tak menangis.




















2 minggu yg lepas fiqah kena demam campak, sian anak ibu.. mujur tk teruk demamnya dan mujur juga fiqah tetap cergas dan aktif walaupun suhu badannya agak tinggi. huhuhu. seronok tengok anak kita semakin hari semakin pandai dan bertambah akalnya. skang bila dah jadi ibu baru aku sedar dan menghayati perasaan kasih sayang seorang ibu pada anaknya. segalanya mahukan yg terbaik. bukan wang ringgit yg diinginkan sebagai balasan cukuplah kalau anak kita membesar denan sihat, gembira, ceria dan bahagia dunia akhirat. dan tanggungjawab sebagai ibu bapa haruslah dijalankan sebaiknya jika ingin anak kita menjadi insan yg sebaik mungkin! satu hari nanti kalau fiqah berkesempatan membaca tulisan ibu nie, ibu harap fiqah akan senantiasa ingat yang ibu dan abah sangat2 sayangkan fiqah dan amat berharap agar fiqah menjadi anak yg solehah dan berbahagia di dunia dan akhirat.





















Pengikut