manipulasi URL - dakyah halus!!



As-salam buat semua pengunjung muslimin dan muslimat di laman keroncongemas.. anda mungkin mengakses laman blog kami melalui link keroncongemas.blogspot.com dilaman sosial atau carian di internet. tetapi sedarkah bagi mereka yang memasuki laman blog kami atau mana2 laman blogspot dengan memasukkan url pada address bar di browser, ada kebarangkalian yg anda akan di bawa ke laman web bible? mahu cuba?? cuba link ini.. keroncongemas.blogpot.com atau keroncongemas.blogpsot.com lihatlah betapa halus dan liciknya mereka menyebarkan dakyah mereka. tidak perlu mengiklan dan tidak perlu menjaja.. hanya kaedah yg simple tapi berkesan..


untuk pengetahuan semua link blogspot yg dimasuki dengan tersalah taip kepada perkataan blogpot atau blogpsot akan dibawa ke laman web bible.. sangat hebat manipulasi mereka. jika 0.5 % pelayar web beragama islam di Asia nie tersalah taip pon sudah cukup untuk mereka mencapai matlamat strategi dakyah mereka kerana blogspot.com adalah domain yang sangat popular di asia!


p/s : yg aku dok sebar2 link aku nie tk ramai plak yg nak klik!!!

Ulang tahun perkahwinan yg pertama!


28/05/2010 - Merupakan hari kami berdua disatukan melalui ikatan pernikahan. Kami sah menjadi suami isteri setelah diijabkabulkan sendiri oleh abah pada hari jumaat jam 5.10 petang. Kini setahun telah berlalu, mahligai yang kami bina semakin hari semakin tersergam indah lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama kami Afiqah Safwa. Kali pertama menyambut ulangtahun perkahwinan kami pada hari ini sangat-sangat bererti. kehadiran Afiqah yg kini telah berusia 28 hari seakan melengkapi hari bahagia kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini dapat kami eratkan dan simpulkan dengan lebih sempurna dalam meniti kehidupan seharian sebagai seorang suami, isteri dan ibu bapa. semoga tanggungjawab dan amanah yg tergalas ini dapat kami pikul dan jalankan dengan sebaik-baiknya. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnia rahmat dan nikmatnya, terima kasih kepada kedua ibu bapa kami ayah dan mak aping, Abah dan mak melaka, keluarga, sahabat dan rakan taulan serta kenalan yang senantiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.



p/s : kami berkongsi menyambut ulang tahun perkahwinan dengan beberpa orang sahabat, antaranya adalah Shahsarwan (wak) dan pasangannya Mieza yang bernikah pada hari ini. selamat pengantin baru buat mereka berdua juga kepada sahabat kami saudara Saiful dan pasangannya yg juga akan melangsungkan perkahwinannya minggu depan.


p/s/s : gambar eksklusif nie diambil tepat pada jam 5.10 petang 28/05/2011. Sayangnya si Fiqah tertidur sejurus sebelum sesi bergambar.. Selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama buat permaisuri hatiku Nadiah Hamdan.


Nuffnang & Churpchurp!!



kalo dulu.. hanya blogger cam kitorang yg dapat buat duit melalui program pengiklanan di blog masing2. program pengiklanan di internet kalau kat Malaysia ni yg popular adalah dari Nuffnang dan Google Adsense. TAPI sekarang program pengiklanan sudah maju ke hadapan dengan pengenalan program pengiklanan internet yang membolehkan para pembaca blog dan pemilik akaun di laman sosial seperti facebook dan twitteruntuk turut sama meraih pendapatan sampingan di alam maya atas talian. berikut adalah contoh kempen yang aku sertai hasil kerjasama churpchurp dan nuffnang http://grpv.cc/hOo > program churpchurp (grapevine) dan > http://www.churpchurp.com/keroncongemas/share/perodua-lagibest program churpchurp (twitter/facebook)

p/s : korang jangan risou nie program menipu.. nie bukan cubaan.. nie betol2..
p/s/s : sapa yg tk tau pasal nuffnang dan google adsense sila geleng kepala..


3 weeks old..



wah lamanya tk update blog.. baru skang terluang masa untuk mengupdate, buat masa ni hanya dapat berkongsi tentang fiqah yang masuk umurnya 3 minggu.. sekarang ni si fiqah sudah mula pandai memberi respon bila di agah dan semakin fokus kepada orang di sekelilingnya terutama ibunya lah. alhamdulillah si fiqah tk banyak ragam buat masa ni. menangis bila tiba waktu dia menyusu dan kesejukkan lepas masa mandi jer.. itupun kebiasaannya dengar bunyik "ekkk" jer.. sampai kadang aku plak yg biarkan dia menangis lama sikit biar dengar suara dia.. (sekali sekala bagi dia menangis kuat tkper kot).. cuma bila sampai waktu malam terutamanya bila jam 1 hingga 3 pagi.. memang dia tak tidur.. selama itu jugaklah mata dia buntang membulat.. yang bagosnya dia tk menangis pon. abah cakap biaser jer tu. baby nie dia akan tukar2 waktu tidur dan jaga dia. skang dah nak cukup sebulan umur Afiqah. perasaan bila dah jadi bapa ni memang lebih bersemangat. skang dah tambah tanggungjawab. 1 benda yg simple jerla ehh.. kalo dulu tengok anak sedara kena tukar lampin memang aku duduk jauh2. ala tkpayah tunggu tengah salin lampin.. dapat tahu dia dah membuang pun aku dah mula malas nak pegang2 nak dukung2. tapi skang bila dah jadi bapa, automatik semua tu hilang. malah aku plak dengan rela hati tukar lampin anak sendiri. itulah agaknya yg dikatakan naluri dan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. sekalipun dah dekat 8 kali aku kena "crett" ngan senjata kuning fiqah masa tukarkan lampin dia tapi tkda rasa malas atau geli langsung. baru skang aku faham mengapa setiap ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak-anaknya!

p/s : http://grpv.cc/g8w nie promosi dari churpchurp!

rebut peluang menang 60 ribu!

haa besh3.. sapa yg suka nyanyi suka2 dlm bilik air ker atas pokok ker boleh lah join.. bole menang 60 ribu.. sila klik gambar kat bawah nie untuk keterangan lanjut.



kini dia bergelar ibu..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]




bersempena dengan sambutan hari ibu pada hari ini. Aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ahli keluarga, sahabat handai,rakan-rakan, kenalan yang bergelar ibu DAN teristimewa buat isteriku Nadiah yang baru seminggu bergelar IBU. semoga ibu muda ini gembira, bahagia dan tabah menghadapi hari2 mendatang bersamaku. terima kasih kerana melahirkan zuriat kita Afiqah Safwa Binti Jamarolshah pada 30/4/2011 yang lalu, pengorbananmu akan abg kenang hingga akhir hayat. love u mama!

belajar programming dgn Jururawat KKIA


berikut adalah aturcara yg telah diajar oleh jururawat masyarakat KKIA Ujong Pasir pada hari jumaat yang lepas. jgn tak

suamiku 5 hari selepas bergelar ayah..


banyak yang nak diceritakan tapi badan masih tk kuat lg. ini je yg mampu di kongsi dulu. ^-^ love u papa.. semoga suamiku menjadi ayah mithali.. :) aminn..

pengalaman teman isteri bersalin



Seperti mana yg sedia maklum, 30/4/11 yg lepas, kami secara rasminya bergelar abah dan ibu. anak kami lahir di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada jam 12.40 ptg. syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya kepada kami. tarikh due date yg sepatotnya adalah 8/5/2011. dan pada mulanya kami bercadang agar wife bersalin di hospital melaka. tp nampaknya suratan takdir menentukan anak kami yg pertama ni lahir di

Permata Hati Shah & Nadiah


Alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi, tanggal 30 April 2011, tepat jam 12:40 petang, permata hati, AFIQAH SAFWA BINTI JAMAROLSHAH dilahirkan di Hospital Seremban. Seberat 2.9kg. Bersalin normal. Ibu dan anak dalam keadaan sihat wal'afiat, berkat doa dan harapan dari semua ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan semua.

Pengikut