biar penat asalkan puas.. ahhhh..

ahhhh lega dapat teguk limau ais sambil menghadap screen monitor nie.. hari nie penat sungguh seharian menjalankan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga... sejak dari pagi beraksi di hadapan beberpa ekor robot bersama beberapa orang adik2 dalam lab robotik memanglah seronok tapi cam beserlah punggung nie melekap kt kerusi hanya buat sementara.. kerana berdiri itu lebih penting semasa sesi menjinakkan robot2 sasa yg 3 ekor itu. setelah adik2 yg dahagakan kasih sayang robot2 tersebut yg mana mereka telah melanyak robot2 tiga ekor itu, bergeraklah aku bersama mak buyung menuju ke lebuhraya PLUS untuk melihat2 suasana dan angin shah alam yg sejak sekian lama tidak dikunjungi oleh mak buyung sejak dia konvo aritu.. sambil2 aku menjalankan tugas bertemu dengan beberapa orang pegawai kerajaan atas urusan pembulian ehh silap pembelian, sambil2 mak buyung memujuk aku untuk menyantap SUP UTARA seksyen 18 shah alam selepas itu. adapun kurang menyelerakan SUP UTARA di situ kali nie.. enath mana silapnya tk mcm dulu sedapnya huhuhu.. setelah habis kerja ku di shah alam kami pon merayau2 di sekitar shah alam merangkap melawat tempat2 kami berdating dulu huhuhu.. hajat ingin berjumpa mak angkat tak kesampaian kerana dia tk bukak kedai makan dia arinie.. hoho rugi la kalo tk dpt mkn free tkyah g sup utara. setelah berjaya membuang masa dan minyak keter berangkatlah kami pulang ke mantin negeri sembilan.. sampai kat rumah jam yg tergantung di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.. tapi mentari baru sahaja melabuhkan tirai senjanya.. la rupernyer jam kitorang dah kehabisan tenaga bateri.. maka kesimpulan yang aku dapat buathari ini ialah.. hargailah masa, gunakan sepenuhnya untuk kebaikkan, gantilah bateri jam anda, lebih2 lagi kalau jam itu adalah jam yg korang selalu jadikan rujukan kalo nk tau pukul berapa..

p/s : post ini adalah edisi melalut, adakah anda tertarik untuk membacanya kerana tajuknya? jika ya, ketahui lah bahawa otak keempat anda sangat geliga.. (harap maklum manusia cuma ada tiga bahagian otak : otak kanan, otak tengah, otak kiri).. ayo tak tau..

my little wifi robot..


okeh.. aritu aku dah buat contoh simulasi bodoh yang dibangunkan menggunakan aturcara asas vb 6.0 sekarang aku nk tunjukkan hasil gabungan aturcara struktur & OOP (object oriented programming) + wireless networking. OOP nie untuk aku bina GUI supaya pengguna boleh kawal hardware dgn mudah. tklah lawa sgt GUI aku wat nie sekadar contoh sahaja. kemudian aku buat aturcara guna c programming plak untuk programkan PIC microcontroller.. so hasilnya lahirlah little wireless robot yang mana robot kecik nie boleh di kawal melalui wireless (wifi) yang skarang nie cukup mudah untuk mendapatkannya kat mana2. cam kt rumah kitorang nie lah.. ada lebih 5 wifi connection, free plak tu men tenet, laju lg hehehehe... berbalik pada my little wireless robot aku nie plak.. nie bukan mainan keter control yerk.. hehehe dan projek nie kalo buat dgn lebih baik lg bolehlah kita wat robot pengesan bom ker.. robot tentera ker nk padam periuk api atau robot sekodeng.. tapi kena tambah spesifikasi yg lebih hebatlah.. kena tambah dc motor yg hebat sebagai kawalan pengerak(robot kecik aku nie guna motor servo 2kg jer), kena tambah bermacam2 sensor dan mcm2 lglah.. aku mmg teringin nk buat robot untuk tentera yg boleh kesan bom, periuk api, boleh deaktivatekn plak bom tu.. perghh kalo bole buat dgn kos yg rendah boleh plak komersialkn kn ker best.. bolehlah Malaysia berbangga dengan produk buatan sendiri..
okeh.. sapa2 yg berminat nak tau pasal programming robot nie ker, atau nk tau camana data komunikasi antara GUI dgn PIC dibuat, atau apa2 jerlah pasal projek simple nie bolehlah email ker aku.. insyaAllah akan ku kongsi ilmu yg tak seberapa nie.



radio berita pertama Malaysia


okeh nie ader benda yg aku nk kongsi bersama korang.. mungkin ada antara korang yg dah tau kot.. aku nk kongsi pasal radio berita pertama di Malaysia.. radio nie cuma beroperasi di lembah klang pada frekuensi 93.9.. so kalo yg kt luar lembah klang tu tk dptlah nk dgr melainkan korang ada smartphone cm iphone ngan buah berry ehh silap blackberry.. tp ada satu lg cara iaitu korang boleh dgr secara online.. ermm cara gak sambil melayari tenet sambil dgr radio nie.. tp aku rasa bg mereka yg suka dgr gosip2 artis tu mesti tk suka sbb radio nie cuma bg dgr lagu ngan berita jer.. aku suker la.. korang tk taula.. nie website radio nie.. dan kalo korang nk dgr boleh klik kt sini..

mengidam main jongkang jongket!



arini raya ke 3.. raya cina daa... lepas subuh pak buyung ajak mak buyung g sarapan nasi lemak kt pekan mantin kedai pak hj sebelah stesen minyak petronas.. dah kenyang melantak nasi lemak peparu kitorang pon balik ke pangkalan tentera kolej lagenda.. heheh.. pasal apa aku kata pangkalan tentera? korang masuk sendirila kawasan kolej lagenda mantin tu.. kena bertembung ngan pak guard yg kerek nah ko.. di jelingnyr kiter cam kiter nie penjenayah.. tadi jer aku nk masuk simpang jln UTL 12 ada 1 pak guard tu semacam tengok aku.. sempat aku membebel masa drive marahkan sikap pak guard yg tk harmoni langsung tu.. aku angkat tangan boleh plak dia cekak pinggang! dia ingat kitorang nie couple agaknya merayau2 kt situ.. sekali aku debik kan aku yg masuk dlm lokap heeeee... dahla bonggol bukan men banyak.. sejak dilaksanakan 1 enter 1 exit kt lagenda nie kitorang terpaksa menempuah hampir 9 bonggol pergi balik.. dah la tu nk g kedai beli laok yg jaraknya tk sampai 500m dah jadik lebih kurang 2 km.. huu wat abes minyak keter jer.. aku taula skang tengah fames moto 1Malaysia.. tp kalo dah menyusahkan org dgn 1 enter 1 exit ko tu bertolak ansurla sket dgn resident yg ada kt kawasan lagenda nie.. apa salahnya buat 1 enter 10 exit heeee... nk wat camner.. kalo ikotkn hati nk jer aku letupkan pos2 keselamatan pasukan tentera legenda nie.. tp nanti kena charge pengganas plak aku nie.. ehh jauh dah aku membebel.. sampai kt blok kitrog tetiba mk buyung ajak men jongkang jongket.. teringin sangat dia nk men jongkang jongket kt taman permainan depan blok kitorang tu.. tp tk dijongkang dan dijongketkn la jongkang jongket tu.. kang tk masal2 baby kitorang kuar sebelum waktunya.. sekadar melepaskan gian mak buyung nk duduk kt jongkang jongket tu jer.. hehehe.. adakah ini dikatakan mengidam? ehh mengidam bukan untuk makanan jer ker?

Pengikut