y=x(x-1)/2


formula nie digunakan oleh pengaturcara sistem untuk menyelesaikan masalah pengiraan bilangan perlawanan dalam kumpulan sesuatu permainan sukan. contohnya dalam satu perlawanan liga bola sepak yang mengandungi 16 pasukan, pengaturcara akan menggunakan formula asas ini untuk mendapatkan bilangan perlwanan yang tepat.. yang mana y:bilangan perlawanan, x:bilangan pasukan. ia juga kebiasaannya digunakan sebagai formula asas dalam membina sistem panjadualan berkomputer sesuatu permainan sukan. skang aku dah jawab soklan yang aku bagi kat facebook. matematik amatlah penting dalam pengaturcaraan! sekian..

aKu Lg hEnSeN dAri MeReKa...



salam buat semua.. bermacam topik aku nk post kt blog nie skang tapi disebabkn oleh sedikit kesibukan telah merencatkn keinginanku utk menaip.. antara isu yg bermain2 dlm kotak pikiranku adalah berkenaan dgn gejala sosial remaja muda mudi yg semakin bangang sejak akhir2 nie.. tp aku nk cerita dulula pasal hujung minggu lepas yg agak memenatkn. Alhamdulillah.. sibuk dgn kerja dan perkara berfaedah.. jumaat lepas sedikit kelam kabut sebab kena kejar dua perkara dalam 1 masa.. mana tidaknya arie jumaat tu kena prepare nk join karnival inovasi Malaysia 2010 zon tengah kt MITC Melaka, ari jumaat tu jugak kena setup lab robotic kt NSSDC sbb ada lawatan dari jabatan kerajaan tooot.. heheh.. maka lintang pukang jugaklah aku aritu.. tepat jam 6 ptg terus balik melaka umah mertua sbb besoknyer pg2 pukul 8 dah nak kena ader plak kt MITC. Alhamdulillah.. satu peluang yang baik utk diri aku dan company aku utk mendapatkan dan meluaskan network dlm bisnes selama 2 hari kt karnival inovasi nie.. ia jugak menjadi 1 platform untuk aku memperkasakan lagi skill komunikasi semasa berhadapan dgn bakal customer. aku bawak 2 produk kt karnival inovasi nie. PIC TRainer keluaran ECSB dan satu lagi produk aku sendiri (tp guna komponen keluaran ECSB gak) iaitu BMRT 2010. syukurlah dalam masa dua hari ada simptom2 positif (ehh cam penyakit plak guna perkataan nie) untuk meluaskan lagi peluang perniagaan dengan organisasi dan syarikat lain. jenuh dan penat juga melayan kerenah org ramai nie. penerangan demi penerangan, sampai air liur kering jadiknya tp itulah hakikat dan cabaran yg menjadi sebahagian pengalaman bagi aku sebagai 1 usaha untuk terus berjaya. pagi2 isnin kol 6.30 pg plak dah bertolak balik ke Mantin untuk meneruskan misi kt nssdc plak.. yg kesiannya mak buyong la terpaksa ngikot aku balik mantin jugak hahahaha.. tp aku percaya dia seronok sebab dapat balik melaka minggu nie.. maka dapatlah dia menyantap apa saja makanan kegemarannya masakan mak mertua aku.. bila dah sampai nssdc tetiba jer dpt tau lawatan dibatalkan dan diganti pada minggu depan.. perghhh senoneng jap sebab raser cam tk berbaloi plak kelam kelibut mengejar masa nk balik semula ke Mantin tp tetiba cancel.. tk kesahlah.. at least aku boleh gak buat claim kelas bulan 9 aritu.. hoho lama giler baru nk wat claim.. dua bulan aku buat bodo jer dgn claim tu.. sampai si farah accountant ECSB ckp kat aku.. "nasib bek ko tk claim taon depan" wakakakaka.. so dengan riang rianya lepas dah setel bini aku pon dengan selambanya memohon half day utk aritu kt bos dia sbb dah tk sabar2 nak balik melaka balik.. dan aku plak dah tk sabor2 nk potong rambut aku yg makin panjang.. aku nie tk boleh rambut panjang sket mula la nek rimas.. peningla.. tp bila rambut aku pendek rasa cam muda jer.. wakakakaka.. tambah2 plak kalo aku trim misai then buang janggot.. macam budak sekolah beb! kalo ngaku bujang pon mesti awek2 percaya wakakakaka.. (nanti bini aku baca nie mesti dia terjerit2.. "ooohhh abg ader hati ehh nk ngaku bujang nk ngorat awek.. pot pet pot pet.. wakakaka) melalot plak dah cerita aku nie. yerla nak balik rumah mak abah dia memanglah exited.. sanggop minta half day.. dahlah jumaat nie dia minta cuti pastu minta half day lagi.. sabor jerla.. kalo aku jadik bos dia kompom aku bekukan cuti dia.. hohoho. maka berhari raya hajilah kami kt melaka taon nie.. haa cerita pasal beraya kt melaka taon nie agak spesial bagi aku sbb aku jumpa kawan lama aku si megoo (Mahzerul mahmud) masa kt UTM Skudai dulu.. ruper2nyer dia pon jadik menantu org kg. Padang temu. dahla 1 kg. dia kawen dgn sedara bini aku plak.. lor.. kami dah jadik sedaralah kirenyer.. aku jumpa kwn aku nie kt masjid kg padang temu laa.. masa solat raya pg tadi. dah ada 2 org anak dah kwn aku nie.. aku? heheheh coming soon & in the making!. insyaAllah bulan 5 taon depan bergelar walid lah aku. then petang tadi aku bawak bini aku ngan adik ipar aku g jalan2 kt kg portugis melaka.. ala dekat jer ngan umah mertua aku.. bini akulah beria2 nk tunjukkan aku rupa org portugis.. huhuhu.. aku tgk cam melayu ader.. cam jawa ader.. kesimpulannya.. aku lgi hensem dari mereka wakakaka tk kait pon.. dan disebabkan ader permintaan dari kwn2 kami yg nk tengok gambar terkini mak buyong (mungkin dorang nk tengok rupa mak buyong yg dah nak masuk 4 bulan kandungannya pada jumaat nie kot ekekeke) so aku pon paparkanlah gambar pose istimewa kami nie buat tatapan mereka.. sempat gakla tadi dating jap kt tepi pantai kg portugis tu.. oklah cukuplah setakat nier jer.. aku nk sambung kerja mencari kod sumber database ngan SQL yg memeningkan aku nie.. nk buat sesuatu sistem base on network nie memng lah aku fail sket.. maklumlah dah lama aku tinggal php, asp, my sql nie sumer.. asik2 ngadap robot ngan pic jer.. ilmu yg lain dah berkarat.. DAN aku nk ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog kami nie.. rajin2lah klik iklan google kt blog nie ehh.. lagi sket jer aku nk dpt cek dari google nie.. sket jer lg heheheheh.
p/s : mamat dalam gambar kt karnival tu bukan produk aku.. keh keh keh..

S a L a H K i R a ...


selasa lepas.. kitorang buat rutin medical check-up wife aku.. semuanya ok cuma yg sedikit mencuit hatiku adalah kekeliruan dan kesilapan dalam menentukan due date kelahiran anak kami oleh pihak klinik. mujurlah ianya disedari oleh seorang staff nurse yang membuat pemeriksaan rutin pada bini aku. sebelum nie dorang kira dan jangkakan due date 9/4/2011.. tapi due date yang betol adalah 8/5/2011.. haha sebulan tu beza.. sebelom nie aku ada jugak buat kiraan sendiri ngan wife aku.. ala kt internet berlambak aplikasi utk check due date online utk wanita mengandung.. tp yerla kitorang tak amek pusing sangat.. apa pon tarikh nie adalah tarikh jangkaan jer.. yg penting diharapkan segalanya dipermudahkan segalanya olehNYA.

m E n G i D a M L o N t O N g...

semalam kami g kenduri kawen syuk kt semenyih.. tahniah la ehh syuk dan isteri.. semoga berbahagia hendaknya melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina. balik dari kenduri aku drive balik umah.. tp disebabkan ini adalah kali pertama sampai ke bandar rinching semenyih dan nampak plak bangunan tesco kt depan simpang 3 tu.. bini aku ajak g jenjalan plak.. tp (ehh berapa banyak tapi daa...) disebabkan aku ada kejer nk kena setelkan kt umah maka tk jadiklah g jenjalan kt bandar rinching tu.. maka muncunglah muka mak buyung sekejap.. maka sesampai jer kt umah teruslah dia mengorokkan dirinya.. masuk waktu asar jer dia bangon terus ajak g carik lontong! arghh sudah.. mana aku nak mencarik lontong ptg2 hari nie? tetiba jerk mengidam nak makan lontong kt kedai makan.. ptg2 ari plak tu.. kalo pepagi tu takperla.. maka (ehh berapa banyak maka daa...) aku pon puas mencari dari mantin ke nilai.. patah balik mantin pegi plak ke beranang sampailah ke semenyih.. TAKDA..! jumpa 2 kedai tp ada jual masa sarapan jerk.. last2 masuk tesco bandar rinching pon TAKDA..! bagi mengubat hati lara mak buyung nie yg mengidam nk makan lontong tp tk dpt.. kitorang pon makan soto johor jer kt kedai noraini dlm tesco tu.. sian.. tp.. apa yg bestnyer dlm pencarian lontong nie adalah.. selama aku dah duduk kt mantin selama 8 bulan nie tk pernah aku jejak ke semenyih nie ikut jalan lama ke kajang dari mantin.. barulah aku sedar.. untung rupanya aku duduk kt mantin.. dekat dengan nilai.. dekat dengan seremban.. dekat dengan beranang + semenyih.. kire mantin nie tengah2 la.. waloupon mantin hanya pekan.. tp bandar2 yg berdekatan nie tk sampai 15 minit perjalanan pon.. macam2 kemudahan ada di ketiga2 bandar nie.. tp aku raser aku lebih tertarik dan jatuh hati kat bandar rinching nie la.. bukanlah sebab ada ani sup kt situ.. tp environment dan komuniti tempat nie yg kelihatannya selesa dan sesuai dengan kami..apa2 pon pepagi nie mak buyung telah pon selamat menyantap lontong kt kedai di bandar rinching yg kitorang pegi semalam.... seronok r tu.. pas nie tk tau la dia ngidam apa plak.. aku? aku ngidam nk beli umah kat taman pelangi 2 (rasernyer kot) kt bandar rinching, semenyih.. cantik menarik tertarik rekabentuk umah tu.. harganyer pon mesti menarik tertarik ko memang ngetop!.. "tkper.. berangan dulu.. pasang impian.. carik jalan.. usahakan.. insyaAllah boleh dapatkn.. "

m E n G H i T u N g H a R i ..


hari jumaat nie genap 14 minggu kandungan isteriku.. kandungan isteriku juga sudah mula kelihatan, makinhari makin kerap diusap. makin hari makin membesar.. isk cam tk sabar plak aku menantikan kehadiran cahaya mata pertama kami.. entahkan lelaki entahkan perempuan.. aku tak kesah.. cuma senantiasa berdoa agar isteriku dan kandungannya sihat wal'afiat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah hendaknya.. kata orang.. tak baik letak nama anak seawal kandungan.. aku tak taula sejauh mana kebenarannya.. tp aku berpendapat.. pesanan begitu adalah untuk kebaikkan semata2.. dan tiada juga salahnya membuat perancangan awal.. agar dapat mencari nama yang sesuai.. sekarang nie pon aku dah mencari2 nama yg sesuai untuk anak sulung kami ni.. exited plak rasernyer.. yerla.. ada diantara kita yg menghitung hari utk bertunang.. ada pula yg menghitung utk diijabkabulkan.. kami..? menghitung hari menanti kehadiran cahaya mata.. Ya Allah.. kurniakan lah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah.. tabahkan hati kami dengan iman kepadamu ya Allah.. lengkapkanlah hubungan ini dengan nikmat dan hidayahmu.. berilah kesihatan dan kesabaran kepada isteriku dan kandungannya ya Allah.. Amin ya Rabbal a'lamin. kami juga berharap agar rakan2 sahabat handai diluar sana mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.. semoga dengan doa dan harapan yang baik dan ikhlas dari kalian diberikan ganjaran dari yang maha Esa. Hanya kepadanya lah kami bersyukur, berserah dan memanjatkan doa..

Pengikut