s E m A k I N h A m P i R . . .

Pejam celik pejam celik 38 hari lagi menjelang tarikh pernikahan aku. biar betol?! Lebih kurang sebulan lebih je lagi aku nk jadi isteri org.. eh yeke? Aku sendiri tak percaya.. Huuu.. Kad jemputan dah diedarkan pada kwn2 dan sedara mara. Kat NSSDC aku dah tampal 2 keping. Ade yang ckp bile tgk kad kawen aku tu 'wah..da nk kawen da nadia?' Aku cume dapat balas dengan senyuman simpul tersimpul jek.. tak tahu nk ckp cmne lagi sbb gembira sgt. Persiapan banyak yang dah setel. tu pon aku serahkan pada mak abah untuk uruskan. Kad kawen da siap. Baju nikah, baju persalinan, tempahan kemah, meja pengantin, pelamin, souvenire utk tetamu, bunga manggar, bunga telor, barang hantaran yg nk berikan pada pihak lelaki pon da siap. Sampaikan perabut dalam bilik pengantin pon da dibayar deposit tinggal tunggu perabotnye dihantar ke rumah jer. Boleh dikatakan 80% persiapan dah pon dibuat. lagi 20% tu cuma borang nikah, tempah tok kadi, tempah saksi, dan sebagainye lom siap lagi. tapi tu insyaallah kejap jek. Cuti hari pekerja ni mak ke Johor menjemput org sana dtg kenduri kawen aku nnti. Agak kelam kabut jugak mak ngn abah aku ni sbb yerla baru 1st time nk uruskan kenduri kawen anak sendiri. Pompuan sorg plak tu. Lepas ni sumenye anak2 laki yang kawen. Raseye takla sebusy skang ni. Jemputan lebih kurang 1300 org. Mak ai ramai gile! tapi mmg pon. Dulu family aku dok johor so ramaila sedara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan mak abah aku kat sana yang harus dijempot. Klo tak nnti kecik ati plak. Apa yang penting sekarang adalah persiapan pada diri aku sendiri. Dah sedia ke aku nk jadi isteri kepada JAMAROLSHAH? Nk kena basoh baju dia, masakkan untuk dia asam pedas hari2(uish! hari2?), nk kene ironkan baju keje dia, kemas uma, sidai baju, segala macam kerja yang mak aku buat kat uma sebelom ni aku pon kene gak buat lepas ni. Tak boleh merungut!! Huuu.. Cmnela nnti aganye kehidupan selepas berkahwin ek? Semuanya kene selesaikan sendiri. Tak bole mintak tolong mak abah dah. Abah ckp kat mak tahun ni mak payah sesusah lagi nk buat kuih raya sbb tahun ni aku yang akan buat then hantarkan kat mak. Huwaaa.. bila masa plak aku ckp cmtu? Oven pon takde nk bakar kuih raya cmne. Klo ade oven pon bukan aku geti nk buat kuih raya. Waahahah.. Takpela mak, nnti klo nadiah da pandai buat kuih raya da tentu punye nadiah akan bagi pada mak. Tapi wat mase ni ape salahnye klo mak yang buatkan kuih raya untuk nadiah kan? kan? kan? hehehe.. Aritu balik melaka mak cite abah dah prepare nk nikahkan shah utk aku. siap testing lafaz akad lagi. Tapi bole plak tersalah sebut nama. Elok2 'Jamarolshah' terbabas jadi 'Jamalullail' plak. Adoh! Bile mase plak namanye bertukar? Yang peliknye 'bin Md Said' tu dah betul. Iskh iskh iskh.. Nasib mak tegur dan betulkan nama 'Jamalullail' tu. Klo tak sampai hari nikahla jadi 'Jamalullail'. Huuuuuuu.. Walau ape pon sekarang ni aku tgh dalam mood excited nk smbut majlis perkahwinan aku tak lama lagi. So, semua dijempot untuk hadir di majlis perkahwinan aku nanti pada 29 hb Mei 2010 di Melaka. Hope, semuanya nnti berjalan lancar. InsyaAllah...

d U a H a T i B a K a L d i S a T u K a N . . .



Assalamualaikum buat semua pengunjung blog kami. Syukur alhamdulillah kami panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmat darinya akhirnya dapat jua kami menjemput kalian semua dengan rasminya ke Majlis Perkahwinan kami pada 29 Mei 2010 di Kg. Padang Temu, Melaka Tengah, Melaka (Belah perempuan) & pada 13 Jun 2010 di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor (Belah lelaki). setelah ikatan pertunangan diikat secara rasminya pada 28 November 2009 yang lepas, kini setelah genap 6 bulan kemudian kami bakal disatukan dengan ikatan pernikahan pula. Kami berdua amat berbesar hati menjemput rakan taulan, kenalan dan sahabat handai semua, tidak kira tua atau muda, walau dimana dan bagaimana kita menjadi kenalan, rakan, kawan mahupun sahabat, juga pengajar2 kami di ciast, atau sesiapa pun yang mengenali diri kami agar dapatlah kiranya sudi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kami nanti. Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami ini dan diberkhati Allah s.w.t hendaknya. Iringilah ikatan perkahwinan yang bakal kami menteraikan ini dengan ingatan dan doa ikhlas kalian semua agar hubungan kami, ikatan kami dan jodoh kami di panjangkan dan diberkhati hingga ke akhir hayat kami hendaknya. Keranamu ya Allah kami bertemu dan berpisah, hanya kepadamu jua kami berserah.. bawalah cinta kami ini ke taman syurgamu ya Allah.. bawalah cinta kami ini lebih dekat pada cintamu, pada agamamu dan pesuruhmu ya Allah.. Amin ya Rabbal A'lamin.

Pengikut